Watikah Untuk Undergrad, Master, CV

Assalamualaikum,

Pertama sekali terima kasih kepada admin sebab menyiarkan luahan hati saya ni. Post ni bukan berkaitan situasi saya, tapi satu fenomena local grads Malaysia yang saya perhatikan…. yang bagi saya sangatlah menyumbang kepada kenapa sangat ramai local grads yang lepas setahun, masih lagi tak dapat kerja yang sesuai dengan bidangnya

1) Nak sambung master, kenapa? Entah.

Pertama fenomena nak sambung ke tahap master @ PhD. Bila ditanya lepas tu nanti nak jadi apa? Entah. Entah??

Ramai antara kita yang sebenarnya kena tipu dengan lecturer-lecturer kita. Kononnya ambiklah master, sekarang ni ramai dah ada degree, kalau ada master lagi senang. Gaji pun lagi tinggi

TEETTT

Salah ye adik-adik sekalian. Malahan ada majikan yang tak nak ambik orang yang dari degree terus ambik master. Kenapa? Sebab tak ada pengalaman berkerja. Pengalaman berkerja 1-2 tahun adalah jauh lebih berharga daripada master anda

Ada juga majikan yang tak nak ambil berkerja sebab tu haa. Expecting higher salary semata-mata sebab ada master. Kalau nak tahu, pihak swasta tak pandang punn kat master korang tu. Kalau nak ambik master, ambillah sebab ilmu yang boleh diperolehi dengan master tu. Bukan sebab nak gaji lebih @ lagi senang dapat kerja. Sebab setakat yang aku tengok kawan-kawan master aku…. macam tersangat ramai je yang masih susah dapat kerja.

Ah ye aku ada ambik master gak. Tapi itulah, untuk ilmu. Dan aku ambik lepas aku dah kerja. Dari pengalaman aku sendiri, nampak jelas perbezaan tahap pemikiran pelajar master yang sambung terus lepas degree dengan yang dah kerja dulu.

Master okay lagi. Ni lebih risau jumpa junior final year, tengah plan nak sambung sampai PhD. Sebab? Tak tau. Silap-silap xde orang langsung nak ambik kerja kalau ada PhD tapi xde pengalaman. Melainkan bidang akademik. Jadi pensyarah.

2) Tidak Menguasai Bahasa Inggeris

Aku suka ada seorang komen cina tu baru-baru ni. Bagi dia bahasa melayu tu bahasa perpaduan. Bahasa Inggeris bahasa ilmu dan antarabangsa. Bahasa cina pula bahasa ibunda dia

Bagi kita orang melayu, bahasa melayu itulah bahasa perpaduan dan bahasa ibunda. Tapi masih tak boleh dinafikan pada zaman sekarang ni, bahasa Inggeris masih lagi bahasa antarabangsa dan bahasa ilmu. Sebab hampir kesemua perbincangan-perbincangan ilmiah dilakukan dalam bahasa Inggeris. Apatah lagi pada zaman globalisasi, bergantung kita kerja dalam sektor apa, tapi banyak pekerjaan yang akan memerlukan kita berbahasa Inggeris untuk urusan kerja (lepak makan masih menggunakan bahasa perpaduan)

Malahan lebih teruk lagi, untuk sesetengah sektor, orang atas tu kerja dia check English je! Susah payah buat analisis. Last-last yang dia betulkan Grammar kita itu ini. Kadang-kadang rasa kalau macam tu baik letak pelajar jurusan linguistic buat kerja dia. Xyah bazir duit syarikat bayar gaji mahal-mahal kat dia

Jadi point aku apa? Point aku Bahasa Inggeris tu sangat penting. Ada kawan aku yang lepas master akhirnya ambik kelas English dengan Cambridge untuk tingkatkan English dia. Alhamdulillah skrg dia ada dapat offer kerja yang agak baik

3) CV @ Resume yang Sepesen

Aku ni bekas pelajar kat UK. Dan kalau nak tau kitorang tak pernah pun ada kursus apa-apa untuk buat CV. At least kat tempat aku la. Jadi kitorang banyak kaji sendiri cara-cara buat CV

Aku banyak dapat CV daripada local grads yang nak apply kerja. Semakin aku tengok semakin aku musykil… diorang ni punya CV majoriti semuanya sepesen. Tengok 10 CV pun xde satu pun yang menarik perhatian. Tak, dia bukan sebab korang belajar kat mana atau course apa. Tapi takde sebarang info menarik

i) korang cerita korang ambik course apa. Atau sesetengah tu siap tulis semua subjek yang diambil. Okay. Tapi yang tak okay, korang tak cerita apa yang korang dapat dari apa korang belajar tu.

Tulislaa yang korang belajar cara analisa pasaran saham ke, korang tau macam mana nak baca hala tuju interest rate ke… korang ada buat study berkaitan hubungan antara pasaran saham dengan harga minyak ke…

Ini tak, tulis course. Dapat 4 flat. Tapi dari CV tu employer tu tak boleh nak tau pun. Jadi kau dapat 4 flat tu apa kau boleh buat?

Ingat, employer nak cari orang untuk bekerja. Kalau tak tulis apa korang boleh buat, macam mana employer tu nak tau kau orang yang sesuai untuk dipanggil interview?

ii) korang list semua jawatan yang pernah dipegang

Ni satu lagi falasi yang tersebar di dunia akademik. “Bagus terlibat banyak-banyak dalam aktiviti kokorikulum ni, senang dapat kerja”

Maka pelajar pun tulislah berjela-jela jaawatan yang pernah dipegang. Ada satu CV tu aku dapat sampai satu page penuh dia tulis jawatan yang dia pegang. Rasa menyampah pun ada.

Adik-adik, memang kokorikulum tu bagus. Tapi cukup sekadar majikan tau, yang korang ni bukannya jenis 24 jam ulat buku. Kau ada hidup lain selain dari belajar. Sebab memilih personaliti yang betul penting untuk suasana tempat kerja yang harmoni

Cukup kau list top 3, jawatan atau penglibatan yang kau pernsh terlibat. Letakla satu presiden kelab catur ke, lepas tu okay apa kau buat dan cabaran yang kau hadapi. Lepas tu aktiviti volunteerism ke, nak cite yang kau ni suma tolong orang. Lepas tu satu lagi lari marathon. Nak tunjuk yang kau ni bersukan, jadi mungkin susah jatuh sakit

Ingat, CV ni untuk majikan tau sekali lalu kau ni macam mana orangnya. Jadi bila tulis apa kau belajar, tulis sekali apa yang kau memang belajar dan boleh buat. Bila cerita jadi presiden, tulis macam mana style leadership kau ke, mcm mana kau hadapi cabaran dll

Isk panjang sangat dah confession aku ni

iii) CV berjela

Orant kerja 5 tahun pun CV 3 page je. Kau fresh grad CV 5 page. Untuk fresh grad CV 3 page dah cukup cantik. Susun letak yang paling penting dulu i.e. akademik dengan pengalaman kerja kat atas, lepas tu baru benda-benda lain.

Itu jelah. Bukan apa. Kadang-kadang memang nak tolong utk dipanggil interview. Tapi bila tengok CV. Nak panggil pun rasa tak munasabah. Sesetengah tu CV dah sangat cantik. Panggil interview, writing test terabur, cakap english masa interview pun terabur gak. Terus dapat agak ni mesti orang lain editkan CV dia. Tapi takpe, sebab at least dengan CV macam tu, insyaAllah dia akan terus dapat panggilan intvw. Lama-lama nanti jadi okayla. Intvw pun kita boleh jadi semakin baik dari banyak-banyak pengalaman

Okaylah tu je. Harap takde yang terasa. Harap mendatangkan manfaat.

Babai

– Pekerja Bank

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit