Assalamualaikum semua.
Terima kasih admin sudi post confession aku ni. Aku just nak share pengalaman & persepsi aku tentang working experience aku.
Aku M. Main petik je huruf M ni sebab ada meja depan aku ni. Perempuan and student, lepasan diploma sebuah universiti. Lepas je aku habis diploma, aku terus cari kerja. Niat untuk kerja sementara dan tambah pengalaman. Cliche enn ayat tambah pengalaman. Daripada aku buang masa melangut, bangun tidur makan baring tiap hari. So, aku fikir, better aku kerja. At least dapat sikit income sementara tunggu nak sambung belajar degree nanti.
Alhamdulillah. In a short period of time lepas aku habis je final diploma & dapat result, terus aku dapat offer kerja. Aku jenis tak demand nak kerja mcm mana walaupun result aku above 3.50, tapi okay lah dapat kerja in a sector which sangkut paut dgn studies aku. Jadi macai pun okay. At least dapat aku belajar & timba pengalaman masuk dalam industri. Niat aku kerja, bukan semata-mata untuk kerja atau mcm tipikal lepas habis study nak cari kerja sebab taknak menganggur. Aku niat, nak tambah ilmu & pengalaman. Sebab nak feel the working experience in industry is not a small things. Ramai je graduan yang dah habis study masih cari kerja tapi tak dapat. Tapi sokay brothers and sister, Allah had better plan for you.
Aku kerja ni temporary contract je, sebab if aku dapat offer sambung degree memang aku nak further je. In company aku ni, the environment is okay. Even though, at first macam awkward sikit tapi normal lah tu. Aku kerja under supervisor aku sorang ni. Nama dia B. Maybe sebab boroi? Okay tak, tipu je. At first, working with her is okay. Aku macam cuba adapt dengan her attitude and all. Aku respect dia as a leader atau orang atasan aku.
But later, makin lama aku kerja. Aku rasa makin kurang selesa and dia selalu buat aku rasa down, teruk, tak bagus, tak reti buat kerja. Whereas, most of kerja yang aku kena buat adalah kerja yang dia pass kat aku. Bila ada silly mistakes, terus dia buat muka. I am expecting bila kerja ni, there’s someone that can help me. Cuba kau imagine, kerja dia tetiba dia pass and kau langsung tak tahu menahu pasal benda tu.
Ada one time, boss besar call dia asking her to do few jobs. Lepas je dia habis on the call, dia panggil aku datang meja dia. Pap! Semua kerja tadi dia pass kat aku. Tapi, aku okay je. Buat jelah kan. Just the issue is, bila kerja kau silap sikit, terus dia blame kau. If let says, dia kasi tunjuk ajar, aku okay je. It’s not that aku tak boleh buat kerja, aku boleh. Tapi dah kerja untuk orang gaji nak dekat RM 10k pass dekat macai macam aku gaji RM 1k+ je. Baik dia kasi gaji dia tu sikit kat aku.
Aku boleh nampak dia ni komited on work. Just fikir positif, banyak sangat lagi kot kerja lain dia kena settle, so aku okay je buat kerja dia. Dia selalu merungut dia banyak kerja kena settle lagi, aku pun cuba memahami dan aku harap dia pun memahami aku. Tapi ada one day tu, dia suruh aku buat kerja. Tapi ada problem sikit, terus dia cakap aku buat dia stress dekat satu office. Dia cakap aku buat dia stress sebab aku tanya dia soalan pasal kerja yang dia suruh aku buat tu. Nanti, bila aku buat salah buat muka. Tapi, bila aku tanya, cakap stress pulak. Kesian betul hidup dia ni.
Aku memang respect semua orang kat company ni including dia. Other staffs datang kerja awal dan aku perhatikan semua pentingkan waktu solat even kerja busy macam mana pun. Tapi supervisor aku ni, masuk kerja boleh kira berapa kali on time. Most of the time, sukahati tok nenek dia je nak masuk pukul berapa. Lepastu, claim over time sampai pukul berapa dia menapak kat office entah. Dan, paling menyedihkan. Aku tak pernah nampak langsung dia masuk kat surau tu. Ini sangat menyedihkan bagi aku. Sebab aku respect a leader, tapi ada one thing buat aku disrespect dia which is soal solat. Bagi aku, busy macam mana pun, tapi kalau solat kau zero, kau is no one. Gaji ke jawatan tinggi mana pun, kalau solat kau bawah sekali, memang zero semua. Aku banyak kali gaklah tergerak hati nak tanya dia, “puan dah solat ke belum ni” even though memang tak pernah nampak dia masuk surau tu. Tapi tulah, serba dosa pulak rasa sebab tak pernah nak tegur.
Makin lama kerja, makin aku menyampah nakgi kerja. Tapi, takpelah niat ikhlas je Lillahitaala. Aku just harap, masa berlalu dengan pantas so that, aku boleh further studies aku and blah dari company ni. Aku okay dengan staff lain, tapi bila supervisor aku ni masuk office je, aku boleh rasa kemurungan setahun. Eh cukup ke setahun. Haha.
And, Alhamdulillah, baru-baru ni aku dah dapat offer untuk sambung degree aku. Sangat, sangat, sangat, sangat bersyukur tak terhingga. Aku rasa gembira tu tahap nak hantar surat resign berpuluh-puluh letak atas meja dia. Ceyy tipu je. Aku rasa tak sabar gila nak sambung belajar. Aku rasa once aku dah chow dari company ni, mahu dia menangis kerja bertangguh sebab takde orang nak siapkan kerja dia lepasni. Dan, aku tumpang simpati juga if ada next staff yang akan replace tempat aku ni.
Aku harap lepasni, supervisor aku tu makin lebih “over-comited” untuk bekerja. Betul lah orang kata, compare kerja dgn studies, study lagi best. Hidup student memang much better. At least, ada class cancel yang mewarnai hidupmu. Aku kalau kerja ni, harapkan public holiday tu bolehla happy sikit, tapi mengenangkan eh esok kerja boleh kemurungan hingga ke awan lagi-lagi kena hadap supervisor camtu ish.
Tapi, harap lepas habis belajar nanti ke bila dapat kerja nanti ke, will have better working environment. That’s more precious. Doakan aku dapat further studies baik-baik dan dapat kerja yang baik-baik nanti. Aku doakan yang baik-baik juga untuk kalian, inshaAllah. Tapi, bagi yang tak bernasib baik dapat kerja dengan orang atasan spesies camni, doalah yang baik baik. InshaAllah, yang baik baik akan datang.
Dan, semoga kita semua di bawah ketua yang baik dan boleh jadi contoh yang baik untuk kita juga. For those yang masih studies, enjoy your time wisely! Buat yang berjawatan dan berpangkat tinggi, jadilah contoh yang baik untuk pekerja di bawah anda. Tak lari ke mana pun kerja anda tu, kalau solat sekejap dan inshaAllah kurang sikit stress kerja bertimbun tu. At least, dapat jadi contoh yang baik, kan? And, buat yang masih cari kerja, moga diberikan kerja yang bermanfaat & baik-baik buat kalian, Aminnnnn.
Spread positive vibes!
– M
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit