Wujudnya Pelangi Selepas Hujan

Salam sejahtera semua. Hari ni aku nak berkongsi cerita pasal hidup aku. Semoga kalian tak jemu membaca curahan hati aku ini.

Tujuan aku bercerita adalah supaya korang yang sedang menghadapi ujian yang Allah bagi, tak give up dan terus cekal dalam mengharungi dugaan.

Serba sedikit tentang aku. Aku anak bongsu perempuan dan ada tiga orang abang. Ibu ayah aku bekerja sebagai seorang eksekutif kewangan bagi sebuah syarikat. Dari segi kewangan, aku memang tak ada masalah.

Alhamdulillah mak ayah cukupkan serba serbi untuk aku dan abang-abang.

Tetapi, aku dibesarkan dengan abang-abang yang bermasalah. Abang sulungku terlibat dengan kongsi gelap. Abang ngahku menghadapi tekanan mental. Abang chik pulak ketagih bahan telarang. Aku? Alhamdulillah normal. Tak terpengaruh dengan dark side family aku.

Aku cerita pasal abang sulung dulu ya. Masa aku kecik dulu, berapa banyak gengster datang rumah bawak parang cari abang. Nasib baik aku tak dicederakan. Yang rambut kuning hijau semua ada. Bertatu penuh lengan.

Datang rumah ketuk pintu macam nak roboh tengah malam. Mak ayah bukak pintu sikit lagi nak dilibas parang. Bila bincang elok2. Ayah la bayar ganti rugi yang diorang nak. Hulur 10k 20k macam hulur sekupang dua.

Mulanya kami ingatkan abang tu konco bawahan ja. Rupanya abang long ‘ketua kawasan’ area tempat tinggal kami. Menangis mak bila tahu.

Apa saja dia tak buat? Merompak? Bergaduh? Hampir bunuh orang? Semua lah. Penjara tu macam hotel la bagi dia. Kecik2 aku dah pegi penjara melawat abang.

Bagusnya mak ayah aku ni diorang tak pernah putus asa dengan anak diorang. Masuk penjara pun mak ayah selamba saja pegi melawat mcm asrama.

Aduh. Penjara Pokok Sena tu sampai guard pun dah kenal kami. 4 tahun. Lepas tu masuk balik 3 tahun. Mahkamah pun aku jejak sebab dengar perbicaraan abang. Masa ni aku dah besar sikit. Aih sabar jelaaa.

Abang ngah pulak sebab dia terlalu rapat dengan abang long, bila jadi mcm ni, dia yang paling terkesan. Mak ayah pulak sibuk bekerja. Malam baru nampak muka kadang tu. Ayah mak sambung belajar la apa la. Sangat bizi kehidupan diorang.

Jadi abang aku yang kedua ni selalu rasa sunyi dan akhirnya mula cakap sendirian. Mula-mula kami ingat dia kena sampuk dek hantu.

Hahahaha. Ni lawak. Bawak jumpa bomoh sekali rotan dia libas abang ngah konon suruh hantu keluar. Berbirat badan kawan oi. Bila gi hospital rupanya abang skizo.

So dia kena bergantung makan ubat seumur hidup. Abang ngah pernah hempok jam aku sampai berterabur spring sebab aku tak nak mandi dan dia tengah stress.

Masa ni aku darjah 4. Sampai sekarang aku ingat. 4 tahun jugak kami struggle dengan penyakit dia sebab dia tak nak disiplin makan ubat.

Selepas 4 tahun, alhamdulillah ada kesedaran untuk kekal dengan ubat. Sekarang abang ngah dah bahagia dengan isteri dan anak-anak.

So jangan ingat pesakit mental tak boleh ada life ya. You all just have to accept yang you all sakit dan kekal dengan ubat dan saranan doktor.

Dan terakhir abang chik aku. Mungkin sebab rasa diri dia terabai, abang chik mula bergaul dengan orang-orang tak baik.

Dalam kalangan kami, abang chik yang paling bijak sebenarnya. Result UPSR PMR dia mmg power. SPM dah down sebab dia dah terbabit dengan dadah.

Apa yang aku tak pernah jumpa dalam bilik dia? Aku selalu masuk bilik dia cari komik-komik aku yang dia cilok. Macam-macam la aku jumpa. Paip la. Pil la.

Polis pernah datang geledah rumah yer sebab bahan terlarang. End up masuk penjara jugak. Nasib baik polis jumpa tak banyak.

Kang tak memasal kena tali gantung. So reunion la abang chik dengan abang long kat penjara. Aku pernah saja nampak abang chik terajang ayah masa dia tengah lalok. Panggil mak anak haram la. Macam-macam hal. Mak ayah dah macam-macam cara berubat.

Tapi bila abang chik nak berubah, kawan-kawan lama datang cari balik. Susah nak berubah selagi stay dalam surrounding yang sama. To drug addict out there, korang nak berubah sila tinggalkan tempat korang sekarang dan cari life baru di tempat lain.

So apa kesudahan abang long dan abang chik? Umur diorang tak panjang. Abang long meninggal kemalangan dan abang chik meninggal sebab kegagalan organ. Maybe sebab dia ambil bahan terlarang for so long, jadi organ dia dah start disfunction.

Tapi apapun aku tak ralat sebab abang-abang aku ni sebelum diorang meninggal diorang sempat berubah dan bertaubat. Abang chik dah mula jadi tok siak surau hospital sebab dia stay hospital tu lama. Dah mula ketuai bacaan yassin. Nurse2 pun sayang.

Masa dia meninggal nurse semua datang ziarah dan menangis. Aku saja yang rileks tengok jenazah abang. Sebab benda ni aku dah ready for so long. Abang long pulak sebelum meninggal dia sempat cari keje di KL selama dua bulan. Dah nampak perubahan.

Dia mintak mak tolong dia buang tatu. Ajar solat semula. Jenazah dia pun tak de calar apa masa kami mandikan. Sedih sebab abang baru nak mula hidup baru. Tapi Allah lebih sayang dia. Mungkin Allah tak nak dia kembali ke jalan lama jadi cepat2 Allah ambil dia.

Abang ngah pulak aku cakap tadi dah kahwin. Anak 3. Isteri dia tau sejarah sakit skizo abang dan terima seadanya. Mak terpaksa terus terang sebab abang ngah tak boleh stress terlampau.

Mak minta kak ngah faham dan jika rasa tak boleh terima baik tinggalkan sebelum jadi suami isteri. Alhamdulillah kak ngah okay dan dia yang jaga ubat-ubat abang sekarang.

Aku? Walaupun aku dibesarkan dalam suasana yang penuh stress mcm tu. Syukur aku masih cemerlang dalam pelajaran. Tingkatan 1 mak ayah terus hantar aku ke asrama sekolah sains sebab mak ayah nak bergelut dengan abang-abang di rumah.

Tapi walaupun aku di asrama mak ayah tak pernah lupa jenguk aku tiap dua minggu. Walaupun aku dah biasa dengan penjara, dadah, mental health issue, sikit pun aku tak terkesan.

Mungkin sebab mak ayah aku yang sangat supportive cumanya mereka ni kurang ada masa untuk guide kami. Tapi tulah, kita takkan dapat semuanya. Mak ayah sibuk kerja keras untuk siapa kalau bukan kami?

Alhamdulillah aku sangat bahagia dengan kehidupan sekarang. Dikurniakan suami yang baik dan anak-anak yang comel.

Walaupun usia aku dah hampir menginjak 40an, tapi aku masih ada rezeki bersama dengan mak ayah. Kerja aku pun nak kata kaya tu tidak tapi cukup semuanya.

Mentua aku pun baik. Ipar duai pun bagus-bagus. Kawan sekerja pun seronok. Entahla kadang-kadang aku fikir ni semua hikmah daripada aku bersabar dari kecil. Sampai aku pulak rasa takut Allah rentap semula kebahagiaan yang aku rasakan sekarang.

Dah biasa hidup bergelumang masalah, bila Allah bagi bahagia jadi risau kehilangan. Apa yang bakal terjadi kita belum pasti. Yang aku tau aku nak nikmati hidup aku sekarang dan masa depan biar Allah tentukan.

Tu ja cerita aku. Terima kasih kerana sudi membaca.

– Miss C (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *