Assalamualaikum, terima kasih admin kalau confession aku ni disiarkan.
Aku memang nak baca pendapat warganet sebab hidup aku lepas kawin, boleh dikatakan memang aku takda kawan rapat dah..
Maksud aku, kawan yang kalau aku ada benda nak story, takda kawan yang aku boleh pilih untuk bercerita. Paling dekat pun aku story kat mak aku.
Kami suami isteri.
Dia panggil aku Yang, aku panggil dia Yin.
Kerja aku biasa² je pagi cikgu tadika, petang cikgu KAFA.
Memang circle aku tak besar, colleague aku kat KAFA tu semua taraf makcik² dan gaya macam mak² saudara aku je la..
KAFA kat tempat aku ni 3 hari je seminggu. Jadi kalau ada perkara penting yang patut diselesaikan, kami buat pada weekdays yang cuti.
Yin cakap, elaun pun tak seberapa. Jadi tak payahlah nak beria sangat bekerja. Hari cuti, cuti.. tahulah kan, cikgu KAFA ni elaun tak capai minimum salary pun, yelah bekerja pun 3 hari saja seminggu.
Suami aku pulak Manager IT kat salah satu syarikat swasta di KL. Yin job hopping banyak syarikat untuk berada di tahap sekarang dengan gaji 5 angka.
Bila banyak lompat syarikat ni, kelebihannya network jadi besar. Yin ni agak menjaga circle, kalau orang tu tak mendatangkan manfaat untuk dia, memang dia abaikan orang tu.
Kalau seseorang tu boleh tolong dia, in syaa Allah in future dia tak akan teragak-agak untuk tolong semampu mungkin kalau orang tersebut ada masalah. Bagi Yin, common sense tu sangat perlu.
Ceritanya bermula bila Yin ni ada kawan baik perempuan sejak zaman U. Aku namakan dia Rara. Diorang sambung Master sama-sama.
Aku tak nafikan Rara ni pandai dan circle Rara pun kecik je. Dia selesa kawan dengan laki aku sebab masing² diperlukan untuk siapkan assignment, ada subjek Yin terer. Ada subjek Rara yang terer. Memang diorang grad dengan cemerlang lah.
Long story short, Rara kahwin dengan laki pilihan dia lah. Suaminya belajar takat SPM je.. tapi dah jodoh kan.
Pernah dengar kan taraf pendidikan berperanan dalam mencorak daya berfikir? Jadi kebanyakan masalah rumit ataupun tak berapa rumit, laki Rara tak dapat nak setel. Contoh bab kereta, laki dia serahkan kat Rara untuk setel.
Entahlah nak, sebab bagi aku laki patut ambil tahu benda² macam tu. Sama macam bila perempuan kawin dan jadi mak². Nak tak nak kena tahu masak. (Tahu dan pandai 2 perkara berbeza ya.)
Jadi Rara apa² persoalan dia tanya laki aku. Nak beli rumah pun mintak pendapat laki aku. Aduhaiii..
Awal-awal tadi aku bagitau, Yin banyak lompat syarikat. Salah satunya atas bantuan Rara. Sebab tu Yin tak rasa salah kalau dia nak tolong si Rara tu.
Kisah kedua ialah Mimi janda anak 1. Yang ini aku rasa kawan rapat pun. Tapi Mimi ni pernah juga tolong Yin untuk lompat company. Bukan takat itu, Mimi pun ada tolong aku pass resume aku kat HR dia.
Terbaru Mimi whatsapp Yin tanya berkaitan PC dia yang rosak. Yin offer untuk tolong free saja. Setakat format, recover data tu benda simple je lah bagi Yin.
Pendapat Yin, bila kita berbuat baik, orang yang ada common sense pun akan baik dengan kita. Diorang akan tolong bila kita perlu.
Aku sangkal ayat Yin sebab dia buat sesuatu kerana mengharap something in return. Kalau orang tak balas kebaikan, boleh jadi kecewa.
Jenis aku, jika aku ada tolong orang, aku memang serah kat Allah 100%. Aku memang tak nak mengharapkan manusia, sebab kalau aku expect something in return tapi aku tak dapat, of course lah sedih kan..
Yin kata, tak boleh jugak macam tu, kena juga betul² cari kawan yang bermanfaat. Sebab tu lah katanya aku boleh kena tindas.
Dia kata dia buat baik ada sebab.. selain ikhlas Yin bagitau aku, at least kalau one day dia meninggal, mungkin aku boleh contact Rara, Mimi atau kawan² lelaki dia yang lain bila ada apa² emergency.
Kalau ikutkan ada ramai je yang Yin tolong bila libatkan perihal IT atau yg perlu buah fikiran dia.. yang lain semua lelaki, 2 orang ni je perempuan.
Yin ni apa² memang dia akan cerita kat aku. Contoh kes laki Rara asyik main game je tak tolong jaga anak.
Tapi kadang terdetik kat hati aku, apsal si Rara ni semua benda nak story kat SUAMI AKU? Dia takda kawan perempuan lain ke nak story mory?
Sekiranya ada hal berbangkit, Yin persoalkan aku buat hal² sekolah selain dari hari bekerja. Sebab ada masa event sekolah hari Sabtu/Ahad.
(Pasal sekolah ni aku kadang bengang jugak apsal nak libatkan cikgu² KAFA. Elaun secoet, kerahan tenaga nak kena keluar sama dengan cikgu KPM yang gaji >3K tu.)
Aku pulak persoalkan Yin kenapa nak kena tolong perempuan² lain tu?
PC rosak hantar je la kedai??
Bateri kereta kong call je lah Bateriku kan??
Dia kata dia tak semulia aku yg buat apa² cuma harap ganjaran dari Allah. Adoii
Tapi dah aku macam tu.
Ke salah aku eh tak faham fitrah berkawan dia?
Aku tak suka dia berkawan dengan perempuan sebab aku sendiri tak ada kawan lelaki. Aku tak akan buka ruang bercerita benda berfaedah dengan lain jantina in syaa Allah.
Dia kata sikap aku ni, susahlah dia nak berkawan.
Pagi tadi aku cakap terus. Aku tak suka.
Aku tanya, pernah aku halang dia berkawan dengan lelaki? Aku tak pernah halang dia keluar lepak dengan kawan² lelaki. Tapi kawan perempuan, aku tak suka.
Entahlah.. aku terlebih emosi ke, aku yang berlebih² ke.. aku yang patut neutral ke..
Niat aku cuma nak menutup ruang² tak patut je.
Terima kasih sudi baca luahan aku.
Memang aku akan share confession ni kat dia nanti…
– YinYang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Betul dah ko buat ni dik,
Aku pon mmg byk kali ingatkan suami bab ni.
Kadang memang depa terlupa sbb sikap semulajadi suka menolong orang dan tak terfikir perkara2 kecil yg boleh mengundang fitnah.
Jadi mmg tugas ko perlu sentiasa ingatkan suami. Ko ade ckp kt dia tak kalau ko ade kawan laki dan buat sepesen mcm kawan pmpn dia tu, apa perasaan dia?
Kalau dia jawab dia yakin ko boleh jaga diri dan takde perasaan cemburu mmg something is wrong dgn suami ko tu dik.