Workaholic, Perlu Ke Aku Bertahan?

Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca di page ini.

Aku perkenalkan diri aku sebagai Melati (bukan nama sebenar). Disini aku nak mintak pendapat dan cadangan pembaca lain untuk memberikan aku semangat atau jalan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah aku ini.

Pengenalan perihal diri, aku berumur lewat 20-an, bujang dan menetap di KL bersama kedua ibu bapa yang semakin dimamah usia.

Alhamdulilah, rezeki aku ditawarkan berkerja di salah sebuah syarikat gergasi swasta public listed.

Aku berkhidmat dalam syarikat ini belum setahun, dan telah pun mendapat status “confirm’’ awal (walaupun sebenarnya probation period mengambil masa 6 bulan tapi aku ini perform sangat kot bulan ke-3 aku mendapat confirmation status dari HR).

Di company ini, aku ada seorang pengurus yang aku namakan dia sebagai Ms.Wani. Pengurus aku (Ms.Wani) ya aku akui memang seorang pengurus yang baik, workaholic tetapi tidak disukai sebahagian department lain.

Pada awal perkhidmatan aku, aku kurang memahami sikap orang terhadap Ms.Wani, tapi lama kelamaan baru aku paham. Sikap annoying Ms.Wani membuatkan orang lain kurang senang.

Untuk pengetahuan pembaca lain, sepanjang aku berkhidmat dibawah Ms. Wani, ada 3-4 orang satu department dengan aku telah menghantar “resignation letter”. Ada jugak yang hilang begitu sahaja selepas gaji keluar. Hanya aku seorang staff yang masih kekal bersabar.

Dari sini aku dapat simpulkan, mereka yang meninggalkan syarikat bukan disebabkan bebanan kerja tapi disebabkan sikap Ms.Wani sebagai pengurus department kami.Itu baru aku ceritakan perihal department sendiri.

Sikap Ms.Wani pulak terhadap department lain, ada sahaja salah di mata Ms.Wani. Sehinggakan staff department lain tidak bole bertaya apa-apa kepada aku, Jika Ms.Wani tahu orang department lain bertaya kepada aku,

Ms.Wani akan bising dan meminta staff berkenanan email atau terus bertaya direct ke Ms.Wani. Perkara ini membuatkan staff department lain jarang bertegur dengan staff department aku.

Ms.Wani, dia diantara orang yang masuk office awal dan dia juga la orang yang keluar lambat.

Sepanjang aku berkhidmat tak pernah pun aku merasa pulang kerja “on-time” (waktu berkerja 9am – 6pm). Waktu pulang selalunya 8pm atau 9pm kadang pernah menjangkau sehingga 10pm.

Ya, aku masih bujang tiada apa yang perlu aku pikirkan tapi aku menetap bersama ibu bapa aku dan pasti tiap aku pulang, ibu atau bapa aku akan menyoal kenapa pulang lewat.

Lupa aku nak terangkan Ms.Wani juga tidak berkhawin lagi disebabkan itu la aku rasa Ms.Wani mampu memberikan 200% commitment kepada syarikat.

Sebagai seorang staff dibawahnya, aku merasakan perkara ini membuatkan aku kurang senang. Pernah ada staff baru membuat kesalahan,

Ms.Wani akan memarahi aku disebabkan aku tidak menyemak kerja budak baru. Kerja aku sendiri yang diberikan oleh Ms.Wani sudah banyak, inikan pula hendak menyemak kerja budak baru. Dengan alasan, aku senior dari staff baru. Bagi aku ini sangat la tidak adil.

Betul la, company yang bagus kadangkala kita akan dapat bos yang teruk, bos yang baik tapi gaji pulak tak banyak. Dan bagi aku disini, company dan gaji yang baik tapi bos & persekitaran kerja yang kurang menyeronokkan.

Setiap hari aku ternanti-nanti untuk hari minggu, dan tiap kali hari ahad, aku merasakan cepatnya masa berlalu kerana esok aku kena menghadap kerja & bos aku kembali.

So guys, apa pendapat korang, perlu ke aku bertahan dengan environment kerja yang sebegini atau mengorak langkah mencari kerja baru?

Aku juga ada buat bisness sambilan, dulu aku rajin join buat car boat sale la, join expo la, sekarang ini aku tak daya nak buat itu semua disebabkan hari berkerja pun pulang dah lewat. Jadi masa weekend itu aku ambil untuk berehat.

Harap pembaca confession ini bole bagi aku semangat atau cadangan untuk aku. Banyak lagi aku nak tulis tapi cukup la kot buat masa ini, ok guys cekidduttt..

– Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *