Untuk part I, (https://iiumc.com/who-ever-youre-be-a-good-one/).
Hi semua. Mr. Budin is back.. hihi..
Aku tak planning pun nak buat confession kedua, tapi bila baca respon dan komen dari FANS semua (tangan di bahu, mata juling ke atas), membuatkan aku ingin menulis sekali lagi, sebagai respon balas kepada komen2 fans yang ada.. hahaha..
Berkenaan body shaming, crazy rich asians apa aku nak body shaming wife sendiri. Itu sekadar gurauan dalam ni saja lah. Korang bukan kenal pun aku siapa.
Kalau kat luar aku mengata bini aku macam tu, alamatnya silap haribulan boleh lumpuh aku paras pinggang ke bawah dikerjakan bini aku.
Lepas tu apa susah, salahkan aje lah vaksin.. hahaha..
Orang pompuan memang sensitif bab2 berat badan ni, ini kita orang laki memang kena sedia maklum.
Tapi yang peliknya dengan orang pompuan ni, dalam tak suka orang mengata dia berisi, tangan tak berenti jugak menyuap ke mulut. Sambil tak puas hati, sambil menguyah.. Kihkihkih!
Aku secara realitinya tak delah nak kutuk fizikal isteri aku ke apa. Tak baik lah camtu. Lagipun dia pun tak delah bam bam sangat, setakat gemuk2 air cam beruang eskimo gitu saja.. hahaha..
Terima kasih kepada yang bagi nasihat suruh aku jaga agama isteri dan keluarga aku. Alhamdulillah, so far itu memang keutamaan.
Aku pun bukan lah bagus sangat, tapi aku sedar aku ni lelaki, dan lelaki ni adalah ketua bagi keluarga. Ketua bang! Kena faham maksud ketua!
Maksudnya dalam apa2 hal ketua kena kedepan dulu. Kena lead! Lead by order AND EXAMPLE. Bukan order saja!
Kalau perang kita kat paling depan, kalau jadi apa2 kita yang kena serang dulu, macam tu jugak lah dalam rumah tangga.
Bab solat subuh, kita lelaki kena bangun dulu. Malas macam mana pun, since kita ketua, kita yang kena bangun paling awal. Bukan bini.
Pada para ladies out there, lepas ni kalau nak buat content tiktok patutnya cakap macam ni, Laki kau bangun awal tak? Solat subuh tak?
Apa! Tak ? Hmmm lemah.. haaa macam tu.
Bab2 solat pun, kita yang kena educate isteri dan anak2. Kena wujudkan unsur “hargai masa solat” dan “kesegeraan untuk menunaikan solat.”
So far aku cuba educate keluarga kecil aku, tiga waktu ni kalau aku tak outstation, memang akan solat berjemaah iaitu Subuh, Maghrib, dan Isya’.
Lepas maghrib, aku akan spend masa mengajar anak aku mengaji Quran (anak aku yang first dia dah khatam cuma masih lagi terus mengaji tiap2 malam) dan Iqra’ bagi yang kecil. Tak banyak pun, cuma semuka semalaman.. yang penting istiqamah.
Bagi aku, rugi kalau bab mengajar mengaji pun bagi orang lain ajar, sebab itu saham free untuk kita dapat pahala bila dah masuk kubur nanti. Sepatutnya kita sendiri boleh ajar anak2 kita. Lainlah kalau kita pun tak boleh baca Quran.
Kalau begitu, bolehlah serah pada guru untuk ajar mereka. Kalau nak keluar rumah pun, alert dengan waktu solat. Kalau lagi 20 minit nak masuk waktu, tunggulah solat dulu, lepas tu keluarlah. Manage hidup kita berdasarkan waktu solat.
Kadang2 selepas mengaji sambil tunggu waktu Isya’, aku akan baca ta’lim untuk keluarga (himpunan hadis2 soheh, atau kitab kisah para sahabat).
Anak aku yang sulung tu (11 tahun), memang suka sangat kalau aku baca ta’lim, kadang2 lepas solat terus dia minta aku bacakan sebab dia suka sangat dengar kisah nabi dan sahabat.
Dalam hati kecil aku, Allahuakbar anak aku ni, suka sangat dengar benda2 baik, cuma aku ni yang selalu alpa dan lupa. Sibuk dengan urusan dunia. Rasa masih kurang berikan pendedahan untuk dia.
Sebab tu sekarang ni, aku sedaya upaya cuba untuk wujudkan suasana “agama” di rumah supaya dia dapat pendedahan tu. Salah satu suasana tu adalah dengan melaksanakan solat berjemaah dan bacaan ta’lim.
Kadang2 aku hairan tengok ada anak2 harini, bila masuk waktu solat pun, macam buat tak kesah saja. macam panggilan solat tu tak ada nilai padahal itulah panggilan menuju kejayaan (hayya alal falah).
Pernah masa aku bertugas di luar kawasan (waktu maghrib dan masa ni aku solat jama’), aku kat sebuah pasar malam dan ketika azan berkumandang, orang macam tak kesah. Masih lagi berjual beli, dan berurus niaga sampai menjelang waktu isya’.
Aku tengok macam solat tu tiada nilai langsung dalam hidup. Lepas tu, kalau tanya impian, semua nak berjaya.
Tapi bila Tuhan tunjuk cara nak berjaya, tak nak follow pulak.. pelik makhluk bernama manusia ni kan. Allah itu Tuhan yang memberi rezeki, tapi kita taknak pulak patuh perintah Dia.
Bercakap pasal isteri aku, biasalah manusia pasti akan ada kelemahan. Aku pun sama, banyak sangat kelemahan. Tapi aku didik hati aku untuk lebih melihat kelebihan yang ada. Takkan lah dengan satu dua kelemahan, terus nak dilupakan seribu kelebihan pasangan kita yang lain.
Dalam hidup kita ni, kita ada dua contact lense yang boleh kita pakai, satu contact lense kebencian, dan satu lagi contact lense kasih sayang.
It’s up to us untuk pilih contact lense mana yang kita nak pakai. Kalau kita pakai contact lense kasih sayang, insyaAllah bahagia, sakinah dan mawaddah lah rumah tangga.
So kalau balik kerja ke apa, sebelum masuk rumah, terus decide contact lense mana yang kita nak pakai dalam rumah tu.
Aku decide nak pakai contact lense kasih sayang, so bila aku tengok kelemahan isteri aku, anak2 buat perangai ke apa, aku takde lah rasa nak marah atau apa, tapi lebih kepada bersyukur sebab Tuhan masih bagi rezeki pada aku untuk ada isteri dan anak2.
jangan pandang ringan nikmat ini, ada insan yang kehilangan ahli keluarga dalam sekelip mata, meninggal sebab covid, eksiden dan sebagainya. Aku masih ada keluarga, so aku bersyukur banyak2.
Tak boleh aku bayangkan hidup aku tanpa mereka. Nauzubillahiminzalik, minta dijauhkan lah dari ujian2 sebegitu buat aku insan yang lemah ini.
Aku bukanlah pakar rumah tangga, bukan juga suami yang perfect. macam dalam confession lepas, aku juga bagitahu ada perkara yang aku memang fail.
Aku bukanlah lelaki yang membantu sangat isteri aku dalam hal2 pengurusan rumah tangga, disebabkan keterbasan masa yang aku ada.
Aku sedar bukan senang menjadi seorang domestic engineer (suri rumah), sebab itu antara solusi yang aku tawarkan untuk bantu wife aku adalah dengan mengambil maid. Aku sanggup laburkan sejumlah wang, asalkan wife aku happy dan bahagia.
Dan aku yakin dan percaya, sekiranya niat aku betul, Allah takkan sempitkan rezeki aku, malah akan memberi berganda2 lagi. Dan memang itulah yang aku alami selama hidup ini.
Suami dan anak2 bukanlah memerlukan seorang isteri dan ibu yang cantik jelita, tapi adalah seorang wanita yang gembira.
Bila isteri dan ibu happy, insyaAllah akan berseri2 rumah tangga. Dan bagi aku, wanita yang happy dan gembira, automatik akan nampak cantik!
Rasanya cukuplah sekadar ini sahaja coretan aku kali ini buat para fans di luar sana. Sebagai konklusinya, berbalik semula kepada tajuk, whoever you’re, be a good one!
– Mr. Budin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit