Workplace Trauma

Sebagai seorang yang dah berkerja selama almost 10 tahun. Saya nak share pengalaman kerja yang membuat saya rasa saya hampir gila sebab trauma.

So far alhamdulillah since lepas grad saya senang mendapat kerja, dari gaji RM2500 selepas graduated, sampai sekarang gaji dah 5 angka. Tapi tak semudah tu ya.

Kalau dikira perasaan saya sepanjang 10 tahun, berbagai2 perasaan muncul, kadang2 rasa nak berhenti jual mihun pagi tepi jalan pun ada. Tapi syukur, setakat ni, paling lama saya menganggur ialah selama 3 bulan.

Pekerjaan yang pertama, kerja biasa (exec freshie level). Office rumah kedai je tapi sangat dekat dengan rumah, sangat sempoi, pekerja office tak ramai rasanya hanya 10 orang tapi boss baik (company cina), tapi kalau nak apply cuti 3 hari boss questions sikit tapi so far tak banyak hal. Kerja office hour 9-6 petang.

Kerjanya tenang, rumah dekat, parking senang, takde jem, tapi agak boring bagi saya, selepas 6 bulan kena suruh pindah department yang saya tak berapa suka, mula rasa nak juga mencari kerja lain yang lebih fulfilling, sebab kerja industry ini kecil dan kebanyakannya exposure kecil.

Mula rasa nak belajar something new, kebetulan ada pertukaran department, ambil kesempatan untuk apply kerja lain. Masih muda, masih lost, tak tahu pencapaian apa nak dalam hidup?

Kerja kedua, apply untuk position lain tapi sesuai dengan education background saya. Tetapi bila pergi interview boss cakap dia nak someone with more experience. Even education background saya sesuai dengan requirements, saya takde pengalaman untuk position tu.

Entah kenapa, boss berkenan dengan saya, jadi dia cakap bagi dia masa seminggu dia nak bincang dengan HR dan Managing Director dulu, dia akan try to fight and create the position untuk saya dan kelayakan saya. Rezeki agaknya, saya dapat position yang sama tetapi untuk junior position walaupun position tu tak wujud sebelum tu. Rezeki kot.

Oh ya, company ini agak famous, company ahli politik di Malaysia. Kalau sebut nama semua orang pasti kenal. Tapi tak payahlah sebut nama beliau. Semangat berkobar-kobar bila masuk kerja sini rasa pasti banyak belajar benda baru.

First year okay, cuma baru saya belajar observe, bos saya ni typical ahli politik, banyak idea tapi bab perlaksanaan dia kureng. Jadi setiap kali meeting, idea dia semua bagus, tapi lepas tu dia tak focus kerja dia. Dia lagi sibuk dengan hal-hal politik dia.

Saya? Saya rasa lost tanpa guidance. Orang lain tak berani kacau saya sebab saya bawah boss itu. Jadi kadang-kadang saya ke office tapi takde job scopes tetap, hanya bertindak ikut arahan apabila dia ada di office kadang-kadang.

Oh ya sebab ni syarikat melayu, banyak juga gosip bertebaran. Kononnya saya ni girlfriend boss, sebab tu diambil bekerja.. Sakit hati sebab saya orang yang pentingkan integriti, paling tak suka skandal di tempat kerja.

Kat situ jugak saya tengok permainan politik dunia pekerjaan. Pekerja kena tikam belakang, yang kuat melobi pasti disayangi, yang paling kuat bekerja selalunya hanya digunakan. Tapi saya tak kena semua tu.

Tahun kedua, boss saya letak saya bawah seorang manager gila. Dia datang dari background banking, orangnya handsome tapi gila dia lain macam. Harini cakap betul, esok cakap salah. Makin buat tak layan, makin dia suka provoke, tapi bila saya mengamuk dia happy dan senyum2 dan baik dengan saya. Gila agaknya.

Jadi saya ambik keputusan untuk resign tanpa ada kerja lain. Betul-betul tak tahan, sampai saya developed early stage anxiety. Kalau hari jumaat, saya lega. Tapi kalau hari isnin ada meeting, hari sabtu saya dah start berdebar-debar sebab perangai manager yang bipolar.

Dia gila yang tiba-tiba takde pasal cari pasal dalam group whatsapp tengah malam, dan cakap pasal benda 2 bulan lepas. Saya rasa dia gila tak boleh hidup tenang. Kalau saya tenang dan terima je kena marah, mengaku salah, and cakap baik2 dia tak puas hati. Tapi kalau saya mengamuk balik baru dia ok untuk minggu tu. Gila kan.

Bila saya resign boss ahli politik merajuk, sebab bagi dia, saya tak setia. (biasalah ahli politik suka follower). Tapi saya malas nak complain pasal boss bipolar sebab tu orang rapat dia, I just want a way out. Maka, saya resign. Masa ni masih lost, tak tahu career path dalam hidup, nak jadi apa.

Menganggur tak lama, dua bulan je saya dapat kerja lain. Kerja tu dalam badan keraj***. Tapi jawatan contract. Yang bencinya, masuk badan keraj***, tangga gaji turun balik.. Tapi cakap dengan diri sendiri, takpelah berkorban tangga gaji, mungkin kat sini tempat yang stabil dan bagus, dan boleh belajar sebanyak mungkin.

HAHAHA gelak kat diri sendiri ya, masuk badan keraj*** ni lagi huru hara. Tak dinafikan, budget sentiasa banyak tak seperti di syarikat swasta. Makan mewah, sering out-station ke hotel2 mewah. Minggu pertama masuk kerja, rasanya hari-hari makan free sebab terlalu banyak training.

Ada yang untuk staf dalaman, ada yang untuk orang awam. Rupanya culture kat badan keraj*** lagi maha dahsyat ya.

Kat sini hampir setiap orang yang saya jumpa akan mengata orang lain, akan tuduh sesama sendiri tak pandai buat kerja, tinggalkan ‘tahi’ (kerja tak siap), cakap orang ni tak layak, orang tu tak pandai buat kerja. Saya mula-mula masuk sana sumpah culture shock.

Pekerja-pekerja disini juga suka menolak kerja, tapi bab mengampu nombor satu. Cara mengampu? Masuk bilik boss dan burukkan rakan sekerja, masuk bilik boss dan gelak kuat-kuat macam ada pesta keramaian, pagi-pagi bawak boss teman breakfast.

Mula-mula saya stress sangat sebab tak biasa dengan environment dan culture macam ni, tersangat toxic bagi saya. Tapi lama-lama saya jumpa geng-geng yang macam saya, yang anti-toxic culture, walaupun kami tak ramai, tapi ada jugak geng yang boleh berkongsi derita.

Kami cuba untuk support each other sebab kami tahu kami golongan minoriti, kerja-kerja simple pun jadi complicated kat sini, contohnya email tak dibaca,

Bila hari due date semua kelam kabut sampai terpaksa stay back, padahal salah mereka tak baca email. Dah la balik malam, besok pagi kena datang lagi pagi.. Penat mental, penat fizikal. Burn out sungguh.

Di badan keraj*** juga sangat fail komunikasi, sebab terlalu banyak penyibuk, dan terlalu banyak kepala dan arahan tak diselaraskan.

Contohnya pernah satu hari dapat surat jemputan dari Syarikat P(partner) untuk menghadiri sesuatu majlis, dapat kat Boss A, dia bagi arahan tak payah pergi, kerana sudah terlalu last minute.

Surat sampai hari Isnin, tapi sebab semua bangang takde sapa baca dan communicate, hari Jumaat baru dapat arahan untuk ke negeri X bagi program itu. Program bermula hari Sabtu 3 petang. Boss A bagi arahan, Cool Cat tak payah pergi. Jadi saya lega, kerana proses untuk apply transport/driver sekurang-kurangnya 5 hari sebelum.

Macam mana saya nak pergi kalau hari ni baru tahu, esok dah nak kesana?? Saya lega. Bila Boss A cakap macam tu. Tiba-tiba weekend, sedang saya seronok berehat di hari Sabtu, pukul 11 pagi dapat panggilan dari Boss lagi atas, Boss B. “Coolcat kenapa awak tak pergi sana?? MALU SAYA, AWAK MALUKAN SAYA”

Boss A mana? Senyap tak berkutik. Takde langsung rasa tanggungjawab nak cakap dia yang bagi arahan untuk tak payah hadir.

Hari Sabtu, hari yang sama, saya terpaksa drive sorang-sorang 4 jam ke negeri X untuk tunjuk muka di sana. Kalau ikut hati saya nak maki berbakul-bakul ludah kat muka sorang-sorang. Tapi saya masih boleh bersabar. Saya telan je semua.

Selain tu, terlalu banyak korupsi/penyelewangan di jabatan. Dan semua ini seperti satu norma. Saya dan rakan lain bersetuju, inilah punca perangai buruk mereka semua makin menjadi-jadi. Hati makin hitam, otak semakin bengong, otak makin tumpul dan lembab, perasaan malu pun dah hilang.

Rasuah dan penyelewengan wang sangat berleluasa di semua peringkat. Sampai tahap ada beberapa staf cuba melaporkan pada pihak SPRM pun macam tak ada tindakan. Setiap procurement kalau boleh mereka cuba untuk mengambil ‘duit tepi’.

Printing job, event job, consultancy, dan lain-lain bajet dari sekecil-kecil bajet sehingga ratus ribu itu masuk ke poket mereka.

Saya tak pernah tahu apa dan bagaimana penyelewengan dibuat selama saya hidup dalam dunia ni, selalu tengok dalam TV je hal-hal macam ni, ingat tak real, bila kerja kat sini baru terbuka mata saya rupanya banyak akal cerdik rupanya bangsa kita untuk mencuri duit organisasi ya?

Dari situ, saya mula hilang respect pada pekerja badan keraj***. Saya mula benci nak bercampur dengan golongan mereka. Saya rasa malu saya salah satu di dalam lingkungan mereka. Saya rasa saya terkena tempias jijik perangai mereka. Seolah-olah kalau kita ke tempat yang busuk, kita pun akan berjangkit busuk.

Saya mula jijik dengan tempat kerja saya. Saya rasa malu nak mengaku kerja disitu. Bila orang tau orang cakap bertuahnya saya kerja disitu, ada yang suruh saya apply untuk dapat jawatan tetap saya tak berminat langsung. Tak berkutik langsung hati saya untuk stay dan kerja disitu. Tak berminat.

Dalam hati saya takkan saya hidup mati kat sini. Jijik. Geli. Saya benci bekerja di dalam environment begini, saya rasa benci. Saya rasa nak muntah bila harus bekerja dengan mereka, tengok muka-muka mereka. Mual, loya, geli, jijik semua perasaan tu saya terpaksa hadap selama beberapa tahun.

Belum cerita bab boss tua-tua yang gatal.. Malas nak cerita lebih kalau tak mesti cerita ni panjang sampai Bab 10 pun tak akan habis. Satu lagi perangai orang-orang disini, mereka tak boleh tengok orang lain lebih. Padahal KPI dah bagi kat semua orang, dengan bajet masing2.

Tapi akan ada yang suka rebut KPI orang, take credit, curi kerja orang tanpa rasa malu dan bersalah. Cara dorang buat pula sangat halus, depan kita baik cakap lembut gelak-gelak..

Contohnya “Eh td bos cari awak pasal projek X tu, tapi awak takde so akak dah cerita dah kat boss. Boss suruh akak macam ni macam ni.. Nanti akak share dengan awak”

Cerita sebenar, dia pergi jumpa boss, dia burukkan kita, lepas tu dia cakap dia boleh buat kerja tu (padahal kerja tu kita dah siapkan atau almost siap), lepas tu dia akan take credit, ampu boss dalam masa seminggu tetibe dapat arahan projek tu bagi kat dia.. Yes, projek yang kita buat.

Dia ambik bila projek tu dah mula nampak hasil. Endingnya, dia dapat nama. Jahat ya. Bila dia dah rosakkan projek tu nanti dia salahkan kita balik, end up membazir duit budget kat situ sebab banyak campur tangan orang bodoh.

Dan kebanyakan mereka ni ialah muslim, perempuan, bini orang, mak orang, yang nampak suci cakap lembut dan baik. Ya. Kadang-kadang aku dengan kawan lain speechless, dorang ni tak sedar ke eh dorang aniaya orang buat dosa?? Ke memang hisap gam ke apa hidup delusional sepanjang masa??

Dan ye hampir 80% ummah kerja situ biol macam orang hisap gam tapi tetaplah penunggang agama terhebat. Belum cerita bab dapat duit tepi guna untuk pergi umrah, bawak family makan dan lain-lain. SUNGGUH JIJIK.

Selepas beberapa tahun, saya dah semakin immune dengan environment tahi. Saya makin depress dan burnout tapi banyak saya apply kerja, belum dapat tempat lain. Dan saya juga takut, saya takut tanpa saya sedar I’m turning into one of them. Perangai dah makin bitter.

Saya dah makin benci orang dan benci diri sendiri juga sebab terperangkap dalam workplace tahi ini. Banyak pengalaman pahit kat sana, kena layan macam bukan manusia, tapi saya ni punya kesabaran extra juga, saya boleh buat muka takde emosi, layan dan telan je. Sambil doa untuk keluar dari sini.

Walaupun masa tu saya hopeless, saya dah rasa saya macam mayat hidup, makin dead inside. Saya rasa dah takde harapan untuk saya happy.

Tapi dalam masa yang sama, saya fokus kerja saya. Walaupun tak kena appreciate, dan kena macam-macam, saya tahu saya banyak belajar skills dalam bidang pekerjaan saya. Kat sini jugak saya banyak belajar untuk jadi independent, self-starter sebab hampir semua orang kat sini takleh harap.

Saya pesan kat diri saya, saya buat ni untuk diri saya sendiri dan Tuhan tahu. Takpelah kena sabotaj, kena curi credit, kena burukkan, takpe, saya tahu saya memang orang yang boleh bekerja dan saya orang with full integriti.

Saya tak makan rasuah, saya tak burukkan orang, saya tak kacau kerja orang, saya tak curi credit projek orang lain. Saya sentiasa berpegang teguh dengan pendirian saya, integriti saya. Saya yakin Tuhan adil, apa yang saya hadap dan lalui kat sini Allah tahu. Tapi tu lah, saya manusia biasa.

Ada satu kejadian kena sabotaj buat saya dah hampir putus asa dah, saya rasa dah tak boleh teruskan. Saya surrender dah dengan Allah. Saya betul-betul tak mampu dah, dan bila saya fikir hal kerja saya betul2 putus asa.. Saya rasa mungkin takde harapan dah.

Mental health saya dah koyak rabak, terlalu banyak sabotaj, terlalu banyak penganiyaan, terlalu banyak trauma saya telan sampai satu tahap saya rasa badan dan kepala saya tak mampu nak tampung dah. So saya ambik keputusan untuk resign.

– Cool Cat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Uncle ID here always SMILE read all gen y sikit merungut kerja toksik.

    U oll muda KERJA SAJA LA

    I pandang gen y sebelah mata saja

    I don’t care u habis kerja what time. I come 10 minutes before close I still demand you gen y treat me elderly with full respect very important people!

    I don’t care u all tak dapat balik on time because me as a customer. I ALWAYS RIGHT

    U gen y always lembik semua toksik masa muda kerja saja kuli batak!!!!!!!!

    I don’t have much time to live in this world of course as elderly I demand you all follow me!

    I deal with government people also I always nak my documents perfect arrived. My time is more important
    I never see you gen Y as important as me

    Hadap sajalah. Kerja I pay for. My service

    U gen y asyik merungut

    Respect we elder people I don’t care about your family your time. My time is more important!

  2. vote for part 2!! berminat nk tau jgk career climb till 5 figure salary buat pamngkin semangat kerja ni hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *