Work Environment

Hai. Aku just nak share pengalaman kerja aku. Setakat ni aku dah bekerja di 2 company. Dua dua company melayu.

Nak dijadikan cerita, aku trauma dengan pengalaman aku sebelum ni. Di mana ada seorang lelaki, 50 an yang dah lama berkhidmat dekat company aku kerja. Aku bg nama dia Lan lah. Lan ni ala2 bapa la sebab dah berusia kan. Aku 25 tahun masa tu.

Lan ini jenis cakap lepas dan menyebar berita. Pelik kan lelaki macam jemah sebar sebar cerita? Aku pelik jugak mula mula tapi aku buat biasa. Sebab malas layan.

Aku ni bila jumpa dengan sesiapa yang baru, aku takkan rapat dulu. Aku takes time untuk scan attitude setiap orang lebih kurang sebulan. Dalam masa sebulan, aku just akan by myself and akan scanning orang.

Why aku macam ni? Sebab aku ada trust issue. Aku handle staff lebih kurang 20 orang. Ada yang muda dari aku, ada yang tua dari aku.

Biasalah. Bila kita handle manusia ni, kita takkan terlepas dari umpatan, kutukan, cakap belakang, talam etc. So aku trauma dekat situ. Sbb sebelum aku masuk alam pekerjaan, aku berkawan dengan seorang dua je. Itu pun memang baik baik.

Okay. Berbalik kepada Lan dan juga environment company aku. Boss aku sangat sayang dengan 7 orang staff yang dah lama berkhidmat dengan dia termasuk Lan.

Alasan? Sebab 7 orang ni memilih untuk tak tinggalkan dia dan stay dengan dia untuk naikkan company ni. Masa tu dulu dulu lah. Masa company baru nak bukak.

Bayangkan kalau kau di pihak yang betul sekali pun, tapi if Lan bgtau dekat Boss yang kau salah, kau tetap salah. Kejam kan? Yup. Itu yang aku lalui.

Lan ni buat kerja tak reti kemas, tak jaga kebersihan, jadi aku sebagai leader kenelah tegur kan? Esok nya aku kene dengan boss. And banyak lagi peristiwa. Kalau cerita pun takkan habis.

Kipas boss dan hasut boss satu hal. Seterusnya, penyebar cerita dan fitnah. Lan ni jenis depan Timah, dia cakap buruk pasal Leha. Depan Leha, dia cakap buruk pasal Timah. Depan aku dia baik2, belakang aku semua orang dia cerita.

Seterusnya, Lan ni jenis kumpul puak. If dia tak suka seseorang, dia akan kumpulkan puak untuk bergembira dengan puak tu je. Dengan orang yang dia tak suka, dia tak layan. Contohnya, dia tak suka Leha.

Masa tu dekat meja makan ade Leha, Timah dan Markonah. Dia akan datang dan layan Timah dan Markonah je. Dia attract attention by guna pujian dekat Timah & Markonah supaya mereka rasa dihargai dan dari situ Timah & Markonah akan suka topik yang dia bualkan.

Seterusnya, lalang. Lan ni ibarat lalang. Kalau kau nak selamat dengan dia, kau create empati atau umpatan je, confirm dia back up kau. Contohnya, kau tak suka Kiah. Kau cerita pung pang pung pang pasal kiah dekat Lan.

Automaticly, Lan terus tak suka Kiah padahal cerita tu tak betul pun. Lan akan start dengan perangai dia menyebarkan berita dan memulaukan Kiah. Faham tak betapa Ya Tuhan peningnya dengan ragam Lan ni.

Aku totally exhausted dengan ragam manusia. Bukan dgn Lan je tapi yang lain pun sama. Cuma Lan ni memang the highlighted one la sebab dah tua kan. Tegur pun kang kata, “aku makan garam gula ajinamoto secukup rasa dulu dari kau”.

Profession kerja aku ni memang memerlukan aku untuk jaga staff. Ya Tuhan. Tambah pula, kerja aku ni jenis operation style. Pernah aku datang rumah staff untuk kejut dia bangun datang kerja. Bukan setakat tu, rutin aku setiap pagi pukul 6 sharp untuk call staff aku suruh bangun datang kerja.

Ada la sorang tu liat nak bangun. Ya tuhan. Tapi tu lah, solat pun ke laut apa nak heran kalau datang kerja pun lambat kan. Penat menjaga manusia, lagi mudah rasanya jaga machine. Buat kerja staff jangan cakap laa. Banyak.

Sebab ape? Sebab bila staff tak buat, yang akan kene adalah aku. Masa rating KPI, aku tunjuk semua prove mengatakan staff aku ni, Lan ni tak okay. Ni tak buat, tu tak buat, sama jugak, HR tak pandang pun. Aku jugak yang kene maki.

Aku dah selamat berhenti kerja. Aku doa hari hari jauhkan lah aku dari environment negative sebab aku nak positive je. Bende ni memang dekat mana2 pun tak boleh nak lari. Tapi tu lah. Kene strong je weyh. Sometimes gaji besar, boss tak best. Sometimes, kawan best, jauh sangat pulak dari rumah.

Advice aku for all typical Malay, kurangkan lah negative vibe. Kurangkan mengata dan mengumpat. Kurangkan memburukkan orang lain. Bagi aku, aku lebih rela if kita cerita tentang drama korea ke, make up ke, skin care ke rather than cerita tentang orang lain.

Try it. Its much more better even though cerita pasal hal lagha kan (Make up etc) rather than cerita hal yang membuka aib orang and menambah dosa kita.

If kita tak suka leader kita tu normal la. Aku pun annoyed kat boss aku same mcm staff aku annoyed dengan aku. But, take it prefessional. Kene tegur dekat situ, habis dekat situ. Take it as the way for us to improve.

Come on. We can do this.

– Nora Danish (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *