We Were Not Meant To Be Together

Assalamualaikum. Aku Dina, berusia penghujung 20-an. Maaf yer, ini luahan hati aku, jadi sedikit panjang.

Okay straightforward, 5 tahun yang lalu aku berkenalan dengan seorang lelaki melalui urusan kerja. Permulaan cerita yang sangat indah. Selalu bertemu atas urusan kerja sampailah suatu hari F mula chat aku. Juga didahului urusan kerja.

Lepas pada tu dia selalu comment status whatsapp aku dan km mula mesra, keluar makan, keluar tengok wayang dan hubungan berjalan dengan sangat baik.

Masa pertama kali jumpa aku terus terang dengan dia yang aku tak nak kawan lama-lama. Kalau dia nak serious dengan aku dia kena usaha untuk kahwin secepat mungkin.

Trauma masa lalu yang buatkan aku nak cepat2 halal. Aku tak nak hubungan yang sia-sia lagi. Masa tu F respon ‘kena kerja lagi keras la saya lepas ni, nak kumpul duit kahwin’ hehe.

Tapi adat dunia percintaan, mana ada dari mula sampai akhir akan indah saja. Satu malam tu dia terus terang dengan aku pasal masa silam dia. Dia pernah bersekedudukan dengan ex girlfriend dia masa zaman dia belajar dekat M*U dulu.

Sape yang tau, tau la bertapa sosialnya budak2 M*U. Zaman aku sekolah dulu kami gelarkan students lelaki budak M*U sebagai ‘f boy’ istilah budak nakal, sosial dan kaki perempuan. Maafkan aku yang mana lulusan dari M*U. Bukan semua tapi yang aku kenal majoriti adalah sosial.

Memandangkan aku tinggal berhampiran M*U. Kerana mereka kebanyakan dari golongan anak-anak orang kaya. Jadi lifestyle mereka agak berbeza.

Selain bersekedudukan dengan ex girlfriend, dia juga kaki clubbing. Alcohol dan weed ibarat makanan harian.

Tapi itu dulu, dia dah tinggalkan zaman tu bertahun yang dulu. Lepas dia habis belajar, dia mula kerja, dia dah tinggalkan semua tu. Tak ada 1 pon yang menjadi ketagihan lagi.

Disebabkan dia dah tinggalkan semua tu bertahun yang dulu buatkan aku yakin untuk terima dia. 24 tahun bagi aku seorang lelaki itu dah cukup matang untuk tentukan yang mana baik dan yang mana buruk untuk diri dia.

Kami teruskan hubungan tanpa sikit pon terdetik dalam hati aku rasa jijik dekat dia walau aku masih suci. Aku tak kisah terima lelaki seperti itu asalkan dia dah bertaubat.

Dia lelaki yang baik, baik untuk aku, anak yang sangat taat untuk ibunya dan pekerja yang sangat rajin. Cukup.. bagi aku dah cukup sempurna.

Tapi hubungan kami diuji tanpa restu ibu. Bermacam cara dia usaha untuk dapat restu ibu itu. Usaha nak bawa aku jumpa ibunya tapi sekeras-kerasnya ibu dia menolak untuk berjumpa aku.

Banyak kali dia pujuk aku yang ‘ibu saya bukan tak suka awak, ibu saya cuma tak bagi saya kahwin lagi. Ibu saya cakap saya tak layak nak jadi suami orang lagi’

Sejak dari tu dia selalu menghilang, bila tanya dia cakap dia ada masalah keluarga, dia tak nak cerita sebab dia cakap itu aib keluarga.

Dan sejak itu juga aku cuba untuk jadi yang paling memahami. Avoid dari bergaduh, walau kadang aku terasa sangat dengan pengabaian dia. Selalu bagi kata-kata positif dekat dia. Yang aku tunggu dia.

‘Its okay ibu tak bagi kahwin lagi. kita bagi ibu masa yer. Saya bukan nak rebut awak dari ibu awak, saya cuma nak tumpang kasih-sayang awak sikit je. Selain ibu, saya pon perlukan awak jugak.’

Setiap kali aku pujuk lembut sikit hati dia. Tenang sikit hatinya. Tapi kerap kali jadi lagi. Dia sejenis manusia yang kalau ada masalah dia terlalu fikir masalah tu. Itu yang aku geram sangat. Kita chill-chill je sambil fikir macamana nak settle. Tapi dia tak.

Seminggu lepas kami berjumpa, dia whatsapp. Dia cakap ada benda yang dia nak bgtau. Masa tu rasa nak luruh jantung. I smell something. Then aku tanya dia semula ‘benda yang happy ke sedih’ dia jawab ‘sedih’ pastu aku cakap ‘takut’ then dia reply ‘sekejab eh’ Dia menghilang banyak hari lepastu.

Dan esoknya kawan aku cerita yang F ada mesej dia. F tanya ‘kalau kau dekat tempat aku, kau pilih orang yang kau cinta atau ibu yang besarkan kau?’ Okay, baru aku tau apa yang dia nak cakap dengan aku malam tu. Dia mungkin nak mintak putus tapi dia tak sampai hati.

Banyak hari dia menghilang dan banyak hari juga aku whatsapp dia tanpa dibalas. Sampai 1 malam dia reply. Dia cakap dia terpaksa putus.

Dia dah pujuk ibu tapi ibu dia mengamuk, ibu dia tetap dengan pendirian dia. Dia cakap dia taknak gantung aku bertahun tanpa halalkan aku. Dia lepaskan aku untuk lelaki yang lebih baik.

6 bulan aku masih memujuk. ‘Dia cakap awak tak kesian ke dekat saya, saya tersepit’. Habistu sapa nak kesiankan aku? Aku banyak kerja dekat office sana tapi 1 kerja pon aku tak boleh nak focus. macam nak gila kecewa.

1 hari tu aku nampak 1 gambar perempuan dekat status whatsapp dia dengan caption ‘Rindu’. Aku dekat sini macam orang gila, kau dekat sana dah ada pengganti. Aku whatsapp dia dan dia mengaku itu awek baru dia.

Satu ayat penamat aku bagi dekat dia yang aku ingat sampai sekarang ‘nanti awak cari saya dekat mahsyar’ lepas dari tu kalau kami berjumpa lagi atas urusan kerja dia langsung tak pandang muka aku lagi.

Sejak tu aku tak pujuk dia lagi, aku anggap segala cerita pasal mak dia tak restu tu semuanya rekaan. Dia buat cerita sebab dia dah ada perempuan lain.

Masa tu mula PKP aku wfh bersambung sampai puasa dan sampai raya. Jadi banyak masa aku atas sejadah. Kerap bertahajjud. Tiap kali solat aku akan doakan dia dapat kifarah. Semoga Allah bagi balasan yang setimpal dengan apa yang dia dah buat.

Then after one year aku jumpa kawan dia. Dan masa tu kawan dia spill the tea cerita sebenar. Memang kami berpisah dulu sebab mak dia tak restu. Dan dia sengaja post gambar perempuan sebab dia nak aku move on. Tapi memang dia bercinta dengan perempuan tu..

Then after 3 month kami putus dia pon putus dengan perempuan tu sebab perempuan tu get back dengan ex dia. Dia dah dapat kifarah bukan?

Dan masa tu aku maafkan dia sebab dia dah dapat balasan tinggalkan aku menderita sorang2 dulu walau salah ibunya. Tapi sebab dia tak tegas aku jadi mangsa.

Kawan dia ada cakap yang dia banyak berubah, pergi umrah, jaga solat. Aku happy bila dia makin baik dari dulu.

Tapi itu cerita 5 tahun yang dulu. Semalam dia contact aku semula. Dia cakap dia banyak masalah, sebab tertekan sangat dia mula kembali ke masa silam dia. Bertukar perempuan sana sini untuk kepuasan nafsu dia.

Bila dia serabut dia cari perempuan… ‘one night stand’ istilah yang dia sebutkan dekat aku.

Aku nasihat dia, dia cakap buat apa jadi baik kalau jadi baik kita yang tersakiti. Baik kita yang menyakiti orang. Aku cakap dekat dia yang orang baik tak pernah kalah.

One day orang akan sedar yang kita baik dan kalau orang tak sedar, Allah nampak. Then dia soal aku ‘kalau baik tak pernah kalah, apa jadi dengan relation kita dulu? Saya masih sayangkan awak’

Dan dia ada terus terang jugak pasal aib keluarga yang dia maksudkan dulu. Ibu dia tak suka aku sebab aku datang dari negeri yang sama dengan ibu kandung F. Its mean F adalah anak angkat dan anak yang tidak sah taraf.

‘Saya masih sayangkan awak’, harini seharian aku fikir ayat dia cakap dekat aku smlm, adakah dia jadi macamtu sebab aku? Harini atas sejadah aku menangis sungguh-sungguh sebab aku menyesal pernah doakan dia dapat balasan dengan apa dia buat dekat aku dulu.

Tapi aku dah lama maafkan dia. Aku takut sebab doa-doa aku dulu yang jadikan dia sekarang sedangkan masa kami bercinta dia tak pernah ambil kesempatan dekat aku. Apa masalah yang sampai mengubah dia jadi rosak macamni.

Buat F, saya doakan awak jumpa perempuan yang boleh membimbing awak dan tarik awak dari dunia maksiat itu. Semoga jodoh awak adalah satu-satunya menantu perempuan yang paling ibu awak sayangi.

Dan buat ibu mertua yang tak jadi, terima kasih makcik sebab telah merosakkan lelaki yang dulu sangat saya sayangi, yang saya jaga hatinya melebihi hati dan perasaan saya sendiri. Terima kasih. Saya sangat kecewa dengan apa yang jadi dekat dia hari ini.

Pengajaran untuk aku, jika aku diberi kesempatan untuk menjadi seorang ibu suatu hari nnt, aku tak akan menghalang anak aku untuk memilih siapa yang dia cintai. Buatlah pilihanmu anak, ibu hanya ingin melihat kamu bahagia.

Terima kasih Ya Allah, sekarang aku benar-benar faham yang engkau jauhkan, yang engkau halang, yang engkau gagalkan rupanya itu adalah bentuk keselamatan untuk aku.

Mungkin andai aku berjaya kahwin, aku akan ditinggalkan untuk dia jamah perempuan lain bila dia tertekan dan mungkin juga andai aku berjaya kahwin aku akan hidup menderita angkara seorang ibu mertua.

F, saya juga masih sayangkan awak. Maafkan saya. Kita tak diciptakan untuk bersama…

– Dina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *