Watermelon Guy

Salam semua. Nama aku Lily (bukan nama sebenar). Sebelum mula, aku nak bagitau yang aku tak berapa expert sangat menulis. Tapi aku cuba juga untuk tak tinggalkan point2 utama (cerita perlu diedit sebab takut ada yang tau itu aku).

Aku nak namakan cerita aku sebagai “WATERMELON GUY”. Aku Wanita berusia 32 tahun (anak bongsu dari 3 beradik), tak pernah bercinta (sebab aku gila kerja n tak suka dikongong).

Nak dijadikan cerita, aku kenal dengan seorang lelaki ni, aku namakan WM. Pada mulanya aku memang tak dak apa2 perasaan pada WM n malah aku pernah ada rasa tak suka pada dia sebab aku pernah nampk beberapa kali dia usyar aku, aku tak selesa.

Pendekkan cerita kami makin rapat. Aku sangat suka WM sebab akhlak dia, dia sangat penyabar n jenis yang tak reti nak marah. WM jenis yang lemah lembut, baik, sopan, boleh diharap, jenis yang senang dibawa berbincang kalua ada apa2 masalah pun n paling penting tak tinggal solat.

WM berusia 35 tahun, masih single. Pendek kata, dia memang ada kriteria suami yang aku cari. Kerja pun hebat.

WM tinggal di Pantai Timur bersama dengan ibu & neneknya. WM ada 4 beradik, dia yang sulung n satu2nya yang tak kahwin lagi.

Mulanya aku ingatkan dia single sebab dia perlu jaga ibu n nenek dia (so memang ramailah perempuan akan tolak untuk berkahwin dengan dia sebab perlu tinggal dengan mak n nenek lepas kahwin) n menetap di Pantai Timur.

Pada awal perkenalan kami, dia ada mentioned yang dia agak kurang bernasib baik dalam soal jodoh (kenal dengan perempuan tapi ending tak kawen). Dia juga ada cakap yang dia berdoa bertahun2 lamanya dari mula kerja untuk dapat isteri tapi sampai sekarang masih tak de jodoh.

Sepanjang perkenalan dengan WM, hati aku (untuk pertama kalinya) perlahan2 terbuka untuk “sebuah perkahwinan”. Aku rasa happy sangat dengan dia, dalam masa yang sama aku buat solat istikarah.

Aku ringkaskan ye, lepas aku buat solat istikarah, demi Allah, aku mimpi (arwah ayah aku pun ada sekali tapi dia memang tak bercakap dalam mimpi tu). Aku mimpi ada orang masuk meminang aku n aku trs accept (sebab aku ingat pinangan dari WM).

Aku happy sangat2 dlm mimpi tu n terus buat persiapan apa yang patut untuk majlis. Masa tengah buat persiapan, aku baru dapat tau rupanya yang masuk meminang aku tu adalah orang lain, bukan WM. Kecewa sangat2 aku, terus aku tanya ayah aku. Ayah aku hanya pandang aku tanpa cakap apa2, lepas tu terus aku bangun dari tidur.

Start situ, aku dah rasa itu petanda yang dia bukan jodoh aku. Tapi aku macam agak denial stage sikit n berkawan dengan dia seperti biasa.

Aku cuba pendekkan lagi cerita, perkenalan kami semakin rapat (ada ups n down) hinggalah satu hari dia taip mesej dia nak call aku sebab ada benda penting yang dia nak cakap (dia msg betul2 lepas aku buat solat Tahjud malam sblm tu, Subhnallah kuasa Allah).

Btw, dia tak pernah confess apa2 kat aku melainkan hint2 yang banyak + flirt. Untuk pengetahuan korang, aku punyalah fall in love dengan WM ni, sampai aku Solat Tahjud n minta doa semoga Allah izinkan aku untuk tau siapa sebenarnya WM ni.

(Aku pun ada minta doa kalau betul dia suka n berniat untuk jadikan aku isterinya yang sah, cepat2lah dia confess n hnatar rombongan meminang, malah aku sanggup je berpindah ke rumah dia n jaga mk n nenek dia slepas berkahwin tapi aku tak de beritahu dia since dia pun tak confess apa2 pada aku).

Macam aku cakap tadi, dia tak pernah confess directly ye pada aku, cuma orang2 disekeliling syak yang kami tengah bercinta diam2 sebab WM selalu bagi hint depan semua yang kononnya kami in relationship.

Bila ada lelaki lain macam nak try aku, trs dia “tunjuk” yang macam kami ni tengah in silent relatioship (nak caras laki tulah, maksudya). Pada aku, hubungan kami ni lebih kepada “Situationship” bukan “Relationship”.

Balik kepada cerita yang dia nak call aku sebab nak bagitahu something tu, rupanya dia nak call aku untuk berterus terang bagitahu kisah silam dia (tak perlu untuk aku detailskan tapi aku rasa korang pun boleh agak, cuma tak sampai tahap berzina).

Malangnya, perempuan tu ugut dia untuk sebarkan video n minta dia bayar sejumlah duit untuk “senyapkan” dia. WM yang dlaam ketakutan yang amat, habiskan semua duit simpanan dia n buat max personal loan untuk senyapkan perempuan tu.

WM bagi tau aku, lepas beberapa bulan kejadian ni (maksudnya masa tengah berkawan dengan aku, dia buat benda terkutuk tu dengan perempuan tu yang kononnya dia nak buat as wife, so kiranya aku macam spare part dialah time tu).

Perasan aku waktu tu? Sedih n frust menonggeng, aku rasa macam nak marah n maki dia. Tapi aku banyak diam je sebab bila fikir balik, benda dah jadi. Lagi pun, aku tak luak apa2 pun. Time keluar ngan dia, berpegangan tangan pun tak pernah, aku sangat jaga n dia pun tak pernah melebih2.

Masa tu WM sangat2 down n dia deactivate semua media social dia. Time tu aku takut dia buat benda bodoh, which is bunuh diri. So, aku tolak tepi perasan marah aku n aku suruh dia fikir rasional. Aku suruh dia buat laporan polis n etc. Dia buat semua yang aku advicekan siap tunjuk laporan polis n etc.

Time tu WM sangat2 downn ada plan untuk keluar dari Malaysia n nak kuburkan cita2 dia. Aku sentiasa bagi semangat n hampir setiap malam kami call sebab dia sangat down. Ada time aku tengah busy gila dengan kerja n esok kena present, aku still angkt call dia untuk bagi semangat.

Lepas bebrapa bulan, dia nampak makin ok n bersemangat. WM dah start activatekan balik semua media sosial n dia dah post aktiviti kerjaya dia macam biasa. Aku rasa lega sangat as a friend. Time tu aku dah tutup pintu hati aku n just nak berkawan sahaja.

Tapi lama2, aku dah perlahan2 jadi seperti “perempuan lemah” yang aku kutuk dulu. Guess what? Aku jatuh cinta kali kedua dengan WM. Hati aku yang aku dah tutup, perlahan2 terbuka kembali. Aku jadi tak sampai hati. WM bagitahu perempuan tu perempuan pertama yang dia “terbabas” (tapi tak sampai berzina, Nauzubillah).

WM bagitahu lagi, dia ingatkn perempuan tu betul2 nak kawin dengan dia, dia dah plan macam2 dengan perempuan tu. Sejak kejadian tu, dia dah start Tajhud. WM kata dia dah tak berani n tak kan buat lagi. Dia dah serik sangat. Dia kata dia baru buat jahat, Allah dah bayar cash.

Pada waktu tu, aku fikir “Siapalah aku nak pandang hina dengan dosa orang lain, sedangkan dosa aku pun banyak”. So, aku pun bagilah peluang kedua kat WM. WM cakap, dia betul2 tak tau apa nak buat kalau aku tak de. WM ni jenis lone ranger n tak rapat sangat dengan family members dia.

WM selalu cakap, “Awak terlalu baik, semoga Allah mempermudahkan juga segala urusan awak sekeluarga dunia & akhirat. Kalau ada peluang Allah bagi untuk balas jasa, saya tak kan teragak2 untuk buat n bla bla bla”…

Sejak tu, hubungan kami main rapat. Semua benda WM update dekat aku (walaupun aku tak tanya). Aku rasa sangat dihargai, walau sibuk macam mana pun dia akan pastikan dia ada masa untuk call n update aku.

Segala plan yang dia nak buat dalam career dia pun, dia share. N banyak kali dia bagitahu yang aku adalah orang yang paling penting dalam hidup dia. Tapi still, masih tak de any official confirmation pasal hubungan kami.

WM bagitahu yang dia berada dikedudukan yang tak melayakkan dia untuk berkahwin sebab duit simpanan dah habis n emosi yang masih belum ok. Dia kata dia lemah, tak mampu nak jaga anak orang. Hidup dia, dia nak focus untuk bangkit n cari duit.

Siang malam aku tengok dia sibuk dengan kerja hakiki + Business sampingan yang dia buat (dia ada syarikat kecil). Dia memang sangatlah busy sampai tidur pun few hours ja n banyak kali sakit sebab tak cukup tidur. So, aku faham je bila dia tak confess apa2.

Aku sangat husnodzon. Aku rasa dia masih belum mampu untk bgn sepenuhnya, sebab tu dia tak berani nak “ikat janji” dengan anak orang. Tup tup….

Tup tup dia curang lagi guys, for the second time!!! What the fish. Dia bagitahu dia “terbabas” lagi dengan kawan kerja sedepartment tapi tak sampai tahap berzina. Dia kata perempuan tu selalu jeles dengan aku, perempuan tu gila sikit tapi jangan risau perempuan tu tak target aku, dia akan lindung aku n bla bla.

Daripada penceritaan WM tu, aku berpendapat WM bagitahu aku sebab takut perempuan tu bagitahu aku (sebab dia pernah cerita perempuan tu tau fb aku). Nampak tak , permainan dia kat situ? Bukan dia ikhlas pun nak bagitau.

Aku ni banyak kenalan yang aku tolak untuk kenal sebab tunggu si WM ni. Apa pun, aku syukur sangat, aku belum berkahwin dengan dia. Kalau dah Kawin n baru dpt tau perangai dia, aku tak boleh bayang macam mana kemurungan aku (Nauzubuillah).

Lepas dia confess apa yang dia buat tu, aku memang dah “Tarik diri” tapi aku tak berdendam. Aku anggap ni sebahagian daripada asam garam kehidupan aku. Tapi tulah, dekat 2 tahun jugalah aku bazirkan masa dekat dia.

Sekarang aku berdoa semoga Allah jatuhkan hati aku pada hambaNya yang mencintaiMU. Semoga Allah tak biarkan aku hidup berseorangan dan berikan jodoh yang terbaik kepada aku Dunia & Akhirat.

So kepada single ladies out there, please don’t settle for less. Jangan tangkap muat, kalau Allah dah bagi petanda n Nampak red flag dari awal, lebih baik angkat kaki. Curang itu pilihan.

DAalam kes aku, WM nampk sangat green flags, bila dah kwan rapat baru nampak red flag dia which is “KAKI PEREMPUAN” (Aku umpamakan dia macam tembikai, luar nampak hijau, tapi dalam warna marah).

Sekian kisah aku yang tak seberapa…

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *