Assalamualaikum semua. Saya disini tidaklah mahu meluahkan tentang hal rumah tangga. Saya perkenalkan serba sedikit tentang diri saya.
Saya seorang wanita bujang berusia 28 tahun berasal dari Johor bahru. Bekerja sebagai runner hantar barang.
Saya ingin meminta pendapat kalian untuk masalah yang saya hadapi kini.
Jika ada yang sudi berkongsi pengalaman, tips, cara untuk saya atasi masalah saya ni.
Saya ada masalah hutang. Hutang yang menjerat saya adalah kereta.
Saya diberhentikan kerja di Selangor pada hujung tahun lepas gara-gara syarikat mengalami masalah kewangan.
Saya tiada simpanan yang besar kerana gaji saya hanyalah cukup-cukup makan dan buat bayar komitmen bulanan sahaja.
Selepas diberhentikan, saya kembali ke rumah mak ayah saya dikampung.
Saya bekerja menghantar barang tapi saya tidak mampu untuk membayar ansuran kereta saya. Telah 6 bulan tertunggak.
Saya berjaya mengumpul simpanan untuk 3 bulan 2 hari sebelum raya bila dapat job upah yang lumayan.
Namun semuanya musnah bilamana penarik kereta telah hadir untuk menarik kereta saya.
Saya terpaksa mengeluarkan 80 peratus duit tersebut untuk membayar mereka supaya tidak menarik kereta saya. Sebab itulah kegunaan saya untuk mencari rezeki tambah pula nak raya.
Setelah kejadian itu, saya betul-betul nekad untuk bekerja di Singapura. Hampir semua kekosongan saya mohon. Tapi ianya makan masa untuk pihak-pihak memproses permohonan saya.
Saya buntu sebab dalam menunggu semuanya, saya telah mendapat saman writ daripada mahkamah menyatakan pihak bank ingin membuat tuntutan terhadap saya.
Saya takut. Saya betul-betul takut. Saya sayang sangat-sangat kereta saya. Itulah harta pertama saya ada.
Mak ayah saya tidak mengetahui masalah saya. Saya tahu, kalau mereka tahu apa yang terjadi saya akan dibenci oleh seluruh ahli keluarga sebab benda ini memalukan mereka.
Saya mati akal dan buntu. Apa patut saya lakukan?
Saya tak nak disita segalanya, saya taknak diisytihar muflis atau blacklist. Saya malu. Saya rasa down sangat-sangat. Banyak benda saya kena settle.
Saya berharap sangat semoga cepat saya dapat bekerja di Singapura agar saya dapat langsaikan semua tunggakkan.
Saya sanggup berpenat janji kereta saya ada & status saya tidak muflis.
Tolong bantu saya. Apa patut saya buat? Saya rasa nak give up sangat-sangat.
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit