Work Life Balance

Hello semua. Baru-baru ni timeline panas mengenai isu work life balance yang diperkatakan oleh selebriti Janna Nick.

Rata-rata komen di kebanyakkan platform media sosial tidak bersetuju dan triggered dengan statement yang diberi oleh Janna.

Aku rasa 99% rakyat Malaysia tak bersetuju dengan gaya, cara penyampaian dan istilah ‘Work Life Balance’ yang diperkatakan oleh Janna. Betul tak? Haha.

Aku faham je apa yang dia cuba sampaikan. Tapi yang tak faham nya ramai triggered.

1. Mana datangnya istilah work life balance? Dari barat?

2. Kerja 9 pagi – 6 petang. Lepas tu say bye bye boss. Aku bukan hamba boss.

3. Mental health is important.

4. Yang kejar work life balance ni semua pemalas?

5. Generasi Z berani?

Aku setuju dengan apa yang Janna tu suarakan berkaitan generasi sekarang yang terlalu berpaksikan istilah work life balance dan mungkin menjadi virus kepada generasi akan datang.

Korang memang anak orang kaya ke yang tak perlu hustle untuk cari duit? Kalau korang nak rasa kerja 9-6 tu dah serba serbi cukup, okay lah.

Jangan nanti complaint duit tak cukup, lepas tu kutuk orang yang berduit dapat makan macam-macam contohnya, cyberbully orang, kata “Dia kaya takpelah”. Padahal ‘work life balance’ orang tu kelaut untuk dapat achievement macam tu.

Kalau korang nak sangat ikut terms work life balance tu, dipersilakan. Janna dan semua makhluk di muka bumi ni tak halang pun. Cuma jangan complaint je. Aku bukan fans Janna ye.

Mental health is more important. YES, i agree. Bekerja pun berpada-pada lah.

Tapi nampaknya kebanyakkan manusia ni ambil kesempatan atas istilah ‘mental health is more important’ untuk jadi PEMALAS. Aku ade je member yang declare dia anxiety lah panic attack lah.

Padahal dia yang problem dan tak nak tolong diri sendiri. Ada juga yang berpura-pura sebab nak attention. End up, orang yang kesiankan dia untuk cover kerja dia jadi kuli.

Please be more responsible. Setiap manusia memang perlukan rehat. Rehat lah bila waktunya. Takde siapa nak kacau pun.

Jangan jadi hamba boss? Siapa nak jadi hamba boss. Takde siapa nak pun. Ayat yang orang selalu guna supaya tak kerja after working hours is “You can be replaced, jangan kerja kuat sangat”.

YES, same goes to you. You can change employer too. Kalau tak setuju dengan syarat-syarat bekerja dekat syarikat tu, jangan sign offer letter.

Jump kerja tu bagus, sebab i work for money. Kan? Syarikat rugi masa, duit spend for hiring pun orang tak kan kisah. “Lantak boss lah, nak jadi boss sangat kena la pandai ambil risiko.” Pulak.

Dia buat orang takpe, jangan orang usik istilah dia je. Ramai je manusia macam ni mintak kerja dekat tempat syarikat aku bekerja.

Mintak kerja beria, sampai sanggup jumpa HR, tanya bila ada vacancy. Masa interview semua boleh. Nak cari pengalaman lah, tak kisah kena overtime, semua boleh buat.

End up? Sebulan dua nanti protes sebab kacau istilah work life balance dia. Kata company tak bayar OT lah, padahal dah inform siap-siap di agreement. Kalau tak setuju kerja tu, jangan kerja. Bagi dekat orang lain yang lebih komited.

Ye. Memang aku geram. Lebih lagi anak muda sekarang. Nak mintak tolong buat kerja sikit pun berkira, konon nya bukan kerja saya.

Eh, Hello. Korang nak naik manager atau executive atau jadi boss di syarikat sendiri nanti pun, kena tahu serba serbi. Memang tak dibayar lebih buat sementara.

Apa salahnya grab opportunity sementara ada peluang. Dah rasa experience cukup untuk jump, dan rasa dianiya sangat di syarikat tu, boleh je cari tempat kerja lain. At least dah ada experience.

Kalau setakat berbekalkan tempoh bekerja, tapi takde langsung improvement, buat apa. Lepas tu complaint takde kenaikkan gaji dan bonus. Lepas tu, mulalah up dekat whatsapp story macam kena di aniaya teruk sangat.

Ni la realiti kehidupan. Kerja apa yang tak susah? Kerja apa yang tak perlukan guna kudrat dan skill?

Aku pun adalah involve dengan buat proposal for projects. Kadang-kadang tu, nilai bayaran yang di offer tak setimpal dengan job. Macam mana pekerja di syarikat tu nak dapat gaji best kalau bayaran pun ciput.

Bagi la nilai dengan kadar yang lebih berpatutan, baru la boleh share dengan bonus dengan pekerja yang lain. Ni tak, semua kos majikan kena tanggung, tak bagi gaji banyak, takde siapa nak kerja.

Lepas tu banyak sangat terikat dengan law. Salah sikit, complaint. Padahal income pun dapat sikit. Either you take it or leave it je. End up terpaksa juga ambil job tu.

Sorry lah kalau korang dapat majikan hauk. Majikan yang kejam. Majikan yang asyik tukar kereta. Ada je. Tapi jangan ingat majikan 99% kejam.

Kebanyakkan aku tengok, ramai pekerja juga yang bermasalah, lepas tu label majikan toksik. Environment toksik pun datangnya dari pekerja toksik. So, pekerja pun banyak je yang toksik tapi berselindung di sebalik perkataan majikan toksik.

Kalau hidup berpaksikan sangat ‘work life balance’ tanpa hala tuju ni, banyak cabang yang menimbulkan masalah bagi aku. Mula-mula nak work life balance, lepas tu datang istilah mental health is important.

Aku tak salahkan wujudnya istilah tu. Nak gunakan istilah tu pun berpada-padalah. Makan makanan yang merepek pun cenderung untuk dapat masalah kesihatan. Bukan penyebab stress je.

Korang tak nak 2 rumah, 2 kereta pun lantak lah. Setiap orang achievement dia berbeza. Tak terkejut pun kalau satu hari nanti kebanyakkan orang jadi freelancer, sebab nak ‘work life balance’.

It’s your choice to work. Kerja betul-betul. Itu lah pun realiti kehidupan pun. Kerja apa yang tak penat. Masa muda la kena guna kudrat.

Macam mak ayah kita dulu, struggle masa muda. Dah tua nanti boleh slow down sikit.

Takut tak sempat merasa duit tau-tau dah mati?

Sekurang-kurangnya kita berusaha sehabis baik. Masa yang kita habiskan walaupun sedikit semasa waktu kerja tu pun akan disoal. Ingat tu.

Rokok time, breakfast, social media time lah. Yang tu takpe lah kan, sebab pekerja ni semua maksum. Dia buat takpe, jangan boss buat salah.

Jadi majikan tak mudah. Banyak kena fikir. 24 jam dalam kepala otak how to grow business. Kalau business tak grow, celah mana nak bayar gaji/increment/bonus? Nampak macam rileks. Hakikatnya? Tuhan jela yang tau.

Masa PKP tu takde siapa pulak nak fikir work life balance. Semua orang mintak kerja. Dapat bayaran minimum pun takpe. Semua jadi tak berkira.

Sekarang ni, bukan main. Majikan perlukan pekerja, pekerja pun memerlukan majikan. Nak kerja 4 hari seminggu? Ubah sikap jangan mengular tu dulu baru lah nak kaji ataupun compare dengan negara France lah Switzerland lah.

Aku bukan boss dan aku bukan penjilat boss. Aku pun buat 2 kerja. Sabtu ahad pulun hantar barang.

Conclusion, work life balance never exist. You choose your own way. Your life, your choice. Duit takde, jangan pinjam kawan yang siang malam kerja. Dah hutang, jangan joli sakan.

Daripada bersuka ria tu, lebih baik la kerja mana-mana yang mendatangkan hasil. Dan jangan la berselindung di sebalik mental health is more important & work life balance untuk tutup kemalasan diri.

If you can create passive income, no problem. Rakyat marhaen macam aku ni, kena kerja keras. Solat 5 waktu jangan tinggal dan selalu bermohon kepada-Nya.

Dari point work life balance je. Dah menjalar ke point yang lain. Sebab ia bersangkut paut.

Adios…

– Adi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *