Workmate Sampah

Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession! Hai salam kenal dari saya Zandra. Tahun ni dah jejak usia 23 tahun. Tajuk yang saya pilih tu rasanya ngam dan tepat untuk saya describe sikap workmate yang baru saya kenali seminggu lalu.

So korang yang baca story saya ni sila tinggalkan komen komen lucu, komen membina atau share pengalaman korang semua berkenaan dengan sikap workmate korang yang pernah korang hadap selama ni.

Nak kecam pun boleh saya terima dengan hati terbuka alhamdulillah.

Last week saya mula masuk ke salah satu company yang agak “top” jugak kat negara kita ni.

Tapi biasalah bukan terus ditempatkan di HQ walaupun saya ada kelulusan yang “agak bagus”. Saya ditempatkan di branch negeri utara semenanjung.

Kat situ saya akan belajar basic serba sedikit berkenaan company dan cara kerja. Positif aja semua orang yang berjaya harus bermula dari bawah so tanpa bertangguh saya pun mula tanam azam tahun 2022 nak jadi pekerja yang berdedikasi dan rajin giteww HAHAHA.

So hari first masuk branch, saya dikenalkan kepada saya punya workmate. So total semua yang akan kerja kat branch situ ada 3 orang saja.

Kalau prestasi bagus, lagi cepat saya boleh ditransfer ke branch yang lagi besar atau ke HQ di KL.

Tapi langkah saja kaki masuk dah disapa dengan jelingan dari saya punya workmate. Salam tak berjawab. Hanya diam dan pandang saya dengan pandangan yang tajam dan senyum sinis. Langsung tak bertegur dan anggap macam saya tak wujud disitu.

Saya bukanlah spesis yang sombong, saya seorang yang happy go lucky dan friendly so saya yang tegur dia dengan bertanya serba sedikit pengalaman dia bekerja disini kerana dia lebih senior (tapi takde lah senior mana sebab dia masuk awal beberapa minggu saja dari saya).

Semua soalan saya, hanya dibalas sepatah tanpa melihat ke arah saya. Mata dia hanya tertumpu pada phone dan pura pura sibuk dengan media sosial. Dari situ dah nampak sikap toxic tu, tapi saya husnuzon jelah maybe dia jenis tak banyak bunyi.

Selebihnya semua penerangan saya dapat dari bos. Dia yang banyak cerita dengan saya apa yang perlu saya faham dan belajar sepanjang saya disitu. Workmate hanya diam dan perhatikan saya dari jauh dengan pandangan yang “jijik’.

Tak lama selepas saya lapor diri, datang lagi seorang workmate saya merangkap bestfriend kepada workmate 1 saya tadi. Macam mana saya tahu dorang bestfriend?

Masuk saja kawan dia dalam office bukan main peluk peluk dan terus borak tak pandang kiri kanan padahal bos masih ada di depan dan tunggu kami semua sebelum bos mula brief dan bersurai.

Kat situ dah ada firasat ,

“Habislah! Confirm akan kena buli dan kena ignore”.

Habis saja briefing, sebelum bersurai bos pesan pada workmate 1 & 2 supaya mereka guide saya sepanjang saya bergelar trainee disitu dan mereka pun angguk tanda faham. Siap kata “okay bos takde hal kami akan ajar dia sampai faham”.

Dalam hati memang ada firasat kuat yang saya bakal jadi mangsa buli kat situ since dorang berdua dah kenal lama sejak 4 tahun lalu.

Ditempatkan kat branch yang sama sebab pakai “cable” dan pergi interview pun sama sama.

Keesokkan harinya saya masuk kerja macam biasa, cuba beriak tenang padahal hati ni dah tak sedap dari rumah lagi. Masuk dan punchcard terus saya ambil tempat.

Takde salam tiba tiba disergah oleh workmate 1 saya.

“Ingat tak datang dah”. Sambil senyum sinis kepada saya. Saya senyum seikhlas hati dan cakap jalan sesak tadi, sampai lambat sikit.

Dia pun berlalu dan duduk bergosip rancak dengan workmate 2. Meninggalkan saya seorang diri dengan PC terpasang. Suasana jadi awkward sangat.

Saya masuk awal pagi ni saya expect saya akan diajar basic serba sedikit sebelum ada client atau customer masuk ke premis, hahaha kena sidai weh. Satu habuk pun dia tak ajar. Duduk menyembang dengan member dia dan saya seolah olah tak wujud.

Pc terpasang, kerja mereka tak jalan. Duduk, menyembang, gelak sakan dan tunggu customer datang supaya boleh rebut komisen. Kes jadi gawat nanti sebab wujud komisen dalam kerja ni.

Gara-gara tak mahu ketinggalan, terpaksalah cari ilmu sendiri dengan cara lain. Call bos dan tanya serba sedikit apa yang patut saya serve pada customer dan client.

Bos pelik kenapa saya tak tanya saja pada 2 orang workmate saya. Taknak panjang cerita, saya beritahu bos mereka sibuk dengan kerja masing masing dan rasa berat hati nak ganggu mereka.

Rezeki juga dapat bos yang baik, dia beri saya nombor whatsapp anak lelakinya a.k.a trainer supaya saya boleh rujuk dan tanya jika ada hal yang saya kurang faham. Syukur bos dan anaknya tidak marah marah kerana faham saya “budak baru” dalam bidang tersebut.

Since anak lelaki bos handle branch lain di negeri sebelah, masalah jadi bertambah sebab ada lagi extra workmate yang saya perlu kenal.

More people more toxic lah kan?

Allahu dugaan lagi!

Bos panggil trainer (anak lelakinya) dan lagi seorang staf senior untuk datang dan ajar saya sehingga saya cekap handle customer dan client.

Kata bos saya ada potensi cuma perlu sedikit masa untuk belajar dan mereka akan latih saya sehingga mahir.

Singkat cerita, staf senior tu satu kepala dengan workmate 1 & 2 kerana mereka dah berkenalan dan berkawan sebelum saya wujud.

Nampak kemesraan mereka sebab masuk saja kerja asyik membawang dari pagi sampai nak balik kerja. Yang dibawangnya bukan orang lain, akulah mangsa dan jadi bahan topik untuk mereka kutuk.

Macam mana aku tahu akulah bahan dorang nak membawang? Nanti aku sambung. Sambil type cerita ni pun tengah tahan geram. ini kalau tengah kunyah kayu, kayu pun boleh hancur lumat.

Cerita ada sambungan. Takat ni dulu yang mampu ditulis.

Maaf jika bahasa yang saya guna tak begitu proper, ada typo dll. Ada lagi confession nak di share dengan pembaca disini, sambung tulis malam nanti.

Thank you yang sudi baca :)

Maaf semua kekurangan saya dalam penulisan ini. Drop pengalaman di komen.

– Zandra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *