Wujudkah Allah?

Assalamualaikum. Aku seorang penuntut universiti di belah timur semenanjung Malaysia. Berasal dari negara di sebelah utara. Aku akui aku bukanlah seorang yang alim, in fact aku al quran pun tak boleh baca.

Memang salah aku sebab masa kecil tak pernah nak belajar, tambah pula ibu ayah yang tak pernah nak ambil berat benda tu (tapi ibu aku ada membantu aku apabila aku ingin belajar asas fardhu ain seperti bersolat dan berpuasa).

Keluarga aku bukanlah keluarga yang jahil dari sudut agama sepenuhnya. Puasa di bulan Ramadhan kami lakukan. Keluarga ibu dan ayahku juga keturunan yang alim dan baik. Jujurnya aku tidak mengetahui mengapa kami tidak seperti keluarga lain di dalam bab agama.

Aku juga seorang yang curious. Aku selalu ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam. Jadi apabila aku mula melanjutkan pelajaran aku mula mendalami ilmu asas agama dengan lebih mendalam.

Solat 5 waktu tidak pernah aku tinggalkan, solat sunat juga kadangkala aku lakukan malahan aku pada 1 tahap rajin ke masjid untuk solat 5 waktu. Mungkin kerana pada waktu itu keadaan kesihatan arwah ayahku berada dalam keadaan kurang baik.

Setiap kali habis solat kesihatan arwah ayahku adalah perkara utama yang aku titipkan di dalam doa ku. Berapa kali juga aku meminta agar Allah memberikan hidayahnya kepada keluarga ku agar mereka boleh ke syurga.

Aku selalu terbaca bahawa Allah suka mendengar doa hambanya tetapi aku jadi pelik. Doa ku tidak dimakbulkan. Malahan arwah ayahku semakin teruk. Hidayah yang dipinta tidak kunjung tiba.

Aku keliru. Bukankah hidayah itu milik Allah? Bukankah Allah akan suka jikalau hambanya menyembahnya? Jadi mengapa dia tidak memberikan hidayahnya kepada keluarga ku?

In fact, mengapa dia tidak memberikan hidayahnya kepada orang bukan Islam yang baik baik seperti Bill gates dan sebagainya?

Aku mula ragu ragu dan cuba mencari jawapan ku sendiri. Page page barat di internet aku selami dan banyak yang aku dapat dari kedua dua belah pihak. Atheist dan yang beragama. Sekuat mana aku berpegang pada kepercayaan agama, hujah atheist makin masuk akal.

Antaranya adalah kewujudan Tuhan. Selalunya apabila hal ini diutarakan kepada orang Islam, perbagai anekdot dipetik untuk mempertahankan kewujudan Allah.

Antara yang paling popular kisah tentang otak. Kalau kita tak nampak otak kita maksudnya kita tidak mempunyai otak. Tapi otak itu boleh dilihat sekiranya kita membedah kepala kita sendiri. Di dalam MRI juga boleh dilihat jelas.

Aku terfikir, b****h juga hujah itu. Mereka juga menyuruh atheist supaya melihat alam ini. Itu adalah bukti kewujudan Allah. Tapi mengapa Allah yang dipilih? Boleh sahaja alam ini dicipta oleh beribu tuhan lain yang wujud di dunia ini.

Mengapa mereka tidak mempercayai apabila dikatakan Ymir yang menciptakan dunia ini? Apakah bukti faktual yang tidak boleh disangkal bahawa dunia ini ciptaan Allah? Al quran? Jadi mengapa kitab kitab lain ditolak?

Aku dah lama fikir benda ni. Kalau Allah tu wujud, kenapa banyak orang Islam yang menderita? Kenapa banyak orang bukan Islam yang berjaya?

Most answer yang orang orang beragama akan balas adalah Allah ada rancanganNya sendiri dan orang Islam yang menderita di dunia akan berseronok di akhirat. Senangnya jawab. Adakah perancangan Allah itu lebih penting dari kehidupan hambanya?

Kalau tengok budak baru lahir ada penyakit incurable macam kanser etc, kenapa Allah tak tolong? Antara 99 ciri-ciri Allah adalah Maha pengasih maha penyayang tapi mana kasih sayangNya pada mereka yang memerlukannya di dunia ini?

Aku juga rasa pelik tentang banyak benda dalam yang atheist-atheist ini utarakan. Antaranya al Quran. Jikalau kita lihat hujah berkaitan al quran daripada atheist tanpa bias, banyak yang masuk akal. Antaranya begitu banyak kontradiksi faktual di dalamnya berkaitan ilmu sains.

Tidak kurang juga layanan tidak sama rata antara lelaki dan wanita. Bagaimana pula dengan kisah kisah tidak masuk akal di dalamnya?

Hujah popular berkaitan kisah kisah ini adalah kun fayakun. Tapi jikalau kita mengunakan hujah ini terhadap benda seperti flat earth contohnya, bukankah akan nampak b****h?

Bayangkan jika kita bertanya kepada mereka yang percaya tentang teori flat earth dan jawapan mereka adalah mereka cuma percaya bulat bulat walhal teori saintifik menidakkan apa yang mereka percayai, apakah reaksi anda?

Sekarang berikan justifikasi bagaimana buraq boleh bergerak dari al aqsa ke syurga pada kelajuan yang sangat pantas?

Sejujurnya aku rasakan sekiranya aku tidak dilahirkan di Malaysia aku mungkin tidak akan menjadi seorang muslim. Bukankah Allah maha adil? Mengapa cuma muslim sahaja yang boleh ke syurga?

Jikalau begitu orang di negara bukan Islam yang tidak mempunyai sumber untuk belajar tentang Islam akan ke neraka begitu sahaja? Bukankah orang di negara Islam ada kelebihan?

Dan jiakalau Allah maha penyayang kepada hamba hambanya, mengapa sanggup dilemparkan mereka ke neraka? Mengapa tidak diberikan hidayah kepada mereka semasa mereka hidup?

Mengapa anjing diharamkan di dalam Islam sedangkan mereka amat berguna di dalam kehidupan seharian? Mengapa b*bi diharamkan tetapi boleh dimakan dalam keadaan darurat?

Hujah kesihatan tidak masuk akal bagiku kerana hampir keseluruhan dunia menikm4tinya dan cara penyediaan yang selamat juga sudah lama ditemui. Pelik bukan?

Adakah Allah tidak mengetahui semua ini sewaktu menurunkan undang undang tersebut? Mengapa saksi wanita kurang nilainya daripada lelaki?

Sejujurnya aku penat. Penat berpegang kepada kepercayaan yang mudah disangkal. Mengapa tidak sahaja Allah tunjukkan bukti yang undeniable and irrefutable tentang kewujudanya?

Adakah ujianNya lebih penting dari kesehjahteraan hamba hamba kesayanganNya di alam akhirat kelak?

Mohon maaf sekiranya ada yang terasa hati. Cuma ingin meluahkan perasaan. Jikalau dilakukan tanpa anonymity sudah tentu akan dikecam teruk.

– Atheist in the making (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Betullah tu. Allah mana wujud. Contoh Palestine yg kena hentan dgn israel. Lebih 70 tahun dah. Berbilion org islam doa, ada dia (tuhan) tolong? Bila dikecam, org islam ckp dh mmg dibgtau dlm quran ceritanya camtu. Negara islam pun buat bebal taknak tolong. Dlm hidup ni hanya manusia yg boleh tolong manusia.
    FYI.. aku ni islam, tp makin lama makin hilang yakin terhadap islam. Mana tuhan masa mak bapak aku nazak nk mati? Aku ada la menyembah dia bagai nak rak tp mati jg parents aku. Jawapan paling cliche dah ketentuan dia(tuhan). Semua dia tentukan mula dari hidupnya sesuatu makhluk sampai matinya ia. Itu semua dh ditulis mcm cerita.
    Klau mcm tu tk salahlah aku atau sesiapa nk brckp, buat dosa, jennayahkan? Sebab semua itu ditentukan olah dia. Senang ckp aku buat masa ni, aku cuma RASA tuhan wujud. Tp nk mintak apa² sorilah. Mmg tkkn dapat punya lagi² hidayah atau kekayaan. Dlm islam pn ckp usaha dn doa. Tk ckp pn berdoa lah dgn Allah, nescaya dijamin 100% doa kamu dimakbulkan. Kalau ada ayat atau hadis ckp macam tu, tolong nyatakan kt sini.
    Kesimpulannya stakat ni hidup aku OK je.

    • kalau kau nk bersangka buruk ngan Allah dgn menidakkan kewujudan Allah tkde sape rugi pon melainkan kau sorg je. yg nk hadap hukuman akhirat semua tu kau sorg je. org dh nasihat usaha kita cari la redha Allah, tkkan semua benda nk kene bagi hidup kau senang tu bukan nama ujian la tu. kalau parents kau nazak, kau tu carilah pahala utk parents kau bekal utk akhirat. ahhh lemak lah org lain kene ujian lg teruk tp kau nk hidup kau senang dgn pemikiran “asal doa kene makbul terus” mane usaha kau nk cari berkat dan redha Allah? tkyah nak kait dgn Palestine sngat, walaupun Allah tk kabul lg doa org islam ni tp Allah dah janji dan tggu masa je. dasar tk bersyukur betul hidup ok pon nk bersangka buruk lg dgn Allah.

    • Dalam hadis disebut doa dikabulkan selagi tidak berkait dengan dosa, memutuskan hubungan dan tergesa2. Doa akan dikabulkan baik di atas dunia, atau diselamatkan dari mudharat, atau ditangguh di akhirat.

      Jangan kata doa kita, doa nabi pun ada yang tak dikabulkan, doa nabi agar umat islam tidak bermusuh antara satu sama lain.

      Kalau nak kata alam ni terjadi dengan evolusi, itu hanya teori. Kalau betul tunjuk SATU kejadian evolusi depan mata aku. SATU JE. Tunjuk kejadian ikan keluar kaki, beruk jadi orang, dinasor jadi cicak. Yang ada hanya orang jadi beruk je macam kat barat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *