Hai. Nama aku Kiki(bukan nama sebenar).Aku saja nak kongsi pengalaman pasal topik insecure ini,selepas baca confession yang sebelum ini.Insecure banyak daripada kawan tapi aku lain sikit.
Aku ni biasa je.Sejak dari kecil aku ini bukan jadi cucu kesayangan sebab mungkin sebab mak aku pun bukan menantu pilihan atok belah bapak aku.Maka,bila balik kampung orang gembira tapi aku sebaliknya.Tak suka balik kampung,sebab bila belakang mak bapak aku makcik-pakcik akan perli cakap aku bodoh sebab katanya bapak aku dulu suka ponteng sekolah,bodoh.Atok aku pun cakap benda yang sama.Tapi masa tu aku kecik lagi ,so aku pendam jelah dalam hati,kadang menangis sendiri.
Tapi semua berubah sejak aku dapat result Upsr.4A.Aku pun tak sangka tapi bersyukurlah sebab kat sekolah cikgu pun macam tak percaya,Ialah kan dalam kelas pun macam ada takde.Tak aktif macam kawan-kawan lain,senyap je.Tapi di sinilah titik permulaan dimana,sepupu sepapat,makcik pakcik malah jiran sebelah rumah menunjukkan ‘minat’ dekat diri aku ni.
Aku bukan pelajar target sekolah,sebab ikut sekolah aku dulu siapa yang cikgu target sebulan sebelum exam besar,Pelajar harapan akan diasingkan belajar kat bilik aircond.Aku tak termasuk dalam senarai,so belajarlah dalam kelas macam biasa.Tapi alhamdulillah,result Pmr takdelah serabai sangat,7A.Kali kedua cikgu terkejut,ada yang tak pernah ingat nama aku pun tiba masa ambil result siap peluk bagai.Aku ambik result sendiri,masa balik tiba pakcik aku ada kat rumah,Pakcik yang suka cakap aku selekeh,sebab aku masa kecik main pasir tapi anak dia yang sebaya aku sopan main pondok-pondok.Pakcik aku tanya?”kau berapa A?”aku jujur je.pakcik tak percaya siap tengok result.pakcik diam kejap,tiba pakcik balas, “pandai pula kau”.Aku diam je,sebab dalam hati tekad nak tuntut bapak belikan komputer sebab result best.hahaha.tapi tak dapat pun sebab bapak tanya kenapa ada b?
Aku ingat abis kat situ,perkara ni berlanjutan sampai Spm.Aku budak sains tulen,tapi aku tak suka subjek 3 serangkai tu(Bio,fizik,kimia).Masa ambik result aku tersenarai dalam 10 pelajar terbaik sekolah,aku yang ke 10. aku ambik result sendiri ,tiba aku dapat call dari 2 orang sepupu aku yang saing ambik spm tahun tu.mereka beriya tanya aku dapat apa?aku jujur jelah.Aku 6A,sepupu aku 5A dan 4A.Sepupu aku macam “owwwhhh”.Lepas tu,aku balik rumah,tanpa disangka aku dikunjungi jiran sebelah rumah,dia tanya aku dapat apa?seriously,kami jarang tegur sapa sebab sekolah lain-lain,tapi takjub aku sekejap sebab dia datang semata nak tanya aku dapat berapa A.kelakarkan.
Aku sambung matrik sama dengan sepupu aku yang 5A tu,jiran sebelah pun masuk matrik tapi berlainan tempat.Matrik ada 2 sem,aku sebenarnya tak minat dah nak belajar subjek 3 serangkai tu sebab bagi aku susah kut,sebab aku budaknya sederhana,dengan keadaan matrikulasi yang terkejar-kejar,persainagan toksah cakaplah.Nak cakap kat mak bapak,orang tua masa tu tahu belajar pandai-pandai biar dapat kerja bagus.Sem 1 aku tak perform dapat pointer 2 lebih je.Sekali lagi dapat panggilan tak bernama.Rupanya dari jiran aku tu,dia beriya tanya aku dapat pointer berapa?takde tanya kabar ye,terus tanya pointer.Aku balas biasa-biasa,2 lebih,jiran aku balas dia dapat 4 flat dengan bangga dan penuh tawa riangnya.Ni lagi satu pelik kejadian,aku tak pernah ada nombor jiran aku dan kami tak pernah contact.Tapi masa tu tak ambik port sangat sebab masa tu perut dah cuak nak bagitahu family aku.
Habis matrik,berbekalkan result cukup makan je,dapat lah masuk U,bersyukur juga sebab tak sangka result sendu macam tu dapat juga aliran yang aku nak,pilihan pertama pula tu.Tapi sebenarnya kan aku dah rasa penat belajar,mungkin trauma pengalaman kat matrik.Cuma tulah,masa tu tak pikir apa just ikut flow je.Masuk U,sem 1 memang dipermudahkan,merasa juga dapat 3 pointer above,sipi nak dekan tapi tak dekanlah.So,untuk sem seterusnya aku nekad nak usaha lebih gigih,nak dapat dekanlah katakan.Semua tu angan-angan je,makin lama makin susah,aku susah nak catch up apa yang diajar,aku rasa tak boleh bawa,tapi takut nak bagitau mak bapak aku.sepupu aku dan jiran aku akan rancak call aku lagi-lagi time result sem keluar.Mereka dapat dekan,aku ucap tahniah,tapi sepupu aku balas,”asal kau tak dapat dekan,kau kena cium tangan aku ni baru dapat berkat!” dengan gelak tawanya.Dia mungkin nak bergurau tapi saat tu aku rasa macam dia gembira melihat ‘kejatuhan’ aku.Sama juga dengan jiran aku.Aku dah mula rasa tekanan kat sini,dengan mak bapak,dengan orang sekeliling.Final result still 3 pointer above,tak dekan,itu aku tak kisah sangat tapi makin lama keyakinan diri ini makin pudar.
Kadang nak timbulkan balik keyakinan diri tu susah,sampai dah kerja ni pun,aku masih rendah keyakinan diri.Aku rasa aku banyak kelemahan dan ramai orang gelakkan aku,bapak aku pun selalu perlekehkan kerja aku ialah ada degree tapi gaji kecil.Kalau boleh sebulan kena bagi bapak rm500 tapi separuh pun aku tak mampu.Sebab tu aku buat kerja part time,penat weh,dengan keadaan ekonomi yang asyik naik harga tak turun-turun.Sebenarnya aku bersyukur je ada kerja walaupun gaji sikit.Aku banyak positifkan diri sendiri,banyak berdoa.Aku cuba menjadi lebih baik,mungkin sedikit demi sedikit keyakinan aku bertambah.Setiap orang ada dugaan masing-masing,aku mungkin dapat belajar melihat perangai manusia yang macam-macam,terang-terang suka lihat kita jatuh,so bila masuk alam pekerjaan tu takdelah culture shock sangat bila jumpa orang macam ni.Sekarang pun aku masih tak nampak bayang apa akan jadi pada diri aku 10 tahun akan datang,aku takde cita-cita.Betul tak tipu.Masih di awangan,aku harap satu hari nanti aku dapat balik keyakinan aku dan aku tahu apa yang aku nak dalam hidup ini.So,korang doakanlah aku ye dan terima kasih sudi baca luahan aku ni!
– Kiki
Hantar confession anda di sini ->Β www.iiumc.com/submit