Assalamualaikum semua. Terima kasih sekiranya nukilan saya disiarkan. Harini saya nak bercerita mengenai hidup saya, saya berumur lewat 20 an dan bekerja swasta. Saya mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel.
Sebelum itu, saya ingin meminta maaf sekiranya nukilan saya mengundang ketidakpuasan hati ramai orang. Seperti yang kita tahu, IIUM Confession adalah tempat meluahkan perasaan. Saya tiada tempat untuk bercerita, maka saya mengambil keputusan untuk post disini.
Perit pendam sendiri dan sudah terlampau banyak bersabar di dalam hidup. Moga cerita saya dijadikan pengajaran agar jangan meletakkan harapan kepada manusia sebaliknya kepada Pencipta.
Saya mengenali seorang jejaka pada tahun 2013. Amir rakan sekerja saya. Amir seorang yang baik dimata saya, pada ketika itu saya masih lagi remaja dan baru berjinak jinak dengan dunia. Dia yang mengajar saya segala benda tentang dunia.
Saya terlampau menyayangi Amir sehingga saya sanggup melakukan apa sahaja. Biasa lah waktu zaman muda muda, begitu ramai kawan kawan saya mengatakan yang Amir telah berpunya tapi saya tetap tidak mempercayainya.
Amir tidak menunjukkan tanda-tanda dia sudah mempunyai kekasih. Ya, saya akui saya buta dengan cinta. Saya buta dengan cintanya sehingga kami pernah terlanjur beberapa kali dan akhirnya saya disahkan mengandung.
Bagaikan sudah terhantuk baru terngadah. Saya jatuh terduduk ketika itu mengenangkan saya belum habis belajar lagi dan benda ini terjadi di dalam hidup.
Atas rasa saya tidak mahu melakukan dosa lagi. Saya mengambil keputusan untuk berlaku jujur dengan keluarga saya.
Amir? Puas sudah saya memujuk Amir tetapi dia hilang begitu sahaja. Saya pergi ke rumah Amir berjumpa keluarganya untuk menyuruh Amir bertanggungjawab malangnya keluarganya hanya berdiam diri.
Saya tetap mempertahankan kandungan saya meskipun family saya menentang dan menyuruh saya mengugurkan kandungan.
Saya meneruskan hidup saya seperti biasa. Saya mula belajar solat. Ketika itu saya dibuang keluarga. Saya pergi checkup sendiri, saya beli baju baby sendiri.
Duit bersalin semuanya sendiri. Dari sini saya belajar berjimat. Alhamdulillah Tuhan mudahkan hidup saya. Saya tiada alahan. Bersalin normal dan baby sihat walafiat.
Air mata saya jatuh banyak kali mengenangkan pengorbanan membesarkan anak seorang diri. Terima kasih kepada kawan kawan yang banyak membantu sewaktu saya mengandung.
Keluarga saya juga telah menerima saya kembali selepas saya bersalin. Saya sempat menamatkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda.
Bila saya ingat balik kegigihan aku membuat presentation sewaktu kandungan saya berusia 8 bulan, saya hanya mampu tersenyum. Usaha tangga kejayaan gitteww.
Saya juga sempat menghabiskan pantang saya dan datang di hari konvokesyen. Saya ada menghubungi Amir mengatakan saya telah selamat melahirkan dan dia hanya mengucapkan tahniah dan kami still lost contact.
Tahun 2017, saya sangat bersyukur kerana dikurniakan rezeki dan kerja yang baik. Saya focus untuk survive hidup berdua. Walaupon rasa tak cukup makan membesarkan anak seorang diri, saya sangat bersyukur tuhan lahirkan rasa menjadi seorang emak.
Suatu hari, Amir datang kembali mengatakan dia rindu pada saya. Silap saya berlapang dada memaafkan semua kesilapannya sedangkan waktu itu saya sudah seronok hidup berdua dengan anak aku.
Hakikatnya saya masih tidak dapat menerima kenyataan dia meninggalkan saya ketika saya masih sayang pada dia. Saya berharap dia berubah. Saya mula kembali seperti dahulu.
Sayang saya tak pernah hilang walau sedikit pon even berulang kali saya mengatakan kepada keluarga dan rakan bahawa saya sudah move on. Amir berjumpa saya dan anak secara diam diam dan dia tidak mahu orang lain mengetahui nya.
Tahun 2018, dikala kami masih bersama saya dikejutkan dengan berita dia hendak berkahwin. Macamana dia ada perancangan untuk berkahwin sedangkan dia bercinta dengan saya ketika itu? Adakah saya ini sekadar permainan?
Berpuluh kali saya minta dia jujur tentang isu ini tetapi seakan sia-sia. Saya masih mempercayai dia. Terasa ditipu berkali kali dalam hidup. Dia berkahwin dengan kekasih dia yang dia hampir kenal almost 10 tahun.
Saya memberitahu kekasihnya yang Amir sayangkan saya dan meminta untuk membatalkan pernikahan mereka disaat akhir.
Saya sanggup memberi peluang terakhir untuk Amir berubah menjadi bapa yang baik tapi malangnya mereka tetap meneruskan perkahwinan itu. Saya akui saya jatuh teruk ketika itu.
Hati saya menjadi kosong. Berbulan bulan saya hidup dalam kegelapan. Tak boleh menerima takdir. Saya ingat dia dah berubah tetapi hakikatnya dia sekadar untuk bermain-main.
Tidak pernah sekali pon dia meminta maaf kepada keluarga saya even banyak kali saya memaksa Amir dan tidak pernah sekali pon dia mengutarakan hal saya dan anak ke family dia. Sampai hati awak buat saya sebegini Amir.
Tahun 2019, Amir telah berkahwin. Saya seakan redha. Saya hadapinya dengan tenang. Saya stalk gambar kahwin nya. Terpancar kebahagiaan di muka Amir.
Hati saya betul terluka mengenangkan ayat ayat cinta dia dulu. Tapi apakan daya mungkin sampai sini hubungan kami.
Walaupon tempat kerja kami berdekatan, tidak pernah sekalipon saya terserempak dengan dia sepanjang kami lost contact. Saya meneruskan hidup saya. Saya yakin saya dah move on ketika itu. Saya mengenali ramai lelaki pada tahun itu.
Saya seronok dengan kehidupan saya dan saya juga serius dengan seorang lelaki. Tetapi tiada jodoh putus ditengah jalan. After 7 bulan Amir muncul kembali disaat isterinya tengah sarat mengandung dan mengatakan dia menyesal meninggalkan saya dan anak.
Dia berjanji ingin membahagiakan saya dan anak. Dan again saya berlapang dada memaafkan dia dan menerima dia kembali di saat saya tahu status nya sebagai suami orang. Kami berjumpa senyap senyap tanpa pengetahuan isterinya.
Even disaat isterinya bersalin, saya ada bersama Amir. Tipu lah kalau saya tiada rasa serba salah dengan hubungan ini tapi apakan daya saya sangat mencintai Amir.
Dan saya bahagia melihat Amir melayani anak saya dengan baik. Amir juga sudah mula memberi duit kepada saya untuk belanja anak.
Tahun 2020, kami sering bergaduh tentang hal hal yang remeh. Saya mula merasakan Amir sekadar datang untuk menghilangkan bosan. Saya minta Amir untuk halalkan saya kalau betul dia sayangkan saya.
Hubungan kami dihidu oleh isterinya dan Amir decide untuk memilih isteri dan anak mereka berbanding saya. Saya pada ketika itu sudah agak lali dengan hubungan kami yang hambar.
Saya pindah kerja ke Kuala Lumpur kerana tidak mampu menanggung kesakitan bekerja berdekatan dengan rumah Amir. Saya cari bilik sewa untuk saya dan anak saya duduk.
Alhamdulillah bekerja di KL membuatkan aku lupa masalah hati dan perasaan aku. Saya juga rajin mendekatkan diri dengan Tuhan.
Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang juga status nya suami orang. Ketika itu K mampu memberi segala galanya kepada saya. Dia sangat menyayangi saya. Dia ingin menjadikan saya isteri kedua.
Saya terima dengan hati yang terbuka. Mungkin ini takdir saya. Pada saat saya bahagia dengan kehidupan saya di KL.
Amir datang kembali menagih kasih. Tidak sudah sudah dia mengatakan dia sayang saya tetapi dia tinggalkan saya.
Kali ini kisah nya sangat lah teruk sehingga saya terjerumus di dalam masalah rumah tangga orang. Isterinya ingin bercerai kerana muak dengan kami yang taknak move on.
Kalau dulu isteri Amir tidak mempercayai saya even saya cakap Amir sayangkan saya. Kali ini Amir sendiri telah membuka pekung di dada mengatakan dia sayang saya dan anak.
Dia tak sanggup menanggung dosa dan berjanji berniat menghalalkan saya. Akhirnya dia meluahkan perasaan dia yang selama ini saya minta.
Dua minggu sebelum kahwin, saya sanggup memutuskan untuk tidak berkahwin dengan K hanya kerana saya masih sayang dekat Amir.
Saya sanggup dimarahi bapa saya hanya kerana saya memilih Amir dan bapa saya tidak setuju untuk saya kembali ke Amir. Saya sanggup menyorok di mata dunia hanya kerana saya ingin hidup bersamanya.
Saya memilih untuk berhenti kerja dan kembali ke rumah asal hanya untuk dekat bersamanya. Tidak cukup tinggi kah pengorbanan saya ini selepas apa yang berlaku?
Tahun 2021, kami masih bersama. But hubungan kami getting worse kerana tiada restu diantara mana mana pihak. Amir mula rasa bertanggungjawab dengan memberi duit setiap bulan untuk anak saya. Amir juga membantu saya dalam segala keperluan saya.
Amir semakin berubah kearah kebaikan. Saya hadap je dugaan aku bersama dengan Amir tahun ni. Susah senang masa saya ingin berpindah dulu tak saya lupa walau sesaat pon.
Saya masih saya seperti dulu. Even berjumpa saya akan belanja dia makan sebab itu je cara saya hargai dia.
Kami kerap bergaduh kerana Amir terasa hati saya sangat cepat membuat keputusan untuk berkahwin tahun lepas. Dia rasa saya terlalu cepat jatuh cinta. Saya juga banyak melepaskan kata kata makian saya terhadap nya bila mana emosi saya terganggu apabila dia ignore saya.
Terlampau banyak duka dari bahagia dan saya sorok perasaan saya dari pengetahuan keluarga dan kawan.
Amir melayani saya tidak ubah macam waktu ketika dulu dia membuang saya. Setiap pertolongan dia akan dia ungkit satu persatu. Pengorbanan saya? Takde sikit pon awak fikir ke Amir?
Harini dia cakap sayang. Esok lusa dia tinggalkan saya kembali. Dia akan block saya dan after seminggu dia akan akan datang balik and act like nothing happen. Dia akan cakap dia sayang saya dan tak boleh hidup tanpa saya. Dia akan libatkan anak saya kalau kami bergaduh.
Anak saya yang jadi mangsa. Saya tahu yang anak saya tiada hak untuk terima apa apa dari dia. Tapi jangan jadikan punca if dia memberi, dia menarik balik sesuatu. Luckily dia masih budak lagi tak faham apa apa.
Manusia mana tidak pernah buat silap. Saya pon ada silap saya sendiri dan saya akui.
Kerana tidak dapat menahan sabar dengan sikap acuh tak acuh dia. Tahap toxic hubungan kami berlarutan sampai satu hari kami bergaduh besar. Akhirnya dia pergi dari hidup saya.
Masa tu sangat pantas. Mengamuk, maki maki then pappp. Amir cakap saya tak pernah nak faham kerja dia.
Amir beritahu yang saya hanya nampak buruk dia sahaja. Segala kebaikan dia saya lupa. Our last conversation buatkan dia pergi tidak toleh belakang.
Saya pon tiada sedikit pon rasa hendak mencari Amir lagi. Saya penat. Sampai lah ke hari ini. Kadang saya rasa kifarah is real. Like saya kacau hubungan orang.
Ini lah kifarah yang saya dapat. Tapi saya rasa tuhan tak adil. Kenapa saya kena teruk macamni sekali demi sayangkan seorang lelaki? Saya yang terima segala keburukan dia. 8 tahun bersama saya dihadapkan dengan perangai buruk dia.
Kenapa Tuhan tak bagi saya hilang ingatan. Saya sumpah penat nak hadap benda yang sama berulang kali. Silap saya kerana terlalu sayang.
Saya tak mengharapkan apa apa dah dari dia even duit sekali pon. Saya rela bersusah kalau duit jadi punca nya. Saya nak move on. Saya nak keluar dari hubungan toxic ini. Saya sangat berharap tahun ini adalah tahun terakhir aku dapat melepaskan Amir dari hidup aku.
Saya sangat lelah mencintai seorang lelaki yang bukan milik saya. Saya akui saya bodoh. Saya biarkan seorang lelaki mempermainkan hidup saya berulang kali.
All i want is my daughter have a good father. Salah ke? Betul lah orang kata, kalau bukan jodoh try hard macamana pon takkan nampak jalannya.
Saya doakan yang baik baik untuk Amir. Saya maafkan segalanya. Saya akan ingati kebaikan dia untuk saya ceritakan pada anak saya. Tiada sekelumit dendam pon dihati saya. Saya akui saya tidak boleh menerima kekurangan Amir lagi selepas apa Amir lakukan dalam hidup saya.
Bila saya pandang anak saya, saya sedih sebab muka dia ikut Amir. Semoga anak saya hidup sihat. Saya rasa saya lagi seronok hidup berdua dengan anak. Sebab rezeki saya sentiasa cukup dan saya kurang serba salah pada diri sendiri sebab bercinta dengan suami orang.
Moga ada sinar dalam hidup saya. Saya berdoa tuhan buangkan perasaan ini supaya saya boleh kenal dengan lelaki lain dan hidup bahagia. Saya harap pembaca dapat mendoakan supaya aku bahagia dan dimurahkan rezeki.
Restu mak ayah penting. Saya juga ada keinginan untuk berkahwin dan memiliki seorang suami . Saya harap tuhan kurniakan bapa yang baik untuk anak saya dan yang boleh menerima kami seadaanya.
‘When you get what you want, thats God’s direction, when don’t get what you want. Thats God’s protection’. Saya suka this quote. Sesuai dengan hidup saya sekarang.
Terima kasih kerana membaca.
– Mimosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit