What Makes Me Leave Social Media

Assalamualaikum, ini adalah confession sebenar-benarnya confession, aku seorang yang addicted terhadap social media, aku start buat social media masa tingkatan 1, masa tu tengah famous ialah Friendster dan Myspace. Goal setiap media social adalah untuk mencapai semaksimum friend yang boleh, jadi friend list aku memang beribu-ribu sampai dah reach maximum tapi berapa kerat ja aku kenal dalam real life. Memandangkan zaman sekolah menengah aku, ibu bapa aku jenis strict pasal keluar dengan kawan-kawan waktu hujung minggu jadi di social media lah tempat aku melengkapkan keperluan sosial aku, namakan ja social media apa, semua aku ada, Hi5, tagged, yahoo360 and etc.

Masa aku tingkatan 3 aku mula buat facebook, dan capai 5000 friend dalam beberapa bulan dan ada follower beribu-ribu, memang seronok jadi centre of attraction, seronok jadi famous dan dikenali walaupun hanya di sosial media, seronok bila ramai lelaki minat, tapi masa tu tak wujud lagi motif viral, jadi sebab tu kowt aku tak di invite, hahaha. Kemudian aku buat instagram, ada puluh ribu follower untuk akaun instagram pertama aku, tapi aku mula berubah bila aku dah masuk zaman universiti, sebab masa tu aku rasa macam terlalu dikenali adalah sesuatu yang merugikan diri sendiri, apa yang aku buat, aku pergi mana, aku bercinta dengan siapa, semua orang tahu. Walaupun aku cuba slow down untuk tapis apa yang perlu diupload dan apa yang tak patut diupload tapi still ada berita yang kurang enak dan sumbang aku dengar. Maklum hidup kita tak semua orang suka kita. Jadi aku buat keputusan untuk delete facebook dan instagram.

Aku berhenti dalam beberapa bulan, kemudian aku buat semula akaun facebook baru sebab dalam facebook ada group subject yang lecturer selalu update notes, jadi nak tak nak, terpaksa jugak buat. Mula-mula aku guna akaun mak aku tapi orang pelik sapa pulak dia ni then kena kick daripada group, jadi kena lah jugak buat facebook akaun sendiri. Bila buat facebook kawan-kawan dulu yang pernah follow dan friend add lah balik, dlm sehari dah penuh friend list kena approve, tapi aku approve yang mana kenal dkt real life je lah, tapi habuk apa pun aku tak update dalam facebook tu. Dah habis satu semester aku terus delete akaun facebook tu. Kemudian adalah lah buat instagram baru memandangkan aku suka photography, kemudian macam nak share lah timeline of life dkt situ, masa ni akaun instagram aku jenis private, sebab before-before ni akaun aku public ja sebab nak famous kan. Walaupun instagram aku ni private tapi ada jugak sesetengah orang yang kurang senang hati memandang.

Masa ni aku dah kahwin, aku tak ada lah sangat update selfie dengan husband 24/7 cuma ada lah gambar kahwin kami sikit-sikit, tapi masih rasa macam sesuatu yang tak kena. Hidup aku mula kemuncak masa aku selalu bergaduh dengan husband padahal baru kahwin, atas sebab aku sendiri pun tak tahu sebab apa, tapi asyik bergaduh je lah. Kadang-kadang bila aku tengok instagram aku masa tu macam full of lies, makan mahal-mahal tapi padahal gaji nak hujung bulan kena catu, tayang kereta mahal tapi kereta kadang-kadang meleret nak bayar, tayang gambar kahwin seolah happily ever after tapi gaduh ja hari-hari, aku ni seorang yang tak suka selfie sangat, dulu suka lah, tiap-tiap hari selfie, tiap-tiap hari tagih pujian daripada manusia tapi mungkin sebab dulu dah lalui, jadi sekarang macam dah tak hadap sangat nak selfie, dan husband aku pun tak suka isteri tayang selfie dekat social media, jadi aku pun ambil langkah delete instagram aku. Kira aku shut down all the social media dan facebook ni pun adalah facebook mak aku yang aku guna untuk baca news dan iium shj.

Memang bagus ada media sosial ni dapat menghubungkan kembali dengan kawan-kawan yang dah lama terpisah, tapi entah lah mungkin aku ni dah tua, jadi circle of friend aku pun bersisa berapa kerat ja yang tinggal, sapa yang ajak lepak, jom lepak, sapa ajak movie. jom movie, banyak masa habis dekat kerja dengan suami dan nnt kedepan anak pulak, jadi aku tak menyesal tinggal social media untuk tumpu real life aku sebab aku sedar banyak masa aku boleh guna selain daripada scroll newsfeed social media. Kalau kawan-kawan cari aku atau whatsapp, aku layankan je lah, untuk ada balik akaun social media adalah sesuatu yang mustahil, ni dah masuk tahun ke 3 aku bebas daripada social media. Jadi selamat ulang tahun yang ketiga buat aku.

– Tina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit