Ya Rasulullah

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Terima kasih kepada pihak admin kalau sudi publishkan confession saya ini. Sempena dengan hari kelahiran Baginda s.a.w , saya ada satu cerita yang terjadi kepada diri saya sendiri yang masih lagi saya ingat walaupun sudah hampir 12 tahun kejadian ini berlaku. Saya bercerita sekadar ingin berkongsi dengan pembaca sekalian yang mana sebelum ini saya tidak kongsikan benda ini di mana2 walhal kepada sahabat baik saya sendiri dan juga keluarga terdekat. Maaf ceritanya agak panjang dan maaf kalau bahasanya kurang enak. Saya tak pandai sangat nak mengarang cerita. Terima kasih kalau ada yang sudi baca sampai habis.

Kejadiannya bermula apabila arwah nenek saya jatuh sakit (sakit tua) yang mana pada masa tu macam dah takde harapan untuk pulih. Pada masa tu jugak, saya akan menghadapi peperiksaan PMR yang mana saya kene fokus dengan peperiksaan saya tanpa fikirkan benda lain. Tapi disebabkan oleh arwah nenek saya sakit, dan pada masa tu jugak mak saya kene jaga arwah nenek saya. Adik-beradik mak yang lain ada jugak tapi kebetulan masa tu giliran mak yang kene jaga. Faham2 je la kalau jaga orang sakit tua ni macam mane kan, letih tu memang letih. Walaupun mak yang jaga, tapi kadang2 saya ada tolong sikit2 jugak. Saya tido sekali dengan arwah nenek, mak tido kat bilik lain. So malam2 memang akan terjaga sebab kadang2 arwah nenek nak something, so terpaksa la bangun dan buat ape2 yang arwah nenek nak.

Untuk pengetahuan pembaca jugak, saya antara cucu yang paling rapat dengan nenek kalau nak bandingkan dengan cucu2 dia yang lain. Sebab tu saya tak kisah kalau kene jaga pun sebab masa kecik2 lagi, arwah nenek yang banyak jaga saya dan banyak tolong kami sekeluarga. Kalau nak dibandingkan dengan jaga beliau masa sakit ni, ape la sangat. Ada satu hari tu, saya sedih sangat sebab macam dah takde harapan dah arwah nenek saya. Saya berdoa kepada Allah supaya bagi kesembuhan kat arwah nenek.

Saya tak berjaya pun takpe dalam peperiksaan asalkan arwah nenek boleh sembuh seperti biasa. Malam tu jugak, sebab letih sangat, saya tertidur. Dalam tidur tu saya mimpi. Saya tak tahu nak describe macam mane mimpi tu, saya just bagi suasana sahaj supaya pembaca boleh bayangkan dan nilai macam mane. Dalam mimpi tu, saya dengar orang ramai2 panggil nama Rasulullah s.a.w. Berulang2 kali orang sekeliling saya panggil tapi masa tu saya tak nampak lagi mana Rasulullah. Masa tu suasana jadi warna putih dan semua orang pakai baju putih. Dan tiba2 nama Rasulullah dipanggil makin kuat dan ada seorang ni sambil pegang bakul dan tabur bunga warna putih (bunga yang biasa ditanam di kubur). Muka dia senyum sahaja sambil tabur bunga tu.

Bila saya tengok balik muka seseorang tu, muka seseorang tu adalah muka saya, tapi pakai jubah putih dan serban putih dan orang panggil dia dengan nama Rasulullah s.a.w. Wallahi, saya pelik sebab kenapa muka Rasulullah s.a.w sama macam saya dan kenapa orang2 sekeliling panggil saya dengan nama tu. Tapi orang tu takde cakap ape2, hanya senyum dan tabur bunga tu sahaja. Lepas tu saya tersedar dari mimpi dan fikir tu mungkin mainan tido sahaja sebab letih sangat kot.

Lepas beberapa hari, alhamdulillah arwah nenek kembali sihat macam biasa. Alhamdulillah, kami semua syukur dan gembira sangat2 sebab arwah nenek dah kembali sembuh kepada sedia kala. Memang sangat ajaib sebab ingatkan kami semua akan kehilangan arwah dalam masa terdekat bila arwah jatuh sakit tu. Dan alhamdulillah jugak walaupun sibuk jaga arwah nenek sambil study untuk peperiksaan PMR, result PMR saya dapat straight A. Wallahi, saya tak sangka sebab saya memang tak tumpu sangat kat exam ni sebab lebih fokus kepada arwah nenek sahaja. Tapi alhamdulillah, mungkin berkat jaga arwah nenek saya dapat result yang cemerlang. Lepas 2 tahun, arwah nenek kembali jatuh sakit tapi makin teruk dari sebelum ni. Kali ni saya akan menghadapi peperiksaan SPM.

Sambil saya study sambil saya jaga arwah nenek. Kali ni jugak saya doa semoga Allah beri kesembuhan kepada arwah nenek. Tapi Allah lebih sayangkan arwah nenek, Allah ambil arwah nenek setelah hampir 4 tahun arwah nenek sakit dan dibawah jagaan kami semua. Kali ini, saya takde mimpi lagi pasal Rasulullah s.a.w. Sedih memang sedih, sedih sebab arwah nenek dah takde dan sedih sebab sampai sekarang saya dah takde mimpi pasal Rasulullah s.a.w. Lepas arwah nenek meninggal dunia baru la saya terfikir, mungkin disebabkan mimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w yang menyebabkan arwah nenek kembali pulih dan kali ini takde mimpi lagi yang menyebabkan Allah ambil arwah nenek.

Mungkin jugak dosa2 ini yang menghijabkan diri ini dari bermimpi untuk bertemu dengan Rasulullah. Allahu. Sesungguhnya, setiap kali rindu pada Baginda s.a.w, teringin sangat nak mimpi untuk bertemu dengan baginda dan bercerita dengan baginda, tapi apakan daya, Allah tak mengizinkan perkara itu untuk berlaku. Hanya mampu untuk berselawat ke atas baginda dan ikuti sunnah baginda s.a.w sahaja yang mampu untuk merawat hati yang rindu sangat dengan baginda s.a.w. Doakan semoga kita semua beroleh syafaat diakhirat nanti dan semoga kita boleh menatap muka baginda s.a.w di akhirat nanti. InsyaAllah.

Allahumma Solliala Sayyidina Muhammad.

– Cik Nur

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *