Watak Suminah Versi Dunia Nyata — Marry My Husband

Untuk korang yang layan Korean drama Marry My Husband (MMH) mesti dah sedia maklum watak Suminah ni macam mana orangnya. Untuk korang yang belum lagi layan drama tersebut, sini aku ringkaskan bagaimana penceritaan tersebut.

Cerita bermula dimana watak utama Jiwon pada tahun 2023 terlantar di rumah sakit kerana mengalami kanser perut. Perwatakan Jiwon sangat naif, lemah dan mudah dimanipulasi. Pendek kata Jiwon seorang yang mudah kasihan terhadap orang lain dan sangat baik sehinggakan tidak mampu berkata tidak dan mempertahankan diri langsung.

Jiwon mempunyai seorang sahabat baik dari sekolah rendah yang bernama Suminah. Jiwon percaya dan bergantung dengan Suminah kerana dia menganggap Suminah teman sejiwanya. Dan akhirnya terungkap di mana Jiwon menangkap sendiri kecurangan suaminya bersama Suminah di bilik tidurnya sendiri.

Setelah itu berlaku pertikaman lidah antara Jiwon, Suminah dan suaminya. Dan disini Jiwon dipersalahkan dan diminta oleh Suminah untuk memahami keadaan dirinya.

Akhirnya, Jiwon dibunuh oleh suaminya dan Jiwon dihidupkan kembali pada tahun 2013 iaitu 10 tahun sebelum Jiwon berkahwin dengan suami tak bergunanya itu. (maaf drama ini sedikit tahyul)

Disini bermulanya proses bagaimana Jiwon membalas dendam terhadap suaminya dan rakan baiknya sendiri. Dimana Jiwon yang kembali ke zaman dahulu dalam keadaan matang dan mempunyai kesedaran untuk mempertahankan diri.

Disini kita sebagai penonton boleh menilai bagaimana watak Suminah yang memperalatkan Jiwon dengan menggunakan tiket persahabatan untuk menjatuhkan Jiwon. Dan dalam waktu yang sama dia berpura-pura prihatin terhadap diri Jiwon. Dia merasakan Jiwon hanya berhak bahagia dengan berada di sampingnya sahaja.

Pendek kata Suminah ini seorang yang obses dengan Jiwon. Dia tak boleh lihat Jiwon berkawan dengan org lain. Dia berasa nak kawal hidup Jiwon sebab dia rasa Jiwon seorang yang naif dan lemah. Dia rasa dia saja yang boleh ada dengan Jiwon sampaikan kena atur hidup Jiwon.

Tak dinafikan kawan seperti Suminah ni wujud ya. Aku seperti Jiwon. Dan aku sendiri yang mengalaminya bertahun-tahun. Aku mengenali A sudah hampir 10 tahun.

Pada permulaannya, aku selesa berkawan dengannya, dia seorang yang baik dan selalu ada ketika aku susah dan senang. Malahan lagi aku juga rapat dengan keluarga A juga. Pada mulanya sifat obses A terhadap diriku tidak terlalu ketara kerana aku sudah berkahwin dan mempunyai suami.

Kami meneruskan persahabatan seperti biasa. Keluar makan hujung minggu, dan kadang-kadang keluar bercuti bersama atas keizinan suamiku. Tambahan lagi A tidak berminat untuk berkahwin dan mempunyai pasangan. Dan manakala aku pula, tidak mempunyai anak. Ini sangat mudah untuk kami keluar healing selalu.

Namun ku harap panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Aku disahkan bercerai dan aku tinggal keseorangan kerana aku tidak mempunyai ibu dan bapa. Manakala adik beradikku masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri. Aku tidak mahu menyusahkan kerana boleh berdikari sendiri.

Untuk mengelakkan rasa kesunyian, aku mengajak A untuk tinggal sekali bersama aku. Dan disini bermulanya kesilapan pertama aku.

Permulaan aku seronok selesa tinggal sekali dengan A. Ye la tinggal dengan kawan baik, mahunya tak seronok. Boleh sembang, masak makan sekali. Boleh keluar healing tenangkan diri bersama. Tapi lama kelamaan aku berasa A keterlaluan menjaga diriku seolah-olah aku tak mampu untuk berdikari sendiri.

Contohnya A suka memasak, dan jika aku mengatakan aku tak mahu makan. A tetap memaksa diri aku untuk makan juga sebolehnya. Aku makan dalam keadaan serba salah kerana fikirkan dia sudah masak untuk aku. Kemudian, aku bekerja waktu pejabat dan kadang kala ot sampai ke malam.

A berterusan chat dan call aku bertanya keadaan diriku. Sudah makan atau belum dan begitulah tiap-tiap hari A akan menghubungiku pada waktu aku balik kerja. Sedangkan kami tinggal sekali bersama dan boleh sahaja bertanya di rumah.

Aku faham A prihatin keadaan diriku yang mana baru sahaja melalui proses penceraian, dia bimbang aku tertekan. Sedangkan aku okay sahaja kerana proses penceraian aku mudah. Tambahan lagi, aku yang ingin bercerai kerana aku sudah tawar hati dengan bekas suamiku, dan tak mungkin aku stress dengan keadaan diriku. Aku tahu diri aku bagaimana.

Tetapi tidak untuk A, dia berasa takut aku tak mampu menghadapinya. Jadi A selalu melayan aku berlebihan, mengawal aku jika hendak keluar kemana-mana tanpa ditemani olehnya. Memberi wang kepada aku. Membeli peralatan rumahku. Malahan, membawa keretaku untuk diservis.

Kadang kala A merajuk dengan aku jika aku bercakap dengan dia hambar. Aku rimas, aku merasakan terbatas di rumah sendiri. Itulah yang aku rasakan. Aku tersepit dengan layanan dan kawalan A terhadap aku.

Aku merasakan seolah-olah aku masih lagi budak. Tapi aku tak mampu meluahkan kerana aku terhutang budi kerana A sangat baik dengan aku. Dia selalu membantu aku diwaktu aku sudah, A tak lokek menghulurkan terutamanya wang ringgit.

“Princess treatment”. Itulah yang A berikan kepada aku. Bezanya A perempuan, dan aku pun perempuan. Aku merasakan kadang-kala A seolah-olah mempunyai perasaan terhadap aku. Obses berlebihan!

Kemuncaknya, aku sudah tak mampu menahan lagi. Aku mendapatkan seisi kaunseling berkenaan masalah ini. Berkat daripada itu, aku perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk kesejahteraan mental dan fikiran aku. Aku berterus terang kepada A yang mana aku tak selesa diberikan layanan sebegini olehnya. Aku memintanya untuk pulang semula ke rumahnya.

Dan seperti yang dijangka, A marah akan diriku dan memutar belitkan jawapan aku. Dia mengatakan aku menghalaunya dan menuduhnya seorang Lesbi*n. Aku hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu memanjangkan pergaduhan. A juga seorang yang pandai memanipulasi dengan keadaan dan orang sekeliling.

Setiap waktu A akan update status di whatsapp dengan post video broken dan memerli aku. Dengan mengatakan kebaikannya tak disalah erti kerana dianggap mempunyai perasaan sejenis. Dan ini sangatlah memalukan untuk aku kerana kawan-kawan A juga adalah kawan aku.

Walaupun mereka tidak masuk campur akan hal kami, aku berasa segan kerana A mengatakan kepada semua orang yang dia bergaduh dengan aku. Aku dipandang serong sebagai tidak mengenang budi.

Aku berbaik semula dengan A. Aku melupakan apa yang terjadi kerana mengenangkan tempoh persahabatan kami yang lama. Kemuncaknya baru-baru ini, A bergaduh semula dengan aku.

Puncanya ada acara rutin di tempatku. Aku ingin pergi dengan keluargaku, A ingin turut serta walaupun sudah mengetahui aku pergi dengan keluargaku. Aku menggapnya A pergi dengan keluarganya juga kerana diawal pagi tersebut A menelefonku untuk memberitahu kedatangannya.

Tetapi rupanya A datang keseorangan, dan datang lambat. A datang sewaktu aku sudah mahu pulang. Jadi aku tidak bertemu dengan A kerana ahli keluarga mahu pulang awal.

A merasakan aku menipunya dan sengaja membuat dia begitu. Dia memakiku secara keterlaluan. Aku kemudian meminta maaf dan menyatakan aku tidak tahu A datang seorang.

Dan aku juga menjelaskan bahawa aku tidak mempunyai niat untuk buat A rasa sedemikian. Aku menceritakan hal ini kepada saudaraku, dia menasihatiku untuk meletakkan diri aku no 1. Pedulikan hal yang memberatkan fikiranku.

Aku seperti dijentik dan terjaga dari tidur. Aku baru sedar yang selama ini aku sebenarnya terlalu berasa terhutang budi dengan A. Disitu menyebabkan A sewenang-wenangnya memperlakukan aku sedemikian kerana A membuatkan ku bergantung harap padanya.

Aku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan A. Aku menyekat semua perhubungan socmed dengan A.

Aku berasa ini pilihan yang terbaik untuk kesihatan mentalku. Cukuplah aku kenangkan A sebagai sahabat yang baik, yang tak lokek berkongsi wang ringgit dengan aku. Sahabat yang sentiasa ada diwaktu aku susah. Cuma untuk melanjutkan perhubungan ini, aku berasa tidak lagi.

Aku tidak mampu membalas jasa dan kebaikan A terhadap aku. Aku hanya mempu berdoa semoga dan segala apa kebaikan A terhadap aku, Allah akan balas yang sebaiknya buat dia.

Cukup lah sekarang aku meletakkan diri aku no 1. Aku pentingkan kesihatan mentalku. Aku sudah dewasa untuk tidak memikirkan hal yang remah.

Aku percaya ini yang terbaik untuk diriku. Biarlah aku kehilangan rakan baik, tetapi aku masih ada keluarga untuk aku hilangkan rasa sunyi itu. Semoga korang jadikan ikhtibar dengan kisah aku. Terima Kasih.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *