Aku merupakan anak bongsu dari 4 adik beradik semuanya perempuan. Kehilangan seorang susuk tubuh seorang abah sejak berumur 16 tahun.
Kakak no 2 tinggal tidak jauh dari rumah mak, bila akak pergi kerja, anak dia 2 orang akan hantar ke rumah mak. Jadi yang tinggal di rumah mak hanya aku dengan kakak sulung aku.
Manakala kakak aku no 3, stay di ampang saja. Kakak sulung aku, aku gelar kan B.
Si B ni membuat kerja freelance editor kat rumah katanya, aku tak tahu dia edit apa di dalam bilik sebab bilik dia selalu berkunci.
Jadi aku terpaksa berdikari sendiri untuk teruskan kehidupan harian, aku berdikari sehingga ramai kawan aku cakap lelaki tak berani nak dekati aku sebab aku terlalu hype independent woman.
Mak aku ni ada masalah sikap lalang, dengan aku burukkan yang lain. Yang lain dia suka burukkan aku pulak.
Tapi yang selalu diburukkan adalah aku, sebab aku anak bongsu, ada time aku kekurangan duit aku akan pinjam mak tapi tidak selalu sebab kerja aku based pada OT dan commission.
Kemudian, aku kurang masa di rumah sebab kerja aku adalah berdasarkan ot, banyak ot banyak la duit aku akan dapat.
Kemudian, hujung minggu aku akan keluar kalau tidak aku ada saja di rumah. Tapi setiap minggu, aku akan tanya mak aku ‘ahad nak keluar mana mana tak’.
Kalau mak ada plan nak pergi kemana, aku akan bawa kan. Manakal si B dia ada perasaan hasad dengki yang sangat tinggi, dulu bila kami 4 beradik di rumah yang sama.
Dia selalu burukkan kakak no 3 dan aku. Dia lebih kamcheng dengan kakak no 2, jadi apa no2 buat dia hanya akan tutup mata saja.
Apa yang aku dan kakak no 3 buat dia akan selalu jadikan tu satu punca kesalahan, dan akan memulakan buruk pada mak dan mak akan terhasut.
Sebenarnya banyak kejadian yang buat aku kecil hati dengan mak, tapi aku banyak pendam dari meluah cuma kali ni aku dah tak mampu nak tahan dan aku tiada tempat nak meluah selain disini, aku risau makin lama aku meluah aku akan depressed.
Aku bukan tiada kawan, cuma aku tidak gemar untuk bercerita dekat kawan aku tentang buruknya keluarga aku.
Yang buat aku kecil hati, adalah mak aku merupakan balu pencen kerajaan, jadi tiap bulan dia akan dapat gaji on time manakala aku, akan dapat gaji antara 1hb hingga 7hb, depend pada management.
Setiap kali mak aku akan dapat gaji, si B akan jadi auto rajin bawa mak keluar berjalan. Mereka akan keluar berjalan, makan, beli barang dapur.
Jika aku pulang, tiada 1 pun makanan yang mereka akan tapau untuk aku bila balik, dengan alasan aku dah kerja ada duit sendiri. Si B akan meminta mak bayarkan sebab si B tidak bekerja, kalau bekerja pun gajinya tidak tetap.
Jadi bila tengah bulan, gaji mak dah habis, mak akan cakap dengan aku bila dia bosan jadi aku akan bawa dia berjalan-jalan. Beli barang dapur, selalunya bila dah beli barang dapur aku akan beli barang basah sikit dan balik tu akan masak.
Sebelum berjalan-jalan aku akan penuhi apa mak nak makan, dan pastinya pakai duit aku. Itu tidak menjadi masalah, yang menjadi masalah bila mak ada duit mak akan lebur kan pada anak si B jika tiada, mak akan cari aku.
Bila sampai hujung bulan, aku akan tidak cukup duit ada time aku pinjam pada mak.
Tapi mak hanya akan cakap ‘mak duit kau’ mungkin mak lupa yang aku dah habis duit untuknya, kadang aku tertanya allah kata allah akan banyakkan lagi duit jika kita banyak beri pada orang tua tapi bukan pada aku?
Kemudian, bila aku meminjam dari mak. Mak akan heboh ke satu keluarga yang aku pinjam dari dia.
Sampaikan ke menantu pun tahu yang aku pinjam duit dari mak. Seolah menjadi satu dosa besar pada mak kalau aku meminjam.
Pernah satu hari, aku ot. Pulang jam 10, mak telefon aku tanya pulang berapa, aku cakap malam.
Mak cuma cakap ‘balik lah awal belikan makanan kat kedai mak tak masak, mak lapar’, tanpa fikir aku terus cakap ‘mak nak makan apa’ padahal dalam wallet aku hanya ada 100 untuk support belanja aku selama 2 minggu, itu minyak itulah makan aku di office.
Mak cakap mak nak makan ikan siakap 3 rasa, tomyam dan telur bungkus, aku beli maka habislah duit rm60 untuk mak, itu tidak mengapa, tapi bila di tanya ‘kenapa tak suruh si B beli?’
Jawapan mak hanya ‘dia malas’, jadi aku pulang awal dan beli makanan untuk mak. Bila hujung minggu, kalau aku tidak keluar.
Aku akan bawak mak keluar berjalan kalau dia bosan, selalunya aku akan bawa dia beli barang dapur. Kadang kalau aku teringin nak masak apa2, aku akan beli time keluar dengan mak, balik akan masak untuk sekeluarga.
Aku fikirkan tidak menjadi masalah bagi mak aku, rupanya tetap menjadi masalah. Mak pernah mengadu dekat kakak no3 ‘acu tu nak beli makan apa main ambil je’
Allahu terluka sungguh hati aku, kalau aku ambil pun aku akan kongsi dengan keluarga lain termasuk anak buah aku.
Kemudian kakak no3 ada tanya pada mak ‘kalau si B beli apa2, dia ambil untuk diri dia je mak tak bising pun?’ mak hanya diam sahaja.
Kemudian aku ada berniat untuk melanjutkan pelajaran ke degree, aku cakap pada mak aku nak sambung belajar di oum memandangkan oum universiti yang mengfokuskan untuk sesiapa yang ingin buat part time student.
Jadi aku minta mak untuk belanja aku membeli laptop, mak ok pada awalnya. Tapi bila di asah oleh B untuk tidak membelinya, mak terus cancel. Sungguh aku terasa hati, bila aku tanya ‘kenapa tak nak belanja, acu cuma nak sambung belajar je’
Mak aku cuma cakap ‘nanti kau dah dapat laptop, kau taknak sambung belajar atau tak habis’ sungguh ia buat aku terasa dan sedikit demi sedikit aku tutup pintu hati untuk sambung belajar.
Aku nak sambung belajar hanya untuk improve kan diri aku dan ingin buat mak bangga memandangkan aku hampir 30 tapi belum berkahwin,
Jika ada yang tanya boleh mak jawab ‘oh dia masih belajar’ tapi aku silap mak aku tidak bangga dengan itu ia hanya bangga bila aku ada duit. Kami sering cakap dengan mak, patut mak tahu erti bersyukur.
Dapat anak menantu yang rajin melayan kerenah dia, mahu kemana pasti mak. Nak makan apa pasti beli, anak menantu balik makan bersama.
Terdapat parents lain yang dia kena telefon anak tanya keadaan anak cucu. Kami, kami sendiri akan cakap dengan mak.
Jadi bila aku ada masalah, aku akan berjumpa kakak no3. Bermain dengan anak dia, kadang aku meluah pada dia sebab aku tak mampu nak tahan, kakak aku cuma cakap ‘keluar dari rumah tu.
Kerja jauh dari mak, bukan kita nak menderhaka tapi anak banyak dosa dengan ibu ayah ni bila anak tu duduk serumah dengan parents’. Bila aku cari kerja luar dari kawasan rumah mak yang memerlukan sewa, mak tak izinkan pulak.
Aku pun tak tahu nak buat apa lagi, aku penat. Sungguh aku penat, aku sendiri sudah ada anxiety, aku tak disebabkan masalah dengan mak, buat aku ada depression pulak.
Untuk aku melawan anxiety pun sudah sakit, ini kan depression. Betul lah orang kata, tidak semua rumah adalah rumah untuk anak.
Semoga aku dipertemukan seorang bakal suami yang baik boleh menjaga aku kerna aku sungguh penat ingin menjaga diri sendiri. Penat pujuk hati sendiri jika ada masalah.
Doakan aku ya, teruntuk mak, kalau mak baca.
Mak, sungguh anak bongsu mak ni terasa hati. Tapi tak mampu nak meluah, mak berubah la sebelum anak anak mak merajuk dan bawa diri.
Mak, berubahlah, jangan menjadi seorang ibu yang burukkan anak, kita tak ramai mak. Kami sayang mak, tapi mak seperti tak hargai anak bongsu mak.
Maaf ye kalau satu hari nanti, acu terpaksa melawan sekali keluar dari rumah dari terpaksa jadi derhaka dan depress. Acu sayang mak.
Acu hilang seorang abah, bagi acu peluang bahagiakan dengan keupayaan acu ye mak.
– Acu si bongsu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit