Ya, Semua Salah Cikgu!

Salam sejahtera dan salam zaman kegemilangan.

Dari tajuk dah tahu cerita yang aku nak sampaikan. Ini kisah aku dari perspektif seorang anak guru yang dah tua. Terlalu tua. Guru yang terlalu sayang dengan kerjayanya.

Umur mama aku 53 tahun. Mama mengajar di sebuah sekolah lelaki di Malaysia. Mama salah seorang guru yang turut mencetuskan kontroversi dengan tindakannya.

Akhir2 ni aku nampak guru semakin popular apabila ibu bapa kerap menyalahkan guru. Guru cubit, salah guru. Anak2 tak lulus, salah guru. Kerja sekolah banyak, salah guru. Kerja sekolah sikit, salah guru. Semua yang jadi pada anak dia semua salah guru.

Aku cuma nak kau sebagai ibu bapa, sila lihat perangai anak2 kau kat rumah. Kalau anak kau memang malas buat kerja, memang memanjang tak da kerja, tolonglah kau semak buku2 mereka.

Guru pon manusia biasa. Dia didik anak kau, dia bagi anak kau kerja sekolah, dia bagi sepenuhnya kasih sayang pada anak kau supaya anak kau berjaya.

Aku tak faham dengan ibu bapa zaman sekarang. Sampai satu tahap, ibu bapa menyokong anak2 untuk tak pergi sekolah. Dengan alasan ank2 diorang penat.

Pagi sekolah kebangsaan, petang kena sekolah agama, malam kena tuisyen. Pada aku, tu memang tugas anak2 kau untuk ke skolah. Kau sebgai ibu bapa wajib bagi pelajaran yang sempurna untuk anak2.

Aku mohon ibu bapa tolonglah jangan terlalu manjakan anak2 anda. Didiklah mereka dengan ajaran yang sepatutnya. Jangan kau menangkan semua tindakan mereka.

Untuk pengetahuan semua, mama aku ada penyakit darah tinggi. Tiap2 hari aku selalu risau kalau mak aku meninggal sebab terlalu fikirkan perangai anak2 muridnya. Ayah aku dah meninggal. Adik aku masih study.

Aku baru grad dan masih tergapai-gapai cari kerja.  Aku buat tuisyen kat rumah. Jadi mama memang perlu kerja untuk tampung kami + mama memang nak sangat kerja selagi berdaya. Dia terlalu sayang kerjaya.

Aku mohon mak ayah tolonglah jangan nak salahkan guru sentiasa. Tolonglah kawal anak anda juga. Atau mak ayah puas hati kalau ada guru yang meninggal ketika mengajar anak2 anda?

Tepuk dada tanya iman.

Aku minta maaf ayat aku tak tersusun. Aku memang tengah menulis dalam keadaan emosi. Aku risau keadaan mama aku.

Mohon semua guru2 Malaysia diberikan keberkatan dan dipanjangkan umur.

Terima kasih semua. Terima kasih admin.

– Anak cikgu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *