Wujud Lagikah Wanita Begini?

Salam.. Sekiranya approved, aku berterima kasih. Kenapa aku confess? Sebab sekarang aku lihat semakin ramai wanita yang rosak, yang tergedik-gedik, senang melayan bila kena ayat sikit. Zaman sekarang memang sukar menjumpai perempuan baik, mohon jangan sentap kepada yang berkenaan. So, kepada lelaki, sekiranya kau jumpa ciri wanita seperti yang berikut, jangan buang masa! Tie her down ASAP. Dan kepada perempuan, korang boleh la reflect balik.

Ciri-ciri perempuan baik untuk dijadikan isteri pada zaman sekarang:

1) Beragama. Tapi berhati-hatilah, ramai yang acah-acah beragama, post something religious on FBs, Twitter, Insta etc. Itu tak termasuk lagi yang jenis suka selfie dan mempamerkan kecantikan tetapi acah-acah alim. Macam mana nak tahu agama perempuan itu? Tengok cara pemakaiannya / pergaulannya. Tengok cara beliau berinteraksi di dunia sebenar dan di alam siber. Well, susah nak jumpa yang tak layan socmed, semua nak tunjuk cantik. Cuba uji agamanya semasa berinteraksi. Tak perlu sampai tahap berpurdah pun.

2) Lemah-lembut. Jangan salah faham ladies! Tak semestinya perlu lemah lembut setiap masa. Instead, berlemah-lembutlah kepada golongan-golongan yang tertentu, for examples, ibu bapa, warga emas dan kanak-kanak. Well, perempuan kasar pun, if beliau adalah perempuan, beliau tahu bila masa perlu berlemah-lembut dan bila masa perlu jadi diri sendiri aka kasar. Tak salah sekiranya korang semula jadi kasar. Tetapi, sifat lemah-lembut itu memang ada dalam diri setiap perempuan. Kalau berkasar pada golongan yang tersebut di atas, well, perempuan itu memang rude.

3) Baik hati. Yang ini susah nak nampak. Bros, korang hanya akan nampak apabila korang berinteraksi dengan perempuan-perempuan berkenaan. Tipsnya, cuba ingat balik, adakah perempuan itu sejenis yang mementingkan diri sendiri? Minta belanja barang-barang mahal, makan di kafe hipster dan kalau berbeza pendapat, asyik beliau yang betul (walaupun salah)? Well, kalau mereka guna duit sendiri itu lain. Sebab sikap selfish ini memang berlawanan dengan baik hati. If that girl is kind, beliau akan fikir tentang orang lain dan tidak akan sesekali mengambil kesempatan. Maka amanlah rumah tangga.

Bagi aku, itu sahaja sudah cukup bagi ciri-ciri perempuan baik untuk dijadikan isteri. Tak perlu demand lebih-lebih.

Ciri-ciri seperti di bawah adalah ciri tambahan untuk dijadikan pasangan hidup:

1) Cantik / comel / Sejuk mata memandang. Well, siapa tak suka perempuan cantik dan comel. Tapi aku suka yang sejuk mata memandang, rasa tenang dan nyaman kalau pandang, tak puas. Ada banyak kategori, beauty is in the eye of the beholder, hah! And lelaki memang sukakan kecantikan!

2) Berkerjaya. Sekiranya perempuan tersebut berkerjaya, ia adalah satu bonus bagi lelaki. Tetapi kalau tidak, apa salahnya. Lagi sweet, bila balik rumah, disambut oleh isteri tercinta.

3) Matang dan ada pegangan hidup. She knows what she wants in life. Well bros, kau boleh judge semasa berinteraksi. Perempuan yang tidak matang ni ada tendency untuk jadi cemburu buta dan nak berkepit 24 jam. Seriously, perempuan matang dan ada pegangan, biasanya akan bagi space kepada pasangan.

4) Pandai masak. Okay, ini bonus. Kalau tak pandai, boleh belajar main masak-masak sama-sama lepas kahwin.

5) Pembersih. Cuba korek2 masa berkenalan. Girls, seriously, guys really hate perempuan pengotor. Tahap kebersihan itu terpulang, asalkan tak malas mengemas. Aku prefer perempuan yang perfectionist / mild OCD, mesti comel kalau dengar dia membebel kalau aku letak barang merata. Dah la comel!

Kategori terakhir adalah ciri yang optional. Aku rasa, dalam perkongsian hidup, at least, ada satu common interest perlu ada dalam setiap pasangan. Be it, suka travel, or suka nature, suka shopping, suka tengok binatang, suka bintang, suka hiking, suka makan dll. Baru la tak bosan, boleh plan sama-sama haha.

Okay, itu sahaja for you guys, bros!! Wujud lagi ke kriteria-kriteria tersebut? Entah, kalau ada jangan lambat, nanti aku rampas hahah. Perempuan, of course la perlu ada ciri-ciri tertentu juga for finding husbands. Tapi tengok diri sendiri la, kalau tak berapa baik, tak perlu demand lebih, sedar diri tu sikit. Adios!

– Anon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *