Wasiat dan Hibah

Kenapa ramai tak buat wasiat atau hibah?

1. Wasiat adalah untuk bukan waris. Persoalan siapa nak bagi harta kepada bukan waris? Harta untuk waris pun ciput.

2. Paling murah ewasiat RM300 di MAIS, ini tidak termasuk upah wasi selepas kematian. Dan hibah harta cagaran tidak disediakan.

Ramai ke mak ayah sekarang beli rumah, kereta cash??

3. Harta nak bagi kepada anak/isteri? Solusinya: hibahlah harta anda. AMBOI tagline banyak agensi iklan ni.

Tahukah hibah menelan belanja RM5000++ untuk tinggalkan harta ibu ayah kepada anak? Belum termasuk perintah mahkamah dan kos pengurusan selepas kematian.

Siapa nak bayar?

Pemegang amanah?

Anak yatim tu?

Akan ditolak dari harta si mati?

Dari rumah dan kereta yang belum habis bayar?

4. Agensi WS@&$:

Sebulan RM50 dan kos surat hibah sahaja RM2000++. Ini tidak termasuk upah pengurusan dan peguam. Sekadar bimbingan dan nasihat saja!

Jika kematian waris kena urus sendiri sambil dibimbing mereka. Bimbing.

5. Personal lawyer: surat hibah ibu dan ayah kepada anak berjumlah RM5000++ dan perintah mahkamah RM2000++. Belum masuk kos pengurusan selepas kematian.

6. Amanahraya: RM1500++ harta adalah pemilik penerima hibah 18 tahun ke atas dan tidak boleh dikembalikan kepada pemberi hibah jika penerima hibah (anak/isteri) meninggal dahulu.

Harta akan di faraidkan pula kepada waris si penerima hibah (anak/isteri).

Hibah dan wasiah tak semudah yang disangka.

Terlalu banyak agensi mengambil kesempatan dengan pelbagai bentuk tawaran pakej dan janji kosong.

Rakyat Malaysia bukannya semua berkemampuan dan mahir undang-undang.

Jadi bagaimana nak menjamin hak anak yatim, jika ibu ayah ada seciput harta. Tapi yuran untuk wasiat dan hibah saja menelan kos 5000++???

Dan harta masih dalam cagaran?

Insuran MRTA/MLTA hanya membayar kos penuh baki pinjaman banak.

Namun itu tidak termasuk dokumen hibah/wasiah ya kawan2.

Mohon pihak Majlis pantau agensi dan sediakan skim untuk hibah dan wasiat murah dan mudah supaya hak anak yatim Malaysia terbela.

Saya cadangkan, sediakan dokumen hibah.

1. Murah:

RM500 maksimum, surat saja ditandatangani saksi yang diiktiraf- pengetua sekolah/YB setempat selayaknya menjadi Qadi dan mudah akses)

2. Tanpa sekatan umur,

3. Termasuk harta cagaran dengan syarat ada insurans MRTA/MLTA/life insurans.

4. Hibah adalah bersyarat dan boleh dibatalkan selagi pemberi hibah belum mati dan harta belum dipindahmilik.

5. Kos pengurusan penukaran nama ditetapkan (RM1500 maximum) untuk borang 14A, KTN termasuk untuk surat kelulusan pejabat harta pusaka. (Ni pakai runner je)

Saya selaku penyelidik akan menghasilkan kertas kerja dan memohon dana kajian yang lebih terperinci.

Namun, bagi orang awam. Waspada dan hati2 dalam pemilihan anda. Cuba hindari janji palsu. Dan ambil tahu hak anda dalam undang2.

Jangan tabur duit kepada janji kosong yang akhirnya merugikan dan memeningkan.

Cukup dengan ujian pemergian orang tersayang, kuat lagikah jiwa kita nak hadapi kerenah mereka yang cilok2 tapi kerja tak settle.

Wallahualam…

– DR yang bergelar RESEARCH OFFICER (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *