Assalamualaikum. Saya seorang wanita berumur 35 tahun. Saya tujukan coretan ini kepada semua gadis dan wanita di luar sana.
Semasa saya di alam remaja, saya selalu tertanya-tanya mengapakah orang perempuan apabila di hadapan lelaki. Sikapnya akan berubah. Saya tahu ada juga orang lelaki, yang berubah sikap apabila berada di hadapan perempuan.
Lelaki dan perempuan sentiasa akan tertarik antara satu sama lain. Itu sememangnya fitrah yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wataala kepada kita, manusia.
Sebagai contoh kawan saya seorang yang bertudung labuh menutup aurat dengan sempurna. Tetapi apabila di hadapan orang lelaki suaranya di buat-buat manja. Sentiasa senyum dan terkenyit-kenyit mata. Gambarnya dibiar dinikmati oleh lelaki. Satu kepuasan mendapat pujian dan dipuja oleh lelaki.
Perasaan yang menarik antara lelaki dan perempuan dirasai oleh semua orang, tidak terkecuali kepada yang diberi pendidikan agama mahupun tidak. Sekiranya diberi pendidikan agama, sewajarnya seseorang itu tahu apa yang dilakukannya adalah salah jika mengundang fitnah dan dosa.
Tetapi, mahu ataupun tidak perbuatan itu dilakukan, itu terpulang kepada masing-masing. Tak ada siapa boleh halang tindakan kita.
Berbalik kepada alam remaja. Saya lihat kawan-kawan. Ada yang tidak segan silu menerima ajakan lelaki naik motor sekali. Pergi dating sekali. Pergi study group sekali.
Akhirnya berpegangan tangan. Berpelukan. Dan ada yang secara terang, mahupun sembunyi, sudah tidur dengan pasangan masing-masing.
Saya terfikir jika seorang lelaki yang masih bersekolah, ataupun tidak bersekolah tetapi tidak bekerja, masakan dia akan bertanggungjawab dengan perbuatannya yang menakluki kemahkotaan wanita… duit takde nak tanggung…
Walau se cool dan se macho mana pun dia, tetap tak patut kita bagi free… Jadi mengapakah kita orang perempuan mudah untuk menyerahkan cinta dan diri kepada orang yang tidak mampu untuk bertanggungjawab?
Tapi jika lelaki itu baik, kelihatan soleh, berkereta bmw… Adakah saya akan serah diri saya untuk ikut dia? Itulah bezanya. Kelihatan soleh dan betul-betul soleh. Jika dia lelaki soleh, dia tahu ajakan dia tu pun dah satu kesalahan. Jika dia tak tahu perbuatan itu salah, maka dia bukanlah soleh…
Dia hanya buat-buat soleh dengan ilmu yang cetek. Dari situ saya set KPI-KPI saya bagi istilah lelaki soleh… (bukan lelaki je yang boleh cari wanita solehah. Kami perempuan pun boleh pilih dan cari lelaki soleh)
Dalam Islam, perkahwinan itu menjadi sunnah. Supaya tidak ada makhluk ciptaan baru dalam rahim seseorang wanita lahir ke dunia. Tanpa dijaga dengan penuh tanggungjawab oleh ibu dan ayahnya.
Saya juga terfikir perkahwinan itu bukan atas dasar cinta semata-mata. Bukan juga atas dasar untuk menghalalkan yang haram. Tetapi perkahwinan itu adalah satu tanggungjawab, satu amanah, satu medan untuk memperolehi sebanyak-banyak pahala.
Saya tidak mahu meletakkan harga diri saya tempat yang rendah… Islam datang untuk meningkatkan meninggikan martabat wanita. Sebelum kedatangan Islam, wanita dibuat seperti hamba kepada nafsu lelaki. Tidak layak untuk memiliki harta mahu pun pendidikan.
Wanita sudah dibiasakan untuk melayan lelaki, ada wanita yang menganggap satu kemuliaan dan tinggi darjatnya dapat melayan lelaki…
Dalam Islam, no one is above others except Allah… jika terlampau agungkan seseorang, tak kisahlah suami atau sesiapa, hatta perasaan yang melebihi kecintaan daripada Allah, itu adalah syirik…
Islam telah memberi ruang yang sepatutnya kepada seorang wanita. Diberi kebebasan menuntut ilmu, dan bekerja.
Semasa di alam remaja, tidak dinafikan saya ada perasaan ingin bercinta dan dicintai. Tetapi perasaan itu boleh disimpan sehingga tiba saatnya nanti, saat yang diredhai oleh Allah iaitu selepas berkahwin…
Jika mahu menyalahkan seorang lelaki kerana mencabuli diri wanita semata adalah tidak wajar. Sekiranya lelaki tersebut menculik dan merogol, atau dengan kekerasan, benarlah salah lelaki…
Tetapi jika hanya dengan pujuk rayu, kita wanita begitu lemah untuk menolak, membuka pintu untuk mereka menerokai diri kita, ia bukan salah sesiapa…
Bagi saya, itu salah diri kita sendiri. Kerana Allah mengurniakan akal kepada kita. Tindakan kita adalah tanggungjawab kita. Tak dinafikan ada masa kita akan kebodohan…
Saya cuma ingin berkongsi kisah saya. Saya telah berkelana, bermusafir. Beribu-ribu kilometer jauh daripada keluarga. Tinggal berseorangan. Tetapi Alhamdulillah, maruah dan diri saya masih terjaga…
Orang lelaki yang berada di sekeliling saya menghormati diri saya. Tidak pernah berkelakuan tidak sopan dan mencuba- cuba.
Bagi saya, wanita perlu ada pendirian dan menunjukkan pendirian diri. Tidak perlu malu. Jika kita merasakan apa pegangan yang kita ada ini betul. Maka beritahulah. Tunjuklah kepada kaum lelaki.
Apabila saya meningkat dewasa, saya bekerja juga dikelilingi oleh lelaki. Ada yang memujuk rayu. Tetapi apabila kita tidak menyambut pujukan mereka, mereka juga tidak berani berlebihan dengan kita…
Percayalah jika kita tahu apa hak-hak Allah yang perlu kita jaga. Contohnya hak Allah yang perlu dijaga adalah apa saja yang dilarang oleh Allah hendaklah kita menjauhinya…
Menjadi perempuan dan wanita ini sangat susah, sikap tertarik lelaki pada wanita itu tidak dapat dikikis… Jadi wanita perlu bijak bagaimana untuk menangkis pujuk rayu lelaki dan permainan mereka. Percayalah apabila kita menjaga hak Allah, Allah akan melindungi kita.
Saya percaya, kerana apa, seperti saya beritahu. Saya sudah berkelana beribu-ribu kilometer. Jauh daripada keluarga. Pernah balik di tengah malam, pernah naik train seorang-seorang… takut, tapi tawakkal… tak berjalan di tempat yang sunyi, cari tempat ramai orang…
Negeri yang saya berkelana majoritinya adalah bukan Islam. Saya lagi takut bila berkawan dengan lelaki yang sebangsa dengan saya… pesan ibu, cubalah menolak. Jangan sampai mereka berdendam.
Kerana bila berdendam, kita tak tahu kerja jahat apa mereka akan buat… melayan mesej lelaki, jangan sampai terperangkap. Fikir mudarat mana lagi besar, maka elaklah mudarat tersebut.
Apabila saya dah berkahwin dan beranak, ujian daripada lelaki itu tidak pernah surut… atas kebijakan kita untuk berkawan dengan mereka… nak tak nak kena bergaul dgn lelaki.
Mengingatkan mereka batas-batas antara lelaki dan perempuan. Saya tidak pernah menyebut secara direct kepada lelaki kerana saya tahu seorang lelaki mudah berasa tercabar egonya…
Jadi apabila mereka mengajak keluar yang kita sudah tentu tahu apabila kita keluar dengan dia, mestilah kita akan berdua-duaan… Pandai-pandailah menolak.
Pernah sekali, faktor kebodohan diri sendiri… saya rasa kawan lelaki saya tu takkan berlebihan dgn saya… Jadi saya setuju untuk ikut naik kereta bagi tujuan kerja… Perjalanan 3 jam… Suami beri izin, tetapi bila Allah jaga kita… Dia akan sentiasa hadirkan sebab untuk melindungi kita…
Walau suami beri izin, bos pula kenal dan hormat saya, bos juga kenal anak buah dia… dia tak izinkan, nak tak nak saya kena drive sendiri…
Alhamdulillah selama 10 tahun bekerja, saya cuba elak berdua, sekali ni hampir tergelincir… tapi bagi saya, saya diselamatkan dengan sebab musabab yang saya tak tahu… yang Allah lebih mengetahui…
Saya fikir balik, setiap hari ke tempat kerja saya akan baca doa minta jauh daripada kebodohan, kemudaratan, malapetaka… Sangat banyak jika nak cerita bab terselamat ni…
Yang paling jelas terselamat daripada eksiden. Mungkin itulah antara doa yang dimakbul oleh Allah…terselamat daripada sesuatu yang tak kita ketahui.
Jadi cubalah… bila diajak ke tempat yang tidak ada orang, yang pasti kita berdua dengan lelaki bukan mahram… terus berikan alasan dan larikan diri… jangan mudah terperangkap… perkara zina ini telah diberitahu kepada saya sejak daripada saya sekolah menengah.
Saya membesar dengan adanya kesedaran tersebut. Alhamdulillah. 20 tahun lepas, dan saya masih cuba sampai sekarang untuk jaga diri saya… walau dah kahwin dan beranak pinak.
Jadi saya menyeru kepada wanita dan anak gadis di luar sana… berhentilah menjadi mangsa. Kita mampu dan sangat kuat sebenarnya. Dengan pertolongan Allah. Peliharalah diri dan maruah kita…
Sesungguhnya selepas berkahwin, Allah tidak pernah datangkan rasa bosan hubungan antara kita dan suami.
Kadang ada ups and down dalam rumahtangga, biasalah… Tapi perkahwinan masih terpelihara… Barakah yang dirasai, anak-anak sihat dan sempurna, jiwa yang sentiasa content…
Hidup dalam kerukunan dan saling menghormati antara satu sama lain. Allah akan hadirkan rasa cinta kepada suami. Dan rasa cinta suami pada kita.
Rasa cinta yang melahirkan rasa hormat… setiap saat cinta itu akan semakin kukuh. Percayalah yang menjaga cinta itu adalah Allah, yang memberi cinta itu adalah Allah…
Apa yang seorang lelaki beri pada kita jika tidak ada pernikahan dan tanggungjawab, adalah syahwat semata-mata. Syahwat dan kenikmatan seminit dua… Tak berbaloi. Sangat tak berbaloi untuk kita korbankan akhirat kita dan mengundang kemurkaan Allah…
Di umur ini, saya lihat ramai kawan-kawan saya yang kembali belajar agama… belajar menutup aurat. Alhamdulillah. Saya sentiasa doakan untuk mereka dalam diam. Untuk menegur mereka dulu, saya tak tahu saya salah atau mereka betul, atau saya betul, mereka yang salah…
Saya tak ada bukti untuk menegur mereka… saya hanya ada ilmu, pegangan hidup dan firasat… saya tak boleh paksa orang terima pegangan saya…
Dengan penampilan saya yang ala ustazah, walaupun bukan ustazah, saya pernah disindir, dipandang rendah, dicebik, dibenci oleh kawan-kawan dulu… Saya tak pernah salahkan mereka… Sekarang tengok mereka post benda agama dan positive vibes, buat saya tersenyum.
Kadangkala kita semua tahu apa dosa dan apa pahala… Tapi kita sentiasa nak nafikan. Kita nak cari geng yang support tindakan kita sbb best kan ada couple, rasa diri hot, ada tempat nak manja-manja, celebrate birthday, rasa diri laku…
Saya tahu kawan-kawan saya juga terkeliru… antara nafsu dan cinta… Jika kita cinta, kita akan buat apa saja untuk orang yang kita cinta… nak dia tersenyum dan gembira.
Jika kita cinta pada Allah, kita akan cuba usaha buat apa yang Allah suka. Dan cuba hindar apa yang Allah larang…kita nak Allah gembira dgn kita sbg makhluknya. Kan.
Susah nak istiqamah dalam amalan… takpelah sikit ni pun, hubungan laki perempuan ni kita jaga…mudah-mudahan Allah terima amalan kita.
Saya minta maaf jika coretan saya buat saudari-saudari rasa offended… percayalah. Saya sayangkan semua.
Hati saya terguris bila lihat wanita-wanita dan gadis-gadis diragut kehormatannya… lagi terguris bila lihat apa saja tohmahan dilempar pada agama Allah ni…
Jom, jom kita sama-sama jaga antara satu sama lain… Jom kita tingkatkan ilmu kita, tingkatkan fitness badan kita untuk apa saja serangan pada kita… Jom kita jadi wanita yang punya jati diri… Jom kita kuatkan dalaman hati kita agar tak takut kepada selain Allah…
Salam sayang.
women empower women,
– Faz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit