Work Hard Play Hard Family Still No 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar korang? Just watching cerita korea pasal doktor yang depress. Perform tapi dapat bos yang hauk. Sakit, tapi still paksa diri kerja.

At the lowest point of her life.. (masa hampir kena langgar) dia still ada masa nak selamatkan diri tapi dia tutup mata menyerah untuk mati dilanggar.

Bernasib baik laa lori mengelak disaat akhir dan dia selamat.. Rupanya tengah demam tinggi dan ada gallstone.

Tapi dia sedar hakikat yang dia masa hampir dilanggar tu dia mampu nak bangun selamatkan diri tapi dia menyerah dan menutup mata saat nampak lori nak langgar dia.. Oleh itu, dia pergi jumpa psikiatri.

Diagnose? Depression.. 

Aku tak pernah depress lagi. Mintak dijauhkan laa.. Tapi aku tau aku stress dengan kerja.

Dapat bos semua dia aje betul, bila salah.. (masa audit query, HQinform salah) dia salahkan orang tak advise dia (dah orang advise tapi dia degil nak juga cara dia kan.. Macai ni ikut aje laa.. Degil tak marah tak pe.. Ni merentan marah nak orang ikut dia)

Hujung minggu ke malam ke urgent tak urgent dia whatapps dalam group ofis, bila orang tak respon dia sound semua orang..

Bila staf dah apply leave awal, dia luluskan (sebulan awal) tetiba ada event penting dekat ofis contoh audit.. Meeting dengan HQ yang selalunya tertiba aje nak meeting.. Diaa merentan2 marah orang yang cuti.. Padahal ade je orang lain yang boleh takeovers.. Or boleh attend meeting online..

Dia bising membebel-bebel dekat orang lain (yang tak cuti dan tengah support ni) macam orang tu yang bersalah team mates dia cuti.. Bukan kami yang luluskan cuti.. Dia yang luluskan..

Bukan orang tu suka suka cuti lari tetiba. Memang dia dah rancang cuti dah lama.. Banyak lagi laa bikin stress dan tak seronok kerja.. 

Aku paling tak sukaaa part hujung minggu dan malam tu.. Kalau aku bercuti, gigih lagi aku layankan whatapps sebab tau team mate lain tengah kerja.. Tapi masa ofis hour aje laa.. Boleh laa nak semak-semak dokumen urgent.. Approves guna sign digital.. Tapi amek masa sikit.

Orang bercuti kan.. Faham2 je laa.. Staff aku faham sangat peel aku yang satu ni. Aku still boleh buat kerja walau cuti tapi hanya masa ofis hour.. Cuma aku takkan masuk mana-mana meeting melainkan tersangat laa urgent..

Selalunya hanya meeting dengan HQ aje aku masuk. Sebab meeting dengan HQ selalunya pendek.. Tak meleret2 panjang.. On time.

Malam dan hujung minggu jangan kacau aku.. Tapi kalau tersangat laa urgent.. Call.. Kalau whatapps.. Aku take time respon. Tapi aku akan respon melihat tahap kepentingan. Tapi kalau tak urgent dan call aku tu.. Takde laa aku marah.. Cuma aku rasa terganggu.. 

Masihkan work hard..? Aku fikir satu jee.. Amanah.. Aku mudahkan kerja orang.. Orang mudahkan kerja aku.. 

Bos sebelum ni very the understanding, sebab dia tahu aku ni pekerja dia masa ofis hour aje. Lepas dari tu, aku anak, emak dan bini orang. Ada rumah nak dikemas, ada makanan nak disedia, ada anak nak dididik dan ada suami nak dijaga.. Ada diri sendiri yang perlu diuruskan.

Dia pulak takde bagi aku bayaran extra untuk kerja luar waktu kerja. So dia really appreciate semua kerja yang kami selesaikan luar waktu kerja.

Tak perlu hadiah pun untuk kami pekerja ni. Cukup hormat waktu family kami dan bagi ucapan peransang, pujian dan terima kasih untuk setiap kerja yang selesai. Tu lah.. Bos best selalu kejap-kejap jee singgah.. Ke sebab best jadi rasa kerja dgn dia kejap jee?

Bos yang baru ni.. Haihhh.. Aku ni nak kerja kerana Allah. Nak laa keberkatan hidup melalui rezeki yang halal.. Aku nak buat kerja selebihnya dari gaji yang aku dapat.. Nak ikhlas bekerja.. Tapi emosi ni penat. Penat sebab tak dihargai.

Jadi orang tengah antara atasan dan staff bawahan ni.. Tersepit terkepit.. Aku manusia, terasa jugak kadang-kadang.. Kesian dengan staff.. Nak buat kerja sehabis baik.. Tapi emosi ni penat.. Terima kasih pun tak. Apatah lagi nak puji.

Bila HQ memuji hasil kerja kami, dia pulak yang kembang menyengih padahal nak merealisasi tu, kami bukan dapat cabaran dari luar.. Cabaran tu muncul dari dia.. Ini tak kena, itu tak kena.. Berkira dengan staff.. Kena marah.. Adoi..

Staff-staff aku yang lain dah bunyi2 memang sekali ni aje laa dia orang buat. Lepas ni semua nak krik krik krik ajee..

Aku pulak tak tau nak pancing apa dah kat staff kalau aku sendiri pun ada rasa nak krik krik krik juga next time.. Tengok lah nanti.. Aku ni pandang dan kesian dengan 2nd bos aku aje.. Kerana dia baik laa kami bertahan.. 

Baru-baru ni.. Ada akak ofis aku ni cerita pasal kenalan dia yang gigih bekerja meninggal dunia sebab stress.. Stress kerja sampai komplikasi kesihatan. Aku rasa 2 minggu aje kot dia sakit, terus dijemput Allah semula. Al-fatihah..

Kenalan aku tu terkesima sebab dia tau bertapa bersungguhnya kawan dia tu kerja untuk pejabat dia end up bila dia meninggal macam tak effect pun dengan tempat kerja dia tu..

Orang ofis macam biasa, takde pun murung or bersedih.. Kerja dia ade je orang take over dan boleh buat.. Kawan aku yang beria sedih mengenangkan nasib anak arwah. Kecik-kecik lagi.. 

Jadi ini membuat aku percaya, yang betul-betul bersedih nanti kalau kita tiada nanti hanya family.. Yang betul rasa kehilangan yang tiada ganti.. Mak ayah, suami, adik beradik lebih-lebih lagi anak-anak.

Orang lain kalau sedih pun sekejap aje dan sekelip mata aje diaorang gantikan tempat kita.. Lagi laa ofis kan, urusan pejabat still go on. Tipu laa kalau kita takde ofis tutup or runtuh. Mustahil. Hahaha..

Jadi sementara kita hidup ni.. Kalau urusan pejabat selesaikan hanya dipejabat seoptimumnya.. Fokus kerja.. Masa dengan family hargai sepenuhnya.. All out di ofis.

Balik rumah malam dan hujung minggu kita all out sepenuhnya masa dengan family.. Rest dari kerja.. Sampai kita meninggal pun kerja pejabat tu tak akan habis, jangan kita pulak yang terjejas kesihatan kerana hal pejabat.. 

P/s : aku nak tanya, ada undang-undang tak dalam malaysia ni yang lindungi pekerja dari bos-bos yang demand pekerja berkerja jugak luar waktu kerja ni tapi takde niat pun nak bagi extra pay or ot or gantian cuti.. Or lain-lain kelebihan sebagai ganti untuk bekerja luar waktu kerja..

Dia berkira dengan kita lagi ada.. Perli2.. Ugut2 nak bg kpi rendah sebab tak nak buat kerja luar waktu kerja aje, padahal sasaran kerja setel.. Job setel.. Tak layan whatapps kerja ujung minggu je.. Ada ke ehh? Cer share.. 

Kalau ada yang komen suh keja demi Allah tu.. Percaya laa, aku still fokus kerja ni semua kerana Allah.. 

Kalau ada suh cari kerja lain.. Kalau ada option untuk kami tukar kerja, memang lama dah kami tukar.. Not our option untuk tukar kerja sewenangnya.. Apatah lagi benti kerja.. 

Suh HQ tukar bos.. Hahaha kalau ditukarkan alhamdulillah.. 

Ok korang. Doakan kami yee supaya semua sihat minda sihat fizikal untuk mencari rezeki halal.. Aku doakan korang jugak kalau nasib kita sama.. 

– Pekerja tanpa nama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. I feel you sis. Aku lebih suka zaman dolu2, tak de email, watsap, whatsoever. Bila AL, cuti bersalin, PH, means yaahooo….cuti sakan. Paling2 pun cuma kena jawap phone calls je…
    Kadangkala technologies ni menyusahkan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *