Assalammualaikum. Terima kasih kalau confession saya ini disiarkan. Maaf kalau bahasa rojak tapi harap siapa baca ini faham lah.
Nama aku Melur, masih single dan bekerja tetap disebuah syarikat. Selalu baca kisah pasal orang lain, kali ini tergerak nak cerita kisah aku pula. Kisah aku bekerja WFH sebab Covid ini.
To cut the story short, aku rasa macam kena anaiya. Aku start kerja pukul 8am sehingga 7pm, sambung pukul 10pm sehingga 3am lepas itu aku bangun pukul 6:30am untuk sembahyang Subuh. Dah tak normal dah.
Aku rasa WFH ini dah macam tak ada batas dah. Just because tak nampak muka aku, that does not mean aku tak buat kerja. Sampai weekend aku dia kacau.
Ada hari aku tak makan malam atau makan macam sekadar sumbat saja makanan dalam mulut. Aku gembira sebab lost 3kg sebab aku memang nak lose some weight pun tapi masalahnya aku rasa badan aku macam tak dapat nutrient?
Anyways, sekarang ini aku relapse back to my depression sebab tak ada masa for myself, tak boleh nak calm down and relax. Bila aku bekerja, aku nak pergi toilet sekejap pun macam satu kesalahan.
Setiap hari aku nangis 6 to 7 kali. Penat juga nangis tapi air mata keluar saja macam waterfall, bermasalah betul. Now nak kena pergi jumpa Doctor balik nak ambil ubat sebab dapat anxiety too.
Penat-penat saja aku get out from depression, now masuk balik dan dapat anxiety jugak siot gila. Actually aku tak makan sangat pun ubat itu, aku cuba cara lain but ubat itu aku letak standby jelah sebab masalahnya aku pernah cuba nak kelar tangan tapi macam gunting tu tumpul.
So ada kesan darah sikit sikit jelah. Aku try juga psycho diri jangan kelar tangan sebab nanti ada scars dan nanti ugly. Macam bodoh kan? Memang bodoh pun buat benda tu, aku tak nak bunuh diri but more like to feel alive?
Aku tak tahu macam mana nak explain, tapi kalau boleh aku memang tak nak buat pun sebab ia memang perbuatan bodoh.
Aku kalau orang tengok dari segi luaran, orang akan ingat tak ada masalah sebab I am very good at hiding it dan aku suka senyum. Anyways, I refused to be in depression.
Cara aku keluar depression dulu ialah dengan dekatkan diri aku dengan Allah SWT dan membuat banyak banyak amal ibadah.
Alhamdulillah it helps me a lot tapi sekarang disebabkan WFH yang dah tak ada batas aku macam unstable back again.
Aku tahu ujian ini adalah tanda sayang Allah SWT dengan aku. Aku rindu sangat nak duduk atas sejadah lama lama dan baca Quran pada solat Subuh. Tapi masalahnya aku penat. Penat sangat dengan kerja.
Aku nak bercakap dengan Boss aku pasal ini but mereka tak boleh terima sebab yang lain boleh je. Yang lain boleh hidup kejar dunia, no commitments. Aku? Aku kena ada time juga dengan Allah SWT. Aku tak suka solat 5 waktu aku macam bus express. I need to pray properly.
So macam mana aku boleh masuk kerja ni? Sebab kena tipu, itu je. Apa yang ditawarkan tidak sama yang dijanjikan. Tak boleh transfer, the only way is to resign. So aku akan resign.
Aku tahu ramai yang menganggur mencari kerja dan aku patut bersyukur ada kerja, tapi dalam masa yang sama aku rasa macam aku hamba Allah SWT yang tak berguna sebab sepatutnya aku patuh dan takut pada Allah SWT,
Tapi aku macam put Allah SWT as the last option or mana mana I see fit. Macam mana nak barakah dalam hidup?
Patutnya aku make time for Allah SWT. And I don’t like the person I am right now, cepat marah, emo, balik-balik fikir pasal gunting and anxiety all over the place.
So aku tengah cari tempat kerja yang lain. Tempat kerja yang sekufu dengan aku, yang menghormati masa aku dengan tuhanKu. Aku tak nak jadi orang yang mengejar dunia sampai aku tak beriman pada hari Khiamat.
I want to live and fight back my depression + anxiety. I did it once so I can do it. Please tolong doakan aku dapat tempat kerja baru. Aamiin.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit