Who Is He?

Saya pon tak tau nak luah macam mana tapi ni lebih kepada cerita santai-santai jelah.

Lately, aku tak tahu lah kenapa, aku ada satu feeling yang rasa macam nak ada dengan someone special. I mean seorang lelaki yang boleh aku berkawan dengan serious and boleh jadi suami yang terbaik untuk aku.

Mostly, kawan-kawan aku yang lain ni memang ramai je yang single, tapi kadang kitorang suka bergurau dan berangan untuk ada someone special.

By the way aku dah 24 dan circle aku sekarang kebanyakkannya dalam fasa mahu mengenal cinta sejati ceyyyyy…

Ada beberapa kawan sekolah menengah dan kawan universiti aku dah kahwin. Aku? tengah mencari ni haaa.. penat, sumpah penat nak cari jodoh ni.

Aku bukan minat sangat tau kalau jenis yang mencari online ni sebab aku rasa perasaan tu tak real.

Online ni biasanya banyak yang menipu, so aku lagi prefer yang cara tradisional, kenal depan-depan.. kenal secara fizikal.

Dalam umur aku ni, aku tak berharap untuk terus jumpa 2/3 bulan, pastu ajak kahwin.

Aku rasa 24 masih muda dan aku mahukan perkenalan yang serius dengan seseorang at least 2/3 tahun untuk kearah yang seterusnya.

Aku tak mintak yang handsome pon, aku pon sedar diri, hahaha.. Aku cuma mintak yang perangai elok dan sedap mata aku memandang je..

Sekarang aku dah start doa untuk jodoh aku. ” Ya Allah, kau kurniakan menantu yang terbaik untuk ibu bapaku dan suami yang terbaik untukku menurutmu.” Simple tapi tu yang aku ulang untuk setiap solat aku.

Sampai satu malam, aku pernah mimpikan seseorang, aku nampak muka dia, tapi bila kau sedar dari mimpi tu aku dah jadi tak ingat rupa dia macam mana.

Kami duduk bertentangan di atas bangku kayu dan kami dipisahkan oleh satu meja besar di depan kami. Dia datang duduk senyum depan aku, sengih sampai nampak gigi. Yang aku tahu wajah dia manis..

Aku harap Allah munculkan lagi lelaki tu dalam mimpi aku kalau dia benar-benar jodoh aku..

Sekian, cerita dari si sendu~~~

– R (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. yg ko jumpa dlm mimpi tu bukan jodoh tapi setan. stop berangan dan tampar diri sendiri utk kembali kepada reality.

  2. back to 2020, aku pun pernah mimpi gitu anon. maybe masa tu aku trigger untuk ada someone.
    aku mimpi lelaki faceless cuma ingat bentuk badan, and dlm mimpi tu dia masuk bilik lama aku and he said kita dah kahwin.

    aku tak minta untuk tahu siapa lelaki faceless tu sbb aku fikir 2 je maksud mimpi tu, mimpi tak baik dan mimpi melalui jalur langit.

    and suprisingly, akhir ramadan haritu aku mimpi lagi tapi aku dah nampak muka dia. tp idok le aku confront lelaki tu in real life hahaha mimpi tu bersambung yaaa dgn mimpi aku tahun 2020 tu. fyi kitaorg tkpernah borak in real life, just tegur hi bye ok dah. just doa, kalau tu petunjuk untuk aku and dia yg terbaik, dekatkan and macam tu jugak sebaliknya.

    anyway anon, aku doakan kita semua termasuk yg tengah baca comment aku ni diberikan jodoh yg terbaik dan dipermudahkan segala urusan. amin!

  3. Rasa macam tengah baca isi hati sendiri HAHAHAHAHAHAHHA. Aminnnn semoga dimakbulkan semua doa awak

  4. Ada doa diajar utk kita cari jodoh. Boleh google

    “Ya Allah, kurniakanlah daku suami/pasangan yg terbaik dari sisiMu yg Engkau redha agama dan akhlaknya bagiku, dan dia menjadi temanku dalam urusan agama, dunia, dan akhirat”.

    Boleh follow kaunselor Sarah Zainal & Aiman Azlan, coach Kahwin Cara Betul.. sy pun belajar banyak dari 2 org ni untuk luruskan expectation sebelum kahwin & belajar erti tanggungjawab berumahtangga.

    Skrg baru kahwin 3 bulan & alhamdulillah byk sgt membantu urus expectation supaya tak terlalu melangit berbanding realiti yg ada.

    All the best, yakinlah jodoh kita Allah dah tentukan, carilah, memang ada di luar sana insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *