Kau benci kawan, kau boleh unfriend, block and ignore dia.
Kau benci bos, kau boleh berhenti kerja.
Kau benci boyfriend kau, kau boleh minta break.
Tapi, what if kau benci ibu kau?
Saya gadis berusia 26 tahun, ada 8 beradik, dan hanya tinggal berdua dengan ibu yang berusia 70 tahun. Saya tak rapat dengan ibu, dan memang tiada pengalaman ibu-anak yang banyak dengannya. Sebelum masuk ke asrama pada usia 13 tahun, ibu mengalami depressi teruk. Dia tak bagi ayah pergi kerja sebab cakap ayah cari perempuan lain. Ibu tak bagi saya pergi sekolah sebab dia kata saya pergi merayau.
Ada waktu dia akan bawa parang marah orang katanya cuba hancurkan keluarga kami. Ada waktu pada tengah malam dia berhalusinasi ada org dtg buat kacau dan cuba halau orang tu keluar dari rumah kami. Secara jujurnya, saya membesar merasa takut padanya. Jadi usia kanak2 saya banyak dihabiskan bersama ayah. Dan pada usia 13 tahun, ayah hantar saya keasrama untuk saya belajar dengan tenang.
Depression ibu masih berterusan. Seringkali dia halang saya balik ke asrama sebab dia kata ada orang nak culik saya. Ibu suruh saya berhenti dari asrama dan duduk dengannya sahaja. Tapi ayah selalunya akan lindungi saya dan hantar saya balik. Depression ibu berkurangan bila saya berada di tingkatan 5. Ayah meninggal 2 tahun kemudian. Adik beradik saya kebanyakannya perempuan, masing2 selepas berkahwin ikut suami dan tinggal jauh. Jadi ibu tinggal berseorangan. Saya ambil keputusan tinggal dengan ibu lepas habis belajar, 4 tahun lepas.
Ibu seorang yg sangat tradisional. Saya ada curfew. Pukul 6 habis kerja kena ada kat rumah. Lewat, kena marah. Weekend kena ada kat rumah. Keluar, kena marah. Saya bukan jenis yang kuat bersosial, tapi ada masa kita akan terima undangan perkahwinan, ada masa rakan dari jauh datang ajak jumpa, ada masa company ada family day or farewell party. Jadi, saya akan join dan kena marah. Ada masa saya kena keluar beli barang office lepas kerja. Masih kena marah. Pernah satu tahap, ibu call rakan sekerja saya terus marah kenapa saya belum balik. Dan pada ketika itu jam baru pukul 8 malam.
Ibu marah bukan biasa. Dia marah herdik dan terus hembur dengan nada yang tinggi. Tanpa tanya. Saya bukan orang yang penyabar, bila berterusan kena marah tanpa sebab saya mula melawan. Saya mula naik angin. Saya mula start rebel. Sebelum ni bila kena marah saya cuba terangkan kenapa saya lewat, tapi dia akan tetap marah. Kemudian, saya ambil pendekatan senyap. Masuk bilik dan biarkan dia terus marah dan membebel.
Tapi bila saya diam, marah dia makin menjadi, benda yamg takde kena mengena pun dia ungkit. Saya mula memberontak. Saya mula hempas, baling barang, hentak pintu. Saya tak faham, saya buat salah apa. Saya bukan balik lewat pukul 4 pagi, saya bukan keluar tak tentu hala. Yang mengenali saya tau saya tak keluar malam. Dan jika saya keluar pun saya hanya keluar dengan rakan2 terdekat dan untuk perkara tertentu.
Saya cuba untuk bersangka baik, tapi semakin lama tinggal dengannya semakin saya lihat sikap ibu yang sangat berbeza. Bila adik beradik saya balik dia akan kelihatan ok. Tapi bila semua orang balik kerumah masing2, dia mula marah2. Dan dia akan lepaskan marah pada saya. Kakak tak basuh tilam anak dia kencing saya kena marah. Anak buah saya tak basuh pinggan, saya kena marah. Anak abang pecahkan pinggan, saya juga kena marah. Saya tak faham, bila orang tu ada depan mata dia tak marah. Saya sampai pernah cakap ‘ibu tak puas hati pergilah call kakak cakap, marah adik kenapa?’
Ibu juga suka bandingkan pekerjaan saya dengan adik beradik. Adik beradik saya kebanyakannya kerja kerajaan dan golongan profesional. Disebabkan peluang kerja yg kurang dikampung dalam bidang saya, saya bekerja dalam sektor yg berlainan.
Saya pernah dapat tawaran kerja dia bidang saya tapi saya tolak sebab jaraknya merentasi 2 negeri. Saya bukan merungut, dan saya pun dah mula belajar adapt dan selesa dengan pekerjaan sekarang. Tapi ibu sering cakap dengan org sekeliling ‘itu je kerja yang ada’.
Secara jujurnya, saya tak cemburukan adik beradik saya. Rezeki orang berbeza dan saya tau mereka pun tak pernah memperlekehkan pekerjaan sesiapa dalam keluarga. The only person yg care about it is mum. And she keep repeating the same story line about my work to whoever she met. Saya sampai satu tahap tak faham, dia suka ke tak saya duduk dengan dia. Saya cuba untuk jadi anak yang baik. Tapi setelah empat tahun bertahan saya tak rasa keadaan jadi makin baik. Saya perasan satu kecenderungan saya mula marah2 dan melawan balik kebelakangan ini.
Akibat selalu sangat kena marah tanpa sebab saya cepat naik angin. Bila saya start kena marah saya mula baling2 barang. Saya nak ibu diam. Saya nak terangkan pada dia itu bukan salah saya. Tapi dia selalunya dia akan kekal pada nada marahnya. Dan selalunya saya pula akan mula bertindak di luar kawalan. Saya akan pegang ibu secara kasar untuk diamkan dia. Saya nak dia dengar penjelasan saya. Saya nak bagitau saya tak buat apa2 salah.
Saya balik lewat bersebab. Saya keluar hujung minggu hanya memenuhi undangan majlis rakan. Dan selalunya ianya takkan berhasil. Ibu akan tuduh saya kurang ajar dan membandingkan saya dengan anak yg lain pulak. Dia akan ckp ‘anak aku yang lain tak pernah buat aku macam ni’. The fuck, that’s because they are living far from home and they doesn’t have to meet you even they arrive home at 5am.
Lepas mengamuk saya akan masuk bilik dan menangis teresak-esak sehingga sakit kepala. Dan saya dah mula ambil pil supaya saya boleh tidur. Saya tau saya bukan anak yang baik. Saya cuba kawal diri dari melakukan physical contact dengan ibu, tapi i get stressed much hearing her voice. Kadang2 kalau dia marah, saya cuba kuncikan diri dalam bilik. Saya takut saya keluar saya buat apa2. Kadang2 saya telan ubat tidur bg saya terus tidur dan tak dengar suaranya.
Saya banyak kali terlintas untuk pindah keluar, beribu kali saya nak angkat beg keluar dan bermalam kat hotel. Saya tak tau apa patut saya buat. Saya tak rasa keadaan makin baik bila saya tinggal dengan dia. Hampir setiap malam saya amik ubat tidur. Dan emosi saya juga dah terbawa bawa ke tempat kerja dan hubungan sosial saya. Saya menangis bila kena teguran simple. Saya dah tak nak jumpa kawan2 saya. Saya cuma nk pergi kerja. Duduk selewat yang boleh di office. Balik dan tidur. I avoid meeting people cause i aware my emotion unstable. I’m easily crying and become damn sensitive with simple comment by colleagues.
Saya hanya akan tenang sikit bila adik beradik saya balik. Mereka tak pernah mengabaikan tanggungawab masing2 sebagai anak tapi saya juga faham masing2 ada komitmen pada suami dan keluarga masing2. Selalunya bila diorang balik ibu tak marah-marah sangat dan selalunya saya cuba have some escape time during that moment. Pergi kl shopping ka. Pergi solo travel ka. Pergi weekend getaway ka. And after they gone, the problem datang balik. Saya akan kena marah for unnecessary things, saya mengamuk, menangis, sakit kepala dan telan ubat tidur.
When i say unnecessary, its really mean unnecessary. Contohnya saya baru lepas kena marah sebab nak keluar beli barang dapur at 6pm. Da tentu nak beli kat pasar malam, takkan saya nak pergi pukul tiga. Pasar malam pun tak buka lagi. Sampai saya balik, dia marah saya. Saya pun tak faham. Saya patut buat apa? Tak payah beli barang dapur? Takde makanan saya juga kena marah.
And yes, we end up having a fight. Saya mengamuk. Saya sedang menangis dan having that damn fucking headache again. This killing me. I need to sleep. I’m sorry guys, ini bukan cerita anak yang baik. I’m the worst daughter alive. I confessed here because i need help. I nak make things better. Please advice me.
– Anak
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit