What Should I Do?

Salam. Tak tahu nak mula dari mana aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa. Hope takde komen negative. Seringkasnya aku nak cerita pasal life aku yang merundum. Simple aku bagitau pasal diri aku. Seorang gadis berusia 26 tahun, anak kedua dari 3 orang adik beradik. Seorang fresh grad engineer. Punyai seorang ayah yang pesara swasta dan ibu seorang suri rumah.

Lately ni, aku tengok ramai orang post and share pasal depression/ kemurungan. So, aku pon nak share sikit pasal aku yang aku tak pasti sama ada aku ni kemurungan atau tak. Aku banyakkan membaca isu depression ni. So, yang aku paham.. depression ni mengambil masa bertahun dan dipendam dan ditambahkan lagi pelbagai tekanan jadikan seseorang tu boleh jadi kemurungan.

Kisah aku? Aku mulakan di zaman blaja. Aku seorang yang ceria, out spoken, berjiwa kepimpinan and of course ada masuk bertanding as perwakilan pelajar. So far life study aku okay jer cuma bab percintaan tu aku kecundang lah sebab aku bodoh pergi confess dekat sorang lelaki yang takde perasaan dekat aku. Dia syok dekat kawan aku. Hahaha! Tapi aku okay jer kena friendzone dengan dia, bukan dia sorang jer lelaki dalam dunia ni. Yang buat aku tak okay, after aku confess dia bagitahu dekat member lelaki yang lain. As expected, aku kena malukan dengan member lelaki tu. Malu, rasa down. Aku confess masa 3rd year. So aku survive sampai aku 4th year. Tebalkan muka lah, cuba pekakkan telinga. Sedikit sebanyak ubah jugak lah mentality aku, perasaan aku, jiwa aku, self-confident level aku after mengalami tekanan & mental abuse begitu.

Then, after habis blaja rezeki aku dapat bekerja dekat satu industri ni yang agak famous dekat negara malaysia ni. Mula-mula aku kerja okay jer takde apa pon masalah but makin lama makin teruk aku kena. Teruk yang aku hadapi ni aku tak mampu nak ceritakan dekat sini tapi apa yang pasti, baik lelaki or perempuan yang dengar kisah aku mostly semua suruh aku berhenti kerja sebab tak tahan dengan apa yang aku hadapi. Diorang wonder, macam mana aku boleh bertahan. Aku tertekan sangat masa tu dan keadaan jadi makin tertekan bila parents aku tak support aku. Aku nak pergi interview lain tak boleh, aku nak carik kerja lain tak boleh. Aku cuba mengadu apa yang aku kena hadapi, tapi diorang tak ambil peduli. Diorang cakap aku lembik. Allahu! Everyday aku menangis setiap malam sampai tertidur. Nak cerita dekat adik beradik? Diorang bukan pendengar yang baik. Masalah diorang pon aku yang settle kan. Kiranya dalam family aku ni, aku ni ibarat tulang belakang keluarga skarang. Masalah semua orang aku dengar dan tolong selesaikan tapi masalah aku macam takde siapa boleh tolong. Benda ni memang aku dah terbiasa dari dulu, settle masalah sendiri, tolong settle kan masalah orang lain. Aku hadapi tekanan yang sangat teruk. Lepastu tak dapat support dari family, kena hentam lagi ade lah. Dalam masa yang sama, aku putus cinta. Lelaki yang aku plan untuk kahwin next year aku mintak putus atas sebab dia sejenis lelaki yang suka ambil kesempatan dekat aku, dari segi kewangan contohnya. Aku ni dah laa gaji tak seberapa, nak support family then dia pulak nak kikis duit aku. Tak guna punya jantan. Memang aku mintak putus lah cerita dia. Tapi sakit, sakit sangat hati ni sebab apa yang kita plan tak menjadi. Dengan kesihatan aku pon makin merundum, asyik migrane, demam panas, perut problem. So, masa ni bertubi-tubi aku punya tekanan. Sampai satu tahap aku nampak perubahan dekat diri aku. Aku menangis setiap malam sampai tertido then esok aku lakukan rutin harian macam biasa then malam aku nangis lagi sampai tertido. Begitu laa rutin harian aku. Aku jadi makin malas. Aku rasa letih. Semua kerja aku malas buat, aku rasa nak terperap dalam bilik tidur baring makan jer. Jiwa aku rasa kosong. Aku sedar aku dah lain. Aku risau. So aku tingkatkan lagi hubungan aku dengan Allah. Aku memang solat 5 waktu, aku cuba lebihkan lagi dengan solat-solat sunat. Setiap kali aku rasa nak menangis, aku cepat-cepat ambil wudhu then baca al-quran. Aku play kan surah-surah yang aku save dalam phone sampai aku terlena tidur. Tapi still tak membantu, aku still rasa kosong. So, aku mintak tolong kenalan aku temankan aku pergi darul syifa’ untuk mintak doa dan air penawar. Alhamdulillah elok sekejap then datang balik rasa sunyi kosong tu. Aku quite struggle nak ubah diri aku jadi normal ceria macam dulu-dulu. Aku busy kan diri dengan buat business online, aku buat part-time mengajar tuisyen. Sebab aku taknak layan rasa sunyi yang aku hadapi ni. But still tak membantu. Aku pergi bercuti dengan kawan-kawan, sama jugak. Aku happy jer jumpa kawan-kawan bergambar makan ke sana sini but jauh kat sudut hati aku rasa “i’m lonely”. Aku jumpa dengan kawan-kawan buat aktiviti, aku okay jer. Balik rumah aku still rasa yang sama. Kosong. Fizikal aku luaran aku orang takkan sangka apa yang aku alami ni sebab aku nampak seorang yang ceria dan berkaliber. So sekarang, aku tak boleh lansung kena apa-apa tekanan or perkara negative, aku mesti rasa down. Korang paham tak apa yang aku rasa? Korang rasa apa lagi yang aku patut buat? Alhamdulillah aku takde lah terfikir nak bunuh diri, masih waras cuma rasa kosong lonely ni aku tak tahu macamana aku nak atasi.

Dua bulan lepas, aku pergi interview senyap-senyap tanpa pengetahuan parents aku. Luckily, rezeki aku dapat better offer tapi jauh dengan parents. Kena duduk menyewa. Korang paham tak perasaan aku takut nak beritahu parents aku? Lepas inform diorang, mak okay jela respon ayah susah sikit. Aku ni sejenis yang banyak pendam dari lepaskan. Ape-apehal aku masuk bilik, aku settle kan masalah aku sendiri buat hal sendiri. Sebab perangai aku malas nak bertekak. Senyap lagi bagus but on that day aku bertekak jugak lah (rasa macam anak derhaka), sebabkan aku dah nekad aku dah tak tahan, apa pon jadi aku nak berhenti kerja jugak. Sebabkan aku dah tekad macam ni, ayah aku pon dah tak boleh cakap apa. So aku resign. After submit resign letter, aku rasa sedikit positive, rumah sewa pon dah dapat. Parents aku pon dah boleh terima. Alhamdulillah.. but sekarang aku still ada rasa “kosong”. My confident level pon takde. Aku tengok orang lain semua bagus cantik hebat hensem, aku sorang jer teruk hodoh. Aku ade rasa nervous, kadang tu berdebar-debar. Why eh? Boleh korang tolong aku? What should I do? Aku sakit ke? Aku tak gila kan? Ohh yaa, for your information bonding aku baik jer dengan mak ayah adik beradik cuma bila ada masalah aku slalu solve sendiri. Lain takde masalah cuma ayah aku lah garang dan suka mengongkong sikit but dia ayah yang sangat bertanggungjawab.

– FS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit