Ya Allah, Tolong Bersihkan Hati Aku

Assalamualaikum admin, pembaca semua. Semoga kita dilindungi oleh Yang Maha Esa. Ini kali pertama aku menulis coretan disini untuk menceritakan tentang kehidupan aku sebagai seorang Hamba Allah. Sebelum itu, jika admin tidak publish story ini, tak mengapalah at least aku ada tempat meluah. Dan sekiranya dipublishkan, aku harap ianya dapat menjadi pedoman sekalian. Bismillah, aku Mateen. Aku seorang cikgu Mathematic, berumur awal 30 an, dan bekerja di utara malaysia. Fullstop intro. Ok kembali kepada cerita aku.

Aku bekerja di utara sudah 2tahun. Perkara ini terjadi pada tahun lepas dan juga tahun ini sehingga neninggalkan bekas yg membuatkan aku frust sehingga hampir depression tahap sederhana. Perkara apa tu? Kejap lagi korang paham. Aku bertemu dengan Nabila selepas setahun aku bekerja sebagai seorang guru di utara tanah air. Nabila merupakan seorang cikgu ganti yg juga mengajar Sains dek kerana cikgu asal sedang mengerjakan haji. Jadi, Nabila mengambil alih sebagai cikgu sementara dan mengajar students form2 dan 3.

Personaliti Nabila ini yg happy go lucky, peramah dan hormat cikgu-cikgu senior termasuk aku walaupun aku tak berapa senior, hehe. First aku dapat tahu yang Nabila menggantikan cikgu Shah ni daripada beberapa gang students aku. Kata mereka ada “cikgu cantik” ganti cikgu shah. Aku pun iyakan saja. Tepat loceng rehat pertama, aku turun ke kantin untuk mengisi perut yg dari tadi berbunyi. Aku menuruni tangga, dan aku berselisih dengan Nabila. Dia ketika itu menggendong buku dan menaiki tangga ke bilik guru rasanya. Ke mana lagi dia nk pergi ye tak? Haha.

Sewaktu aku selisih tu, wajah dia Subhanallah. Cantik, lembut wajahnya. Chubby dan memakai jubah warna hitam dan bertudung selendang. Sungguh wangi. Dia hanya menundukkan kepalanya sahaja malu mungkin. Lepas aku turun tu, aku perhati balik ke arah dia nk tengok wajahnya dgn lebih jelas. Tapi tak dapat sebab dia tunduk dan berlalu dengan sangat cepat. Dalam hati aku kata “tak mengapalah, lain kali saja. Bukan sehari dua dia disini”. Selepas itu, hampir setiap hari aku selalu menanti kedatangan Nabila. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku jadi angau macam ni sedangkan aku seorang yg pemalu. Tapi benarlah, langit tak selalunya cerah. Masa hari sukan, aku ada la cuba nk bercakap dgn Nabila ni, ya aku taknafikan yg dia pemalu, tapi bila dah betul2 kenal, memang happy go lucky. Peramah, bercakap dgn aku mcm dah kenal lama haha. Kami bertukar no telefon. Malam tu, aku mesej dia.

Dan dia online. Tapi greytick sahaja mesej aku sehingga esoknya. Esoknya dia seen sahaja tak dibalasnya. Okay tak mengapa. Esok seperti biasa. Kami borak bila tak ada kelas memandangkan kami satu bilik guru. Aku ada la juga tanya dia dah ada ke belum. Then dia senyap. Tapi still layan aku mcm biasa. Aku kalau boleh nak jugakla bercinta kan haha memandangkan aku ni dah 30an. Haprak pon takde. huhu. Pastu setiap hari aku berbalas mesej dengan dia sehingga aku mcm terJATUH CINTA PANDANG PERTAMA. Ye dok? Haha. Tula realitinya. Dia ajak keluar nk releasetension. Aku tanya la, “dah kenape? Ade masalah ke?” Dia diam. Aku husnuzon maybe masalah kerja. Sedar tak sedar dah tiga bulan dia jadi cikgu ganti kt sini.

Aku pon dalam sedar tak sedar dah ada penghuni hati iaitu Nabila. Adala jugak nk luah kt dia tapi dia mcm nk cari jalan supaya aku tak ke topik tu. Aku tak tahu kenapa. Esoknya dia dah last dh kat sekolah aku ni. Aku pon sedih la kan makwe nk blah hahaha. Gurau gurau. Dia ade cakap kalau kalau ada apa apa chat je. okay aku jawab. Tapi aku busy jugakla sbb nk mark paper bebudak ni baru habis exam kan so tak de masa la nk pegang telefon. Tapi jujur aku cakap. Aku rindu. Tapi tu lah kan, Allah uji hamba dia sebab dia sayang. Termasuk aku :’) Aku ada gurah dgn dia”nak msuk minang boleh?” then dia jawab “sure. Bila?” Aku terkejut.

Eh biar betul? Seriusly? Aku serius talk dengan dia, “betul ke nk Mateen ni?”. Then dia jawab “Im super serious”. Aku mcm nk robohkan rumah aku seronok punya pasal. Cinta pertama bgi greenlight sapa tak seronok kan. Aku ada juga cakap, oh ya, Nabila ni selepas dia jadi cikgu ganti ni, dia menganggur. So dia dok rumah je. Selepas dua tiga bulan tu aku muktamadkan keputusan aku. Bodohnya aku sebab langsung tak ingat Allah masa ni. sebab apa? Aku tak solat. Al quran aku tinggalkan. Nak jodoh yg terbaik tapi aku tak usahakan nk cari putunjuk. Lupa Allah. Lupa akhirat.

Aku lupa yang jodoh tu Allah kurniakan. Aku leka. Sibuk bercinta, chat sana, vc dengan dia, otp etc sampai kerja aku tergendala. Nak jaga hati Nabila punya pasal. Yelah kang nanti dia cakap aku abaikan dia la apa la. Aku abaikan Allah tak ambik kisah pula. Bodohkan aku. Aku keluar dengan dia malam- malam. Time kerja aku main telefon. Time perhimpunan pon aku dengan telefon je sampai cikgu lain tegur aku yg pengetua nk aku berucap, ye lah aku kan guru bertugas minggu lepas ofcourse ada report. Aku terkejut sebab aku tak prepair langsung pasal report tu. Sibuk dengan Nabila. Makan pon tak nak sbb takut Nabila tertunggu tunggu. Bodoh.

Aku cakap dekat Nabila, yg esoknya aku nk jumpa parents dia. Tiba2 entah ribut apa merasuk Nabila ni dia kata esok dia nk pegi rumah kawan dia dekat shah alam. Aku pon ohh okayy. Minggu seterusnya dan seterusnya tiap kali aku bukak topik pasal kawen je, dia seperti elakkan diri. Aku bodoh sebab tak suspect apa2. aku buat dunno je. Sampai la saat, aku ditukarkan ke KL aku menetap disitu. Aku lost contact dengan Nabila. Dia block aku, massege, whatsapp, fb etc. Aku dahla baru tukar je ke sekolah baru ni, Nabila pulak buat hal. Memang tergendala lah semua kerja aku. Barang2 tak kemas lagi. Time ada kelas, aku termenung. Aku pernah cuba cari Nabila ni, yela sayang punya pasal. Tapi Allah aku tak cari pon, bodohkan.

Aku pegi rumah dia sanggup drive jauh2 ke utara semata mata nk jumpa nabila. Sampai je aku kt rumah dia, aku tengok penghuni rumah tu bukan nya nabila. Tapi org lain. Kawan dia. Hannan. Aku tekan loceng rumah, Hannan keluar. Aku dengan kusut masai kerja aku tinggal sebab benda bodoh ni je. Hannan kata Nabila dah tak duduk disini lagi dan dia tak tahu Nabila dok kat mana sekarang. Aku gamam. Ah sudah. Aku drive aku termenung kt tasik tepi lebuhraya, aku tanya apa salah aku. Apa salah aku. Salahkah aku nk cari kehidupan aku sendiri? Kenapa? Aku luahkan kepada diri aku sendiri tapi aku tak luahkan pada yg Esa. Aku ambil cuti. Aku tak tentu hala.

Aku macam mayat hidup. Kurus kering rambut panjang. Pinggan mangkuk tak basuh. Baju tak basuh. Rumah aku mcm reban ayam. Aku bodoh. Masih pikirkan dia tapi tak pikirkan Allah. Aku depression tahap awal dan seterusnya sederhana. Hampir bunuh diri dengan menelan clorox tapi tak jadi sbb mungkin Allah nak bagi aku hidup lagi. Hannan, kawan nabila datang rumah aku sbb nk bagi tau notice awal kerja aku tuh. Dia dapat kat mana aku tak tahu. Ada hikmahnya dia datang rumah aku.

Dia tekan loceng aku masih terpaku memerhati clorox. Dan Hannan ketuk pintu tapi pintu tak kunci. Then dia bukak nampak aku yg perlahan lahan ambil clorox nk minum. Hannan cepat2 tempis tangan aku tu then dia seret aku ke depan pintu. Aku masa tu tak berbaju sah2 nampak tulang rangka. (Semua ni Hannan yg cerita, aku sumpah tak sedar apa yg aku buat) Allah masih sayang aku. Hannan bawak aku pergi hospital familiar di utara sbb dia cakap aku muntah air teruk. So, dia quickly bwak aku pergi hospital. Badan aku comot, jambang serabut, seluar boleh dikatakan seperti nak reput. Mujur Allah hantar Hannan untuk selamatkan aku. Oh Allah. :’)

Aku kena follow up pakar dan Hannan yg teman aku. Dia kan buat bisnes online ke jadi senanglah dia nak kemana. Tak terikat dengan komitmen. Aku? Aku terpaksa lajak MC aku walaupun aku dah kena kaunseling pas disiplin dah. Aku beruntung sebab nasib baik aku tak kena depression tahap akhir. Memang kemurungan aku. Halusinasi entah papa. Kadang aku dengar suara suruh kelar diri aku sendiri. Macam2. Tapi tulah. Allah gave me the second chance tapi aku bodoh, masih tak perasan, masih dengan dunia aku sendiri. Tiap2 bulan kena follow up pakar, Hannan banyak bgi kata2 semangat kt aku. Tapi aku masih lagi dengan khayalan Nabila. Bodoh.

Selepas beberapa bulan aku follow up pakar, aku ada perkembangan. Makan aku dah ok. Keadaan aku terurus. Hannan rajin bawak bekal bagi kat aku. Kerja aku pon alhamdulillah dah ok. Tapi aku masih lagi kena follow up pakar dan ambil ubat. Berwaspada dengan depression. Sekarang ni, aku masih stay dekat KL. Semua yg terjadi ni, Allah nk tegur aku. Aku leka dengan dunia. Bukan saja2 Allah nk turunkan ujian. Awal2 tu mmg aku bersangka buruk dengan Allah (berdosanya aku), aku cakap sambil hempok kepa aku sendiri, aku tengking Allah.

Tapi aku tak sedar yg perancangan Allah mmg sebaik-baik perancang. Aku tak sedar yg dimana ramai penganggur masih lagi terkapai kapai cari kerja, tetapi aku dah mempunyai kerjaya. Aku lupa semua tu. Dan sekarang, aku sudah sembuh tapi masih lagi dengan ubatan, badan sudah kembali sado, hehe. Apa jadi dekat Hannan? Ha, dia isteri aku sekarang. Tunang hari ini esoknya terus nikah. Tak ada majlis2 bagai atas permintaan Hannan. Dia simple. Dan Hannan sudah berjaya membuka perniagaan komestik sendiri.

Alhamdulillah hasil usahanya sendiri. Satu satu lepas pengalaman aku yg dahulu, Allah tunjukkan sinaran satu persatu. Selepas kejadian itu, aku husnuzon. Dekatkan diri dengan Allah, inshaaAllah ada kebahagiaanya. Buktinya, apa yg aku ada sekarang. Isteri yg cantik, kerjaya dan aset. Dan Nabila, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku. Kau Adalah Pengalaman Aku. Oh Allah, fix my heart FOREVER.

– Mateen.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *