Assalamualaikum… Tajuk ni adalah umum tidak merujuk mana-mana individu tapi ditulis dari pengalaman sendiri dan pengalaman mereka yang berkongsi kisah di sebalik topeng agama.
Topeng agama yang bagaimana? Topeng yang dari luaran kelihatan berpewatakan cintakan agama seperti pakaian labuh, kopiah atau kata-kata yang menggambarkan seperti pejuang Islam tapi…
Tapi jika dapat dibuka topeng itu akan sangat terkejut dengan perangai yang sangat tak disangka, kita gelarkan Si X.
Baiklah, Si X ni saya merujuk kepada kepala masuk air, ada perangai keji, dosa besar senang cakap gila sxxx. Ni tentang apa yang saya pernah alami, kisah sebelum berkahwin pernah cuba mencari jodoh secara maya…
Sebagai seorang yang hati ini cenderung kepada addin maka radar perasaan itu tertarik kepada insan yang ada identiti agama.
Maka ditakdirkan dapat bermesej dengan mamat ni, awalnya banyak bicara tentang agama, persoalan jihad dan persoalan hukum… bercampur niat jika sesuai nak jadikan calon suami…
Namun, selepas rasa selesa dan rindu dengan hubungan berkongsi pandangan tentang dunia Islam dia mula membuka sisi iblisnya dengan membicarakan soal sxxx.
Sedikit buntu dan terkejut. Dia bertanyakan keadaan alat sulit, cara merangsang dan kisah malam pertama nanti… Rasa terjerat. Ada bendera merah untuk diturunkan…
Berderau dan fikir betul-betul ini bukan lelaki soleh. Masih tidak sangat mengenali maka berdiam diri tidak meneruskan berhubung kerana bunga-bunga maksiat sedang ditabur.
Saya tak pernah ‘couple’, tengok orang ada pasangan kekasih tidaklah rasa cemburu tetapi bila mereka yang bertahun bercinta kemudian berkahwin dan kongsikan kebahagiaan memang rasa cemburu juga…
Boleh mereka setia tak terjebak. Bimbang sangat tengok muda mudi bercouple takut terjebak bermula dengan berduaan…
Akhirnya saya mendapat jodoh melalui orang tengah selepas beberapa kali cuba merisik lelaki tetapi hampas.
Maka saya dipinang tidaklah meminang. Tidak mengenali pasangan tetapi mencuba nasib kerana umur dah banyak, keinginan kepada sxxx pun kuat maka mahukan yang halal.
Niat besar, untuk sempurnakan agama. Ingin berkeluarga dan bina hidup baru… Disangka panas hingga ke petang rupanya ribut petir datang bertandang..
Wataknya macam warak. Mula kahwin suruh saya pakai tudung labuh, singkat sikit tak tutup punggung marah. Nak tengok tv atau handphone marah.
Waktu mula kahwin dia berjubah tak ada telefon pintar akaun media sosial semua… Hahaha, rupanya sebelum ni hantu.
Kecewa tak akhirnya dapat dibongkar dia dah berzina banyak kali dengan banyak perempuan. Patutlah tak teruja je di malam pertama. Orang kata tak baik cari aib dia, korek kisah dosa lama…
Tapi naluri isteri ni mesti nak korek juga. Ada cara bukan marah-marah lembut je agar dia cerita semua… Dia pun percaya dan ceritalah kisah hitam dia.
Yang sukar nak terima tu kenapa bila dah insaf dengan perkara tu berlagak macam tak pernah buat dosa. Orang ni salah, imam ni salah, mufti ni salah, artis ni salah, yb tu tak betul… Sombong tak sedar diri.
Tapi, watak dia lembut baik, orang mesti tak sangka. Hati saya berkecamuk dan rasa nak luah pada kakaknya sebab geram, terutama bila dia buat perangai yang sakitkan hati…
Yang sebenarnya keluarganya tahu sebab pernah terdengar mereka bercerita tentang perangai liar dia dulu secara tak sedar.
Perasaan sedih tu sampai memikirkan dia ni ada ke anak dengan Si X dulu… Dia ni ada rakam Si X dan dikongsi ke… Takut orang tahu, ni laki aku.
Banyak menangis sebab sebenarnya dia tak cukup kuat berubah. Beberapa kali juga dapat kesan dia bermesej tidak bermoral dengan perempuan lain.
Video luc4h juga sangat banyak dalam phonenya, temberang alimnya tersingkap bila saya jumpa phone lamanya.
Ya Allah ampuni dia, kasihaniah dia yang terjebak dengan kejahatan begitu.
Ada terdengar ceramah ustaz yang kata tiap orang ada kelemahannya berbuat dosa mazmumah ni namun dia ada kebaikan yang lain… Pasangan ni sepatutnya melengkapi dan menyempurnakan hidupnya lupa kisah silam…
Taubat selalu betulkan diri sabar sabar sabar. Saya tak kuat. Lama saya bertahan perangai pelik dia tu sehingga ada anak.
Akhirnya saya muhasabah untuk mencari redha suami atau redha Allah… Saya tak mampu taat dan membahagiakannya kerana dia tetap mahu curang… Mahu kahwin lain.
Kami berpisah cara baik. Dia baik tapi kurang jaga bab solat, namun pernah johan tilawah dan hafazan masa sekolah. Dia juga kata sayalah wanita paling sabar, sangat sabar bertahan dan kami tak pandai bergaduh.
Dia ada minta rujuk selepas sakit menanggung rindu namun saya dah penat menanggung beratnya gangguan perasaan mengenangkan suami bekas Si X.
Sekarang, yang merisaukan saya… Masa depan anak. Takut sangat anak menuruti jejak bapanya. Nauzubillah. Bertuahlah anak-anak yang lahir dari ibu bapa yang baik…
Saya juga bukanlah baik mana kerana lelaki yang berzina tidaklah berkahwin melainkan dengan… Huhuhu, sedihnya.
Yang kadangkala mencemaskan diri bila bekas suami nak bawa anak bermalam di rumahnya. Rumah bujang… Rasa tak sedap hati… Anak perempuan…
Lagipun dulu phonenya banyak sangat video atau aplikasi tak senonoh. Bimbang masih ada dan anak-anak tertengok sebab budak-budak ni memang suka nak phone…
Bab budak-budak sekarang ni tak sah tak ada gajet ni pun fenomena yang menakutkan jika terlayar benda tak sepatutnya atau mereka mula nak tahu hal Si X. Tak mampu nak kawal melainkan doa pelindung…
Namun diri yang tak sempurna ilmu amal ni kadangkala rasa tidak kebal dengan doa… takut…
Takut… Kes luar nikah ni banyak sangat.. kes roxxl atau gangguan seksual pun banyak sangat yang dilaporkan… Kasihan mereka… Akhir zaman pasti lebih rumit ujiannya…
Jadi, bab anak ikut ayah tu… Bagaimana saya nak positifkan diri bersangka baik… Takut bersangka buruk juga bagaikan doa dan dosa…
Semoga ada benteng dan kawalan dari semua pihak agar perkara Si X ni dapat dibendung terutama kepada golongan bertopengkan agama agar umat Islam tidak dipandang hina…
Andai aib saya dibuka juga rasanya tiada siapa mahu mendekati… Baiknya Tuhan.
Terima kasih admin sudi siarkan cacar marba luahan yang membenak ni. Semoga ada komen yang dapat meleraikan isu sebegini… Wallahualam.
– Fyienz (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit