Sekarang ni tengah trending series When Life Gives You Tangerine.
Semua nak lelaki provider macam Gwan Sik.
Aku, bila tengok series ni aku paling ingat arwah bapak aku.
Dulu, aku tak faham bapak aku. Aku pun tak la rapat mana dengan dia. Dia tak biasa belai-belai anak dia. Dia kerja selalu takdak kat rumah.
Bapak aku perangai dia bukannya lembut macam Gwan Sik tu… Dia perenguih orang Kedah kata.
Suka bebai tapi takat aku jadi anak dia aku tak biasa la kena pukul tapi satu benda yang sama dengan Gwan Sik adalah dia sentiasa bekerja. Hidup dia untuk provide pada family.
Dah la macamtu, dia jenis makan tak setara mana pun tapi untuk anak, dia perangkut la beli.
Bila ada duit, memang dia beli makan sedap-sedap untuk anak. Dia tak makan pun.
Sebenarnya aku tak sedar pun pengorbanan dia tu. Aku sebenarnya kureng dengan bapak aku sebab aku fikir bapak aku tak cukup usaha (bodoh betul aku).
Kami orang susah wei… jadi entahlah… Geramnya dengan diri aku yang dulu tu… Lepastu aku selalu rasa mak aku susah payah sorang sebab bapak aku selalu takde kat rumah (padahal dia kerja).
Sampailah mak aku meninggal, aku duduk dengan dia dan aku kahwin.
Aku baru perasan, dia tak pernah beli baju raya.
Aku baru perasan, dia suka simpan makanan kesukaan anak-anak dalam peti dan tunggu untuk anak-anak masak atau makan bila balik.
Ada banyak benda yang tak pernah aku tahu, aku jadi tahu. Ada lapisan diri bapak aku yang adik beradik aku tak tahu, aku tahu sebab aku duduk dengan dia.
Pengorbanan bapak aku tak pernah jelas sebab dalam konteks kehidupan apa hat dia buat tu memang tanggungjawab dia sebagai lelaki.
Dia tak pernah merungut.. Aku tak pernah tengok bapak aku merungut penat buat kerja cuma dia bebai sikit la kat benda hat dia dok buat dan aku masa tu budak, aku tak faham penat orang dewasa bagaimana.
Bila aku kahwin, lepas beberapa tahun, suami aku pula yang sebelumnya ada kerja tetap, diuji dengan kewangan. Dia kena kerja buruh. Kena buat 2, 3 kerja.
Bila dia balik dengan penat, peluh masam… Dok sekejap makan, siap-siap pi buat kerja kedua pulak…
Mula-mula aku geram sebab dia takde langsung masa kat rumah (bodoh kan aku).
Aku kena urus anak semua sendiri. Aku kena bayar banyak benda sendiri sebab dia punya gaji sikit tapi bila bapak aku meninggal, aku jadi takde rasa nak bebai kat suami aku sebab baru aku dapat lihat dia dengan ihsan…
Aku teringat bapak aku yang masa muda dia habis macamtu sahaja untuk anak-anak… untuk isteri… Benda sama suami aku buat sekarang… lepas kerja, kerja… gaji tak seberapa tapi itulah yang dia mampu bagi buat masa ni sebab dia dalam fasa kejatuhan.
Bila aku tengok When Life Gives Tangerine, memang aku menangis sesaja sebab dua orang lelaki dalam hidup aku, portrayed watak Gwan Sik. Tak banyak cerita. Sakit pedih ditahan. Susah telan. Sikit berbagi. Banyak berkongsi.
Dia takde masa nak jelaskan kenapa dia takde kat rumah. (dan dia lelaki dulu, mana reti nak deep talk dengan anak)
Aku tulis ni sebab aku baru baca fasal brader yang luah fasal susah lelaki orang tak faham ke apa tajuknya tu… (https://iiumc.com/hati-lelaki-yang-tiada-siapa-pun-faham/) tapi yang tu lah… I feel you bro.
Aku nak mengajak la kaum aku cuba pandang pasangan dengan ihsan. Pandang macam camtu la dulu bapak aku.. Pandang tu la bapak anak-anak aku. Pandang yang ni fasa dalam kehidupan kita bersama pasangan tu.
Hidupkan rasa syukur, qanaah. Jadilah macam Aesun yang ada untuk Gwan Sik dan Gwan Sik yang sentiasa ada untuk Aesun.
Lets embrace that kind of love.
*Tidak terpakai untuk suami yang memang hampeh, takde nilai baik pun..
– Geum Myeong (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ye..betul tu. Buat lelaki2 diluar sana yg bergelar suami dan ayah, anda mmg seorang suami dan ayah yg luar biasa dan hebat. Anda telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yg Allah beri dgn seikhlasnya. Semoga tiap2 kebaikkan anda dikurniakan pahala2 kebaikkan dan syurga dari Allah. Begitu juga bt suami tercinta sy, sehabis baik dia memperjuangkan seluruh hidup nya (berpenat lelah mencari rezeki) utk keluarga demi sy dan ank2 semata-mata kerana Allah SWT. Suami sy kata, ini amanah yg Allah dah beri bt dia didunia, jadi dia kena galas tanggungjawab itu dgn sebaik2 nya. Terima kasih syg…. Semoga Allah terus menjaga ikatan kasih syg kita ini berkekalan hingga ke syurga Allah. Aamiinn..Aamiinn..Ya Rabbal Alamiinn..