Assalamualaikum admin..
Terima kasih sudi membaca confession saya ini dan sejuta terima kasih lagi jika sudi siarkan. Saya tertarik dengan tajuk “Wujud Lagi Wanitakah Begini?” (https://iiumc.com/wujud-lagikah-wanita-begini/) Tulisan Anon yang disiarkan pada 17 September 2018 yang lalu.
Maka saya ingin berkongsi pandangan berkenaan Wujud Lagikah Lelaki Begini?
Ada beberapa kriteria yang setiap wanita di dunia ini perlukan dari seorang lelaki sebagai pasangan hidup.
1) Tidak Meninggalkan Solat.
Ada lelaki hanya solat apabila di hadapan bakal mertua. Well girls, jika you all solat tetapi imam you susah nak solat, rumahtangga you akan berantakan. 5 tahun pertama perkahwinan you rasa bahagia sangat. Masuk tahun ke 6, you dah mula rasa pelik. Lama-lama dengan you juga meninggalkan solat. Anak-anak lagilah.
Lelaki yang meninggalkan solat ni hanya membawa isteri dan anak-anaknya ke neraka.
2) Bertanggungjawab Memberi Nafkah.
Lelaki yang bertanggungjawab tetap akan memberi nafkah ikut kemampuannya walaupun isterinya seorang jutawan. Saya pernah jumpa seorang lelaki yang memberi isterinya nafkah rm 200 sebulan kerana itu yang dia mampu dan diterima dengan penuh syukur oleh isterinya yang berkerjaya tinggi. Isteri akan lebih tunduk dan patuh kepada suami yang bertanggungjawab. Perlu diingatkan bahawa dalam rumahtangga, duit isteri yang digunakan adalah diniatkan sebagai sedekah. Jika isteri tidak redha duitnya digunakan untuk rumahtangga, maka suami menanggung hutang sehingga hari akhirat. Nak wanita yang bergelar isteri redha sangat mudah. Ucapkan terima kasih setiap kali isteri membantu. So girls, jika masa bercinta you all dah start kena tolong bayar duit rokok dia, tolong bayar loan kereta lelaki tu, tolong bank-in duit untuk lelaki tu. Fikirkanlah semula. Lelaki begini sampai lepas kahwin pun akan buat perangai yang sama. Makan duit perempuan.
3) Sabar.
Susah nak jumpa lelaki yang sabar sekarang ni. Sikit-sikit naik tangan. Suami yang curang tetapi isteri yang dipukul atas alasan derhaka. Girls jika belum kahwin dia dah kontrol you, dah pukul you. Angkat kaki berlari seribu langkah. Lelaki kaki pukul tak sesuai sebagai suami. Nabi dah bagitahu, orang perempuan ni ibarat tulang rusuk yang bengkok, dibiarkan perempuan akan kekal bengkok, dikasari perempuan akan patah dan rosak. Maka lelaki yang baik akan mendidik dan menegur dengan baik. Jika you sbg perempuan masih berdegil tak nak bertudung, tak nak solat – asingkan tempat tidur. Nabi pukul isteri pun dengan kain yang lembut di bahagian punggung sambil tersenyum walaupun dalam hati geram. Kesabaran yang tinggi. Itu nak mengajar kerana sayang. You yang degil sangat kan. Kalau dapat lelaki yang sabar dengan perangai you girls – jangan lepaskan.
4) Bukan Kaki Perempuan.
Lelaki yang betul-betul sayangkan you girls dia tak akan sesekali try nak bercinta dengan perempuan lain belakang you. Ada saya jumpa, setiap tahun ada perempuan lain. Bila kantoi minta maaf siap pakej cakap “abang main-main je dgn dia, abang nak Ayang sorang jer.” Ulang-ulang benda yang sama setiap tahun. Dahlah semua benda dalam rumah si isteri yang tanggung. Isteri tak beli apa-apa utk diri sendiri sebab nak cukupkan keperluan rumahtangga. Suami dapat gaji habiskan top up nak mesej perempuan lain, nyorok-nyorok hp dalam lipatan kain pelikat dan belanja perempuan lain makan. Cukup 18 tahun ugut nak ceraikan isteri sebab rasa isteri dah tua dan perasan isteri akan redha suami nak kawen lain. Lelaki yang baik dia akan bimbing isteri dalam beragama dan cukup 18 tahun kahwin akan bawa isteri bersama-sama menunaikan haji. Bukan berkira-kira nak berpoligami.
Jika belum kahwin dengan you girls, lelaki tu dah acah-acah layan perempuan lain dengan alasan “sengaja nak bagi Ayang jeles, abang tahu Ayang sayang sangat kat abang. Abang pun sama.” Maka girls, you all tinggalkan je la lelaki macam ni. Balas balik kata-katanya dengan 2 perkataan – *Sila Meninggal*. You all deserve a better man.
Lelaki sempurna cukup dengan 4 sifat ini sahaja. Masih Adakah Lelaki Begini?
Pakej tambahan yang kebanyakan perempuan suka adalah:
** Lelaki Yang Kelakar.**
Ini tak perlu sebut sebab lelaki yang betul-betul sukakan seseorang wanita tu akan berusaha sedaya upaya untuk buatkan you as his girlfriendsnya, buah hatinya, cinta agungnya sentiasa happy dan ketawa setiap kali berjumpa.
** Dia Sentiasa Contact**
“Morning”
“Dah makan?”
“Busy ke?”
“Drive save”
“Good Night”
Orang lelaki tahu tak? Perempuan yang betul-betul sayangkan you dunia sampai ke syurga, akan melompat dan tersenyum sendiri jika dapat mesej simple macam ni. Ini tanda Lelaki sayang pada perempuan seikhlas-ikhlas hati. Tak perlu lelaki menipu menjanjikan bulan bintang atau intan berlian. Perempuan Yang Memandang Harta sahaja akan layan lelaki berjanji mengarut dengan bulan bintang matahari dan kereta mewah.
Handsome or kacak or very good looking tidak bermakna jika lelaki tidak ada 4 sifat utama dan 2 sifat tambahan yang saya catatkan di atas.
Girls.. jika you all jumpa lelaki dengan sifat-sifat ini, maka jangan lepaskan dia. Berdoa setiap kali lepas solat agar Allah SWT temukan jodoh kalian. Setiap kali teringkatkan dia, baca al Fatihah kerana surah al Fatihah akan mengikat dua hati yang berjauhan.
Soalan awal saya, masih adakah lelaki begini?
Jawapannya ~ Ada.
Saya sudah berjumpa dengan seorang lelaki yang mempunyai kesemua ciri di atas. Dia tidak kaya, juga tidak mempunyai rupa yang kacak. Tetapi dia sangat sempurna di mata saya. Setiap kali saya bertemunya, seolah-olah Allah telah hantarkan jawapan bagi persoalan pasangan hidup saya. Saya masih melakukan solat istikharah. Jika dia jawapannya, saya akan meminta wakil saya untuk bertemunya dan meminang saya. Lupakan tentang perigi mencari timba kerana setiap wanita berhak mendapat jodoh terbaik. Doakan dia jodoh saya kerana saya sangat berharap dapat bersamanya suatu hari nanti sampai ke syurga. Aaminn…
Sekian catatan saya, semoga ianya menjadi ilmu yang bermanfaat buat semua wanita dan lelaki yang masih mencari pasangan. Yakinkanlah jika kita baik, Allah akan temukan jodoh yang baik untuk kita walaupun mengambil masa yang lama, pasti akan bertemu jua.
– Kayra
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit