Maaflah tajuk dalam B.Inggeris. Lebih senang menulis tajuk begitu. Ringkas dan padat.
Salam dan hi! Saya Ash berumur lingkungan akhir 20, masih bujang dan cuba mencari erti hidup. Dan ini adalah kisah saya…
Narcissist? Bipolar? Apakah itu? Entahlah saya sendiri tak pernah nak ambil pusing mengenai terma bombastik begitu apatah lagi mengambiltahu mengenai ilmu kesihatan mental.
Sehinggalah bila saya mula membuat retroperspektif (cerminan diri) mengenai hidup kami sekeluarga. Barulah semuanya make sense!
Saya tahu tajuk ini jarang diceritakan oleh mereka yang mengalaminya di luar sana. Bahkan mereka segan sebenarnya, termasuklah saya.
Akan tetapi saya berkongsi sebagai pengajaran dan iktibar kepada pembaca luar sana untuk tidak mengambil remeh perkara ini.
Jadi persona yang mengakar dalam cerita saya ini ialah emak saya. Seorang yang berpelajaran tinggi PHD, berpangkat besar dan sangat berkarisma.
Boleh dikatakan Iron Lady. Sering menjadi jemputan di forum dan perbincangan berat di mana-mana. Menjadi ikon untuk women empowerment dan sebagaiya.
Teman sekerja juga memandangnya sebagai perfect woman mampu ada kerjaya yang hebat dan menguruskan rumahtangga dengan baik. Akan tetapi ini yang mereka silap….
Tak semua orang sempurna, begitulah emak saya.
Mengimbas kembali nostalgia dahulu kami dibesarkan dengan sangat tertekan, Mentally abused. Tak pernah rasa kami mencapai KPI kayangan emak.
She was really demanding lady and very manipulative. Very manipulative.
Emak selalu buat kami berasa bahwasanya kami dungu atau never enough! Saya selalu merasakan saya buat salah dan ada sahaja yang tidak kena. Ini turut dirasai oleh adik beradik yang lain.
Di waktu kecil cara didikannya ialah dengan memukul kami sehingga mendera untuk kesalahan yang bila saya imbas kembali adalah kecil seperti menyapa jiran, tidak respon soalannya dsb.
Meningkat dewasa leteran berupa makian adalah zikir yang biasa. Ia seakan dunia mesti evolve around her, dan mereka yang lain hanyalah watak tambahan.
Ayah saya? Juga sebenarnya mengalami penderaan mental & fizikal yang sama.
Disebabkan stigma masyarakat yang memandang bahawa lelaki adalah raja di rumah lalu menyebabkan kita menafikan bahawa keganasan rumahtangga terhadap suami semakin meningkat.
Acap kali diulas di dalam Wanita Hari Ini (WHI) mengenai trend kenaikan keganasan rumahtangga disebabkan wanita.
Saya harap pembaca selepas ini mengambil cakna mengenai trend yang membimbangkan ini.
Sejujurnya kami tak mungkin selamat dan menjadi anak yang baik tanpa figura ayah. Ayah seorang yang baik dan penyayang.
Pernah saya bertanyakan ayah kenapa tidak menceraikannya emak jika dia sudah sedar isterinya memiliki masalah ini sedari awal lagi? Jawapan ayah selepas itu meruntuhkan hati ini.
“Ayah boleh pergi ceraikan akan tetapi kamu adik beradik yang buatkan ayah risau, ayah tahu banyak anak yang dibesarkan dalam keluarga pecah belah bagaimana hasilnya dan ayah tak mahu anak ayah jadi begitu….
Ini sikit sahaja ujian. Insyallah Allah ganti lebih baik disana untuk ayah, ayah sayang Ash dan anak ayah yang lain sangat-sangat.
Emak kamu sakit tapi dia tak sedar, ayah taknak hilang hak jaga dan lihat kamu membesar, hantarkan kamu sekolah universiti kemudian kahwin dan bina keluarga yang lebih baik dari ini.
Ayah dah tua, tak banyak ayah harapkan melainkan pergi dalam keadaan diredhai dan meredhai…”
Sampai sini dahulu saya tak mampu nak sambung. Terlampau emosi, tak mampu nak teruskan. Maaf…
– Ash (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit