What’s Wrong With Instagram?

Bismillahh.

Beberapa minggu yang lalu, saya sembang-sembang kopi dengan beberapa orang kawan yang turut ada applikasi Instagram untuk sama-sama berbincang perspektif yang terselindung di sebalik minda pengguna.

Instagram. Saya pasti bila sebut pasal Instagram, semua orang tahu. Terutama sekali generasi-generasi muda. Dan saya juga pasti sebahagian besar daripada masyarakat kita mempunyai akaun Instagram sekurangnya-kurangnya satu akaun.

Okey, let be frank. Sejak kemunculan Instagram, kadar anxiety atau self-conscious meningkat dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini, semasa kemunculan Facebook, ketagihan media sosial mula apparent. Dan sudah tentu, apabila Instagram wujud, ketagihan media sosial menjadi semakin apparent malah menjadi satu budaya hidup yang baharu.

Saya tak tahu kenapa kajian di Malaysia tentang ketagihan Instagram sangat kurang tetapi di negara lain, ada banyak kajian dan memang benar bahawa Instagram ini membuatkan masyarakat ketagihan. Masa nak pergi kerja, buka Instagram. Tengah makan, buka Instagram. Balik kelas, buka Instagram. Sekarang dah ada Whatsapp updates, habislahhh. Sehinggakan Selena Gomez sendiri mengaku dia ketagih dengan Instagram dan ‘cuti’ app tersebut selama tiga bulan. Dan sebenarnya, ketagihan media sosial memang ada kesan. Cuma kita tak sedar.

Ini hasil sembang-sembang kopi.

Anonymous 1

1. Promote objectified beauty

Kat Instagram ini, user akan nampak gambar perempuan cantik, putih, hidung mancung, bibir merah, mata bulat, kurus lampai. Bila user constantly feed mereka punya minda dengan gambar-gambar sebegitu, unconsciously mereka build satu perception bahawa itulah ideal beauty.

2. Promote narrowed definition of success/good life/happiness/good parents

Ulang balik pasal feed minda kita. Semuanya berlaku unconsciously bila kita selalu tengok. Success? Kena miliki kereta Ferrari, rumah banglo, anak berderet-deret dan maintain slim? Happiness means Update selalu? Good wife means kena beri zuriat kepada suami? Jadi, ia bermain dengan perspektif menggunakan visualized contents.

3. Easiest way to get male’s attention

Lelaki ialah makhluk visual. Mereka lebih suka melihat gambar berbanding ayat yang berjela-jela. Kadang-kadang bumped dengan likes kawan lelaki kat gambar perempuan seksi atau half-naked. Sorry to say, it can be your boyfriend, your fiance or husband.

Anonymous 2

1. Instagram macam satu platform untuk orang tunjukkan the best version of their lives. Maksudnya, materialistiklah. Orang akan tunjukkan apa yang mereka miliki, kekayaan, kebahagiaan mereka yang miliki dan mereka akan jadi sangat gembira sebab mereka ada capability untuk tunjuk di Instagram.

2. Membuatkan user tak menghargai diri dia.

Kadang-kadang sesetengah perempuan post selfie dengan make-up yang cantik, hanya semata-mata untuk post di Instagram. Kalau dia tak dapat komen atau like yang banyak daripada post selfie itu, dia akan rasa pelik kenapa tak dapat banyak likes. Probably dia akan buang balik gambar tersebut.

3. Create fake relationship

Kita boleh nampak masa birthday kawan, parents, siblings, atau pasangan. User akan express through very long appreciation caption, tapi in real life, people are not that expressive. The quality of genuine communication is lacked in real life. Kalau betul-betul sayang orang itu, user patut buktikan melalui cara layanan yang baik in real life.

4. Affect other people mentally

Tanpa sedar, user akan rasa down atau tak bersyukur sebab dia unconsciously atau consciously membandingkan diri dia dengan diri orang lain berdasarkan gambar-gambar yang dia lihat. Senang cerita, dia jadi iri hati dengan kehidupan orang lain. User akan rasa hidup orang lain semua bahagia except your own life.

5. Promote perception

Bila tengok public figure promote certain lifestyle, followers atau users akan assume apa yang mereka lihat itu benar (perspektif) padahal benda itu salah dari sisi agama, budaya atau kehidupan kemasyarakatan. Contohnya macam trend sekarang, tudung ikat kat leher.

6. Consume masa yang banyak

It steal a lot of users’ time. Membazir masa. Scroll tengok posts orang lain. Sedar-sedar dah 15 minit. Itu tak termasuk kalau kita sendiri post gambar. Frequent checks of likes. Lubuk maklumat? You can gain information dekat platform-platform yang lain jugak.

Anonymous 3

1. Share benda-benda yang kelakar, funny to show.

2. Semadikan gambar dengan caption. So, everytimes kita tengok balik gambar itu, kita akan recall balik memory “Oh, masa ini tengah ini…tengah itu…” Dapat imbas balik memori.

3. Selamatkan gambar bila phone rosak. Phone pernah rosak. Nasib baik ada letak gambar kat Instagram, jadi, tak adalah hilang gambar semuanya.

4. Some people not being themselves in Instagram compared to in real life.

Anonymous 4

1. “Ohh betul jugak part yang kita mula compare hidup kita dengan orang lain tanpa sedar atau secara sedar. Aku pun rasa macam tu jugak.”

2. Bersetuju dengan semua opinion di atas.

3, Aku selalu letak gambar lepas program.

Jadi, kalau mahu nyatakan opinion, boleh letak komen anda. Bolehlah kita hit up more reviews atau opinion tentang trending social media zaman milenial ini. Sekarang, saya agak risau melihat penggunaan Instagram oleh remaja berumur 12, 13 tahun atau sekolah menengah dalam mengejar populariti atau fame.

– Bulan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *