Ya Allah.. Izinkanlah Rahimku Dihuni Zuriat

Assalamualaikum semua, semoga Allah swt rahmati hidup kalian.

Seperti ditulis pada tajuk, saya seorang wanita dalam proses TTC (trying to conceive), berumur 30 tahun, sudah berkahwin 1 tahun lebih, dan ya sangat inginkan zuriat.

Saya sedar, ramai lagi ibu-ibu TTC yang jauh lebih lama dari saya telah menunggu dan berusaha. Ada yang 5, 7, 10, 15 tahun.

Tujuan saya menulis ni hanyalah ingin melepaskan sedih di jiwa, memandangkan di sini tiada siapa kenal siapa saya.

Jadi saya harap berilah komen-komen yang membina buat saya dan yang penting doakanlah saya dikurniakan zuriat soleh penyejuk mata pada tahun ini ya.

Kesedihan saya ini kerana period yang telah lewat seminggu lebih,

Dan saya terasa-rasa bagai ada sesuatu yang berlainan seperti mood swing, cravings, breast tenderness, headache tetapi saya pujuk hati tidak perlu check pregnancy test lagi kerana masih baru n nervous.

Tup tap pagi ni bangun subuh dah keluar Aunt Flow (period).

Maka berkecai lah harapan nak tengok double line di pregnancy test tu. Teringin sangat nak rasa lagi perasaan tu.

Oh ya, buat pengetahuan kalian, beberapa bulan lepas kahwin, saya pernah pregnant tapi keguguran pada usia 9minggu. Jadi saya sudah rasa perasaan di awal kehamilan tu.

Tu yang buat saya lagi tak sabar nak ada baby.

Walaupun saya tahu, Allah akan beri rezeki tepat pada waktunya, tak cepat tak lambat, tapi sebagai manusia kadang-kadang rasa kurang sabar tu mesti ada.

Antara usaha saya ke arah kehamilan adalah mengurangkan berat badan now masih overweight tapi nak ke arah normal bmi.

Saya telah jaga makan (kurang ambil fast food, processed food, gula dan benda2 manis), minum air 3 liter sehari, exercise at least 3 times a week, opk strips, check suhu lepas bangun tidur, minum air buah zuriat, dan lain-lain.

Suami pulak bukan perokok dan bmi memang normal dan sihat, dia main bola setiap petang di padang dekat dengan rumah. Cuma belum jumpa doktor je.

InshaAllah kalau ada rezeki lebih nak pergi check suami isteri by tahun ni juga. Boleh ke ibu-ibu ttc cadangkan apa procedures rawatan?

Kerajaan ada ke? Dimana saya nak cari info tentang ni ye? Kerana kami ni rakyat marhaen kerja biasa-biasa je.

Dengan berita kehamilan rakan-rakan rapat, keluarga, sepupu-sepupu yang kahwin lagi lambat dari saya yang dah pun lahirkan baby baru-baru ni,

Belum masuk artis-artis dalam dan luar negara (isteri irwansyah hamil lepas 10 tahun menunggu alhamdulillah).

Buat saya rasa, tak sabarnya nak rasa perasaan mengandung tu.

Suami seorang yang sangat supportive, dia selalu nasihatkan sabar dan teruskan berdoa mintak Allah izinkan. Kita dah usaha, kita berdoa, dan selebihnya kita letak tawakal pada Allah.

Keizinan Allah tu yang kita perlu minta. Tanpa izin Allah, makanan dalam mulut pun boleh keluar balik sebab belum sampai rezekinya lagi, inikan pula soal zuriat.

Saya faham semua tu, saya pun bukanlah seorang yang selfish, saya tumpang gembira mendapat perkhabaran baik bila tahu ada orang pregnant. Cuma dalam hati terdetik, ya Allah, bila lah giliran saya?

Okaylah, dah panjang melalut dah ni, rasa lega sikit dah lepas menulis. Dari pagi tadi saya sedih, lepas suami bertolak ke tempat kerja, semasa saya bersiap untuk bekerja, non stop nangis mengenangkan hal ni.

Hancur harapan mengenangkan simptom period yang lebih kurang dengan pregnancy symptoms, ingatkan dah lekat di dinding rahim, rupanya tanda-tanda nak period.

Takpelah, saya redho sekarang. Belum masanya la tu. Mungkin saya sedih extra sebab macam dah menaruh harapan, dengan keadaan hormon tak stabil period ni, tu sedih sangat tu. Now I feel better.

Kepada ibu-ibu ttc di luar sana, kita usaha lagi ya? Jangan mengalah. Kita akan dapat zuriat satu hari nanti, yakin! InshaAllah..

Kalau ada any tips TTC yang best, share la di bahagian komen, terima kasih, assalamualaikum…

– Soon to be mommy InshaAllah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *