Assalamualaikum! Aku buat confession kat sini sekadar nak berkongsi dan menerima nasihat dan kritikan membina. Mana nasihat yang baik aku alu-alukan. Mana yang saje meninggalkan komen-komen yang menyakiti hati sesiapa, ingat-ingat lah kita taip pun Allah nampak hahahaha.
Aku suri rumah, bekas student uni jugak. Mula-mula bertekad nak menyuri rumah sepenuh masa dulu, aku memang dah bersedia pekakkan telinga isu degree hangus rugi berhenti kerja buang masa tak kerja dan sebagainya. Alhamdulillah, rupanya ada banyak lagi isu lain yang perlu diambil pusing. Isu-isu ni lain-lain impact nya kepada setiap orang. Ada yang hanya perkara ringan, dan ada yang boleh menjadi barah dalam sebuah institusi kekeluargaan dan masyarakat.
Hari ni adalah masa untuk pergi outing bawak anak-anak, suami pulak kena kerja hujung minggu ni. Kebetulan jiran-jiran aku yang kebanyakannya suri rumah pun nak keluar shopping, so kami pun ber rombongan cik kiah bersama anak-anak. Biasalah bila ibu-ibu muda ni bersembang, lebih banyak soal perasaan sehingga pelbagai tajuk mula diperbualkan. Pada aku, perbincangan kami tertutup. Bukan untuk buka aib sesiapa, ada sesetengah orang yang kurang berpengalaman perlukan nasihat. Dah hampir 5 tahun aku duduk dengan dia orang, Alhamdulillah semuanya baik-baik hati. Tak pernah menggunakan kelemahan orang lain untuk saling menjatuhkan. Kami banyak saling gunakan specialty masing-masing untuk sama-sama membahagiakan rumahtangga kami. InsyaAllah tak sehingga membuka aib di dalam selimut.
Masa aku menaip ni pun semua ada kat sini, setuju nak share situasi. Situasi ni adalah perbincangan hot hari ni. Mungkin ada orang lain pun memerlukan jawapan dan boleh berkongsi situasi yang lebih kurang sama. Tadi, salah seorang daripada kami buka topik. Aku edit lebih kurang lah ye.
‘Rimas aku dengan bos laki aku. Hujung minggu pun nak suruh dia masuk kerja. Laki aku pun layankan je. Yelah aku tahu bila dia tunjuk comited dengan kerja, mudah lah nak naik grade. Bos back-up. Tapi masa untuk family macam mana? Ko kira lah. Kerja setiap hari kena keluar pukul 7 paling lewat kalau tak nak sangkut traffic jam. Pukul 9 dah kena sampai ofis. Dekat area KLCC tu mana lah ada rumah murah-murah. Kena redha lah redah jam hari-hari.
Waktu kerja sampai pukul 5. Biasanya pukul 8 jugak baru nampak batang hidung dia kat rumah. Sampai-sampai terus kena serbu anak. Anak seorang pun tapi dah nampak abah dia, seronoklah! Lepas tu, melayan whatsapp kerja. Laki aku ni ada je join banyak whatsapp sekolah uni, tapi aku tengok dia tak layan sangat sebab whatsapp group kerja masuk berduyun-duyun. Pukul 11 dah tido. Aku kesian tengok dia. Tapi dia macam tak kesian kat diri dia.
Kampung kita orang sorang kat utara, sorang kat pantai timur. Nak balik kampung bukan kena berkira-kira budget, lebih kepada berkira-kira masa. Nak ambik cuti pun payah. Tak ada orang replace kerja dia, tak dapat cuti. Raya dah berapa tahun balik berpenat. Berpenat dalam kereta. Dah sampai kampung takkan tak nak tolong orang tua. Bukan selalu balik. Lepas tu sampai-sampai KL, esok pagi-pagi terus kerja.
Aku faham nak buat macam mana, itu rezeki masa yang kita orang ada. Cuma nak tanya, apa pandangan korang dengan penggunaan whatsapp group untuk sembang tentang kerja di luar waktu bekerja? Kalau datang ofis baru dapat kira OT tapi duduk rumah buat kerja tak dikira OT. Kalau kerja tu memang sengaja ditangguhkan, memanglah tanggungjawab kita. Tapi ini kerja yang sengaja ditambah-tambah kerana ada whatsapp. Kononnya kerja yang dulu kena buat sampai berbulan, zaman teknologi ni tak sampai satu bulan pun boleh siap. Itu pun sebab ambik waktu di luar waktu bekerja.’
Apa yang kami bagi pandangan tadi lebih kurang macam ni:
-Majikan kena bayar pekerja kalau bagi komitmen lebih masa.
-Majikan kena bertimbangrasa, pekerja walaupun bujang pun ada masa privasi. Inikan pulak yan dah jadi ketua keluarga.
-Masa masuk kerja, dalam syarat-syarat kena maklumkan KOMUNIKASI MELALUI WHATSAPP ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA SKOP PEKERJAAN.
Mungkin ada cadangan dan pandangan bernas daripada netizen di luar kan? Di alu-alukan.
Situasi ni aku rasa banyak terjadi kat orang lain. Kalau bujang, mungkin situasinya bukanlah melayan tanggungjawab ibu atau bapa. Mungkin tanggungjawan sebagai anak? Balik kampung jarang-jarang tapi mengahadap whatsapp je dari celik mata sampai tutup mata. Ada yang ambil remeh, ada yang ambil berat. Ada juga yang benar-benar sekadar perkara remeh dan ada yang membawa bencana seperti keruntuhan institusi keluarga dan sosialiti masyarakat.
Lately ramai bising kononnya ruangan ni bukan ruangan masalah rumahtangga, sehingga meninggalkan perlbagai perkataan seolah-olah mereka tak akan jumpa kehidupan berkeluarga dan macamlah mereka lahir bukan daripada sebuah keluarga. Takut aku baca komen-komen korang tu. Rata-rata muda lagi. Sebelum komen, kita fikir dulu, ada tak ‘karma’yang akan follow kita. Hehehehe.. Aku rasa ramai je yang dah berkahwin baca ruangan ni. Walaupun apa yang dicerita ni tentang kehidupan dah berkeluarga, untuk yang bujang pun boleh mengalaminya kerana bujang-bujang pun, kita masih ada keluarga dan mungkin masyarakat yang mewarnai hidup kita. Kami yang dah kahwin baca cerita mahasiswa, cerita orang bujang roomate, housemate, pun ada pengajaran yang boleh diambil.
– iin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit