When Life Gets Hard

Assalamualaikum… Selamat menyambut dan mengerjakan ibadah puasa.

Tajuk dipilih berdasarkan khutbah daripada Nouman Ali Khan yang bertajuk When Life Gets Hard (This khutbah is explaining Surah Al-Ankabut, 29: 1-11)

Saya terpanggil untuk menulis disini setelah membaca confession daripada Hamba Allah.

https://iiumc.com/cemburu-dengan-keluarga-yang-sempurna-ibadah/

اَحَسِبَ النَّاسُ اَنۡ يُّتۡرَكُوۡۤا اَنۡ يَّقُوۡلُوۡۤا اٰمَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَـنُوۡنَ‏ 

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Surah Al-Ankabut;2)

U J I A N

Perkataan ini takkan terlepas drpd membelenggu kita selama kita masih bernyawa bukan? Namun, adakah semua org benar2 mengerti maksud disebalik ujian itu?

سُوۡرَةُ البَقَرَة

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Al Baqarah:286)

Ingatkah kita apakah tujuan Allah menciptakan kita sebagai khalifah?

Dalam ayat ke 8 Surah Al-Ankabut yang bermaksud

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka.

Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.”

Islam mewajibkan kita mentaati yakni berbakti kepada ibubapa, namun lihat pada ayat dibawah

“Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka),

Maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah lah pahala yang besar.” (QS. 64: 14- 15)

Terdapat 2 Jenis takdir iaitu:

1. Taqdir Mubram:

Iaitu takdir yang muktamad dan ia tertulis di Lauh Mahfuz. Tidak ada apa-apa pengurangan, penambahan atau pengubahan kepada takdir ini. Ia adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. Contohnya: Kehidupan dan Kematian.

2. Taqdir Mu’allaq:

Iaitu takdir yang tertulis yang boleh tetap dan boleh berubah dengan kehendak Allah, bergantung kepada sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia.

Mu’allaq bererti tergantung. Ia adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

“Tidak boleh ditolak ketetapan Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan berbuat baik kepada ibu bapa.” (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi)

Menurut ulama Ahl as-Sunnah, doa berpengaruh dalam mengubah apa yang telah tertulis.

Sedikit pengenalan, saya berasal daripada keluarga yg tidak begitu mementingkan agama, sehinggakan kebanyakan pakcik2 dan makcik2 saya gagal membaca Quran dengan lancar. Namun, arwah atuk dan nenek boleh dikatakan berasal drpd keluarga yang mementingkan agama.

Sedikit pening kan? Saya pun pelik sebenarnya, saya bukan mahu menyalahkan mana2 pihak. Tetapi, ada kala kita diberi pilihan. Agama tidak boleh diwarisi kan! BENAR BUKAN…

Hidup dalam suasana ibubapa yg memperlekehkan solat dan tidak memetingkan adab dalam beribadat itu sebuah ujian.

Ujian bila ibubapa membawa ke tempat2 maksiat seperti “kelab malam” untuk membuka pemikiran anak2 terhadap dunia luar (ini jawapan Ibu apabila saya bertanya asbab dibawa kesitu). Jadi, lagi sekali kita diberi pilihan!

Firman Allah lagi, maksudnya:

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh (kerana memenuhi kehendak agama Kami), sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”

(Surah al-Ankabut : ayat 69)

Ye, sakit sangat bila keluarga kita sendiri memperlekehkan kita bila solat. Namun, Hidayah milik Allah. Sebagai anak, sudah menjadi tanggungjawab untuk kita mendoakan yang terbaik buat ibubapa. Allah tidak mungkin membebankan kita dengan sesuatu andai kita tidak mampu.

Ada orang yang lebih berat ujiannya, tapi saat ini lah kita kena buktikan padaNya bahawa kita mampu dan kuat menghadapi cabaran yang diberi. Tapi, bekalan doa tanpa usaha juga tidak cukup.

Syurga begitu indah dan abadi, untuk mendapatkan “reward”, kenalah sabar menempuh ujian yang diberi dan berusaha semampu untuk kejalan yang lurus bersama.

Firman Allah SWT:

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Maksudnya: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang),

Juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak;

(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya,

Kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu),

dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah al-Hadid;20)

Manusia dikurniakan akal fikiran,

Menuntut ilmu sebuah kemestian,

Beramal soleh menjadi bekalan,

Untuk hidup disyurga yang diimpikan.

Boleh jadi ujian adalah balasan atas dosa2 yang kita buat. Bersangka baik bukan mudah. Melihat makhluk dengan pandangan kasih pun bukan mudah. Tapi, kita boleh berbuat sedemikian andai kita berusaha.

Kalau sehari boleh diperuntukkan 1/4 daripada 24 jam untuk menelaah gadjet, takkan lah tak boleh meluangkan masa tersebut untuk mentaddabur Quran kan.

Memetik daripada Khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W pada 9 hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”

Maaf andai terkasar bahasa, dan jika penulisan ini sukar difahami. Saya berharap pembaca dapat manfaat daripada apa yang saya sampaikan. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Sempurna, yang memiliki segala kebaikan.

Jangan sia2 kan peluang Ramadhan kali ini untuk kita menjadi Hamba Allah yang lebih baik.

Pintu taubat masih terbuka,

Jangan menunggu hingga ajal tiba,

Kerana kita tidak tahu bilakah waktunya,

Untuk dihisab sama ada layak disyurga ataupun dineraka.

Moga Allah membuka pinti Hidayah dan berikan kita kekuatan untuk sentiasa berada di jalanNYA. AAMIIN…

Wassalam.

– Pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *