Assalamualaikum.. saya Mawar Hitam.
Persoalan yang selalu bermain di kepala saya adalah seperti yang ada di tajuk.
Wujudkah lagi lelaki yang tidak pilih rupa?
Apa beza, antara perempuan dan lelaki dalam pemilihan pasangan?
Menurut saya, kebanyakkan perempuan kurang memilih rupa.
Dan kebanyakkan lelaki… banyak yang memilih rupa.
Perempuan mungkin lebih mengutamakan akhlak dan mungkin personaliti atau mungkin berilmu.
Ataupun mungkin pilih duit.
Tak kisah la rupa tak kacak.
Kalau dah lelaki berduit, yang suka kau.. takkan nak tolak.
Cuma persoalan saya lebih kepada lelaki sekarang ada lagi ka yang tak pilih rupa.
Di sekeliling saya sekarang ni.. kebanyakkan lelaki lebih sukakan perempuan cantik.
Tak kisah lah perempuan tu tak jaga aurat ka, tak pandai ka, tak mengaji tinggi.
Asalkan dia seorang yang cantik.
Kalau akhlak tak cantik.. Boleh bimbing bagi jadi cantik.
Kalau tak pandai.. boleh ajar jadi pandai.
Tapi kalau perempuan tak cantik.. muka tak cantik, macam mana nak ubah bagi jadi cantik?
Takkan nak ubah dengan buat pembedahan plastik?
Kalau ketika belajar ni .kawan2 yang dah ada pasangan ni.. kebanyakkan semua yang cantik.
Yang single.. yang saki baki ni.. yang tak cantik la..
Kat sini ada dua jenis single yang saya perhatikan :
1. Single yang memang cantik.. yang memang ramai orang sukakan dia. Dia kena memilih dngan bijak. Hanya tunggu memilih saja.
2. Single disebabkan memang dia tak cantik. Tak dak sapa peminat dia…
Dia minat orang, orang tak minat dia. Orang yang dia minat, minat orang cantik. Yang dia tak minat pon minat orang cantik.. Semua orang laki minat orang cantik.
Untung jadi orang cantik. Duduk diam2 pon ada orang minat.
Orang yang tak cantik ni, takkan nak jadi ramah, takkan nak kena bersosial.. nak kena kenal ramai lelaki. Untuk usaha cari jodoh baru nak ada orang suka?
Kadang saya fikir, untung jadi orang cantik.
Kalau terlanjur pon, ada orang nak.
Kalau jadi janda pon.. ramai lagi je laki yang tak kisah yang beratur nakkan orang2 cantik ni jadi isteri.. sebab jatuh cinta dengan kecantikkan.
Kadang ada juga orang yang tak cantik yang orang suka..
Tapi mungkin orang yang tak cantik tu ada badan lawa.. Badan cun… mestila ada orang laki yang suka.
Kadang2 rasa cemburu dengan orang cantik ni.
Orang cantik selalu jadi pilihan orang2 soleh untuk dijadikan Isteri.
Adakah orang2 laki soleh yang jatuh hati dengan muka tak cantik?
Selalu kalau tengok muka Isteri2 golongan Ustaz2 ni… semuanya jenis muka cantik2, cun2.
Untung sangat depa ni.
Perempuan2 sekarang pon, banyak yang cuba pakai macam2 produk kecantikkan.
Nak bagi putih, nak bagi kurus, nak cantikkan aset..
Menunjukkan betapa sekarang ni. Kecantikkan adalah sesuatu yang utama untuk buatkan orang jatuh cinta..
Perangai tak elok tak pa.. Sebab perangai boleh diubah.. Lelaki soleh boleh bimbing. Boleh sabar.
Kalau ada lelaki yang tanya. Ada ka lagi perempuan yang pilih rupa zaman sekarang?
Mungkin ada.. Tapi tidak ramai..
Perempuan lebih pilih lelaki yang berakhlak baik(adab) Soleh, berilmu,Rajin, pembersih, tak baran, tak menggatal, tak psiko.
Dalam erti kata lain.. yang personalitinya boleh diterima dan sefahaman.
Tapi yang takutnya bila dah personaliti dah seperti yang diinginkan. Tapi lelaki pulak pilih rupa.. Memang tak tahu dah nak kata apa..
Dah kalau suka perempuan yang cantik….
Orang yang rupa tak cantik ni.. Putus asa ja la.
Tambah pulak orang yang tak cantik ni, jenis pendiam. Simpan perasaan sorang, tak happy go lucky.. Personaliti tak menarik.
Memang tak dipandang langsung la.
Sekian setakat ini saja luahan saya.
Mohon nasihat dan kata2 yang boleh berikan kesedaran kepada saya sekiranya pemikiran saya ada kecacatan.
Minta maaf untuk tulisan yang berterabur.
Menunjukkan betapa beteraburnya saya ketika ini.
– Mawar Hitam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit