Yakinlah Pada Dia

Baru tadi terbaca confession farah pasal ujian yang Allah hantar pada dia. Ujian tidak diberikan rezeki dari segi pekerjaan. Well, guess what, sama la macam saya. Saya rasa dengan ekonomi yang sangat mencabar ni, memang ramai yang akan jadi penganggur yang Berjaya. Setidak-tidaknya, kita berjaya juga. Berjaya jadi penganggur. Saya diberhentikan kerja tahun lepas. Diberhentikan selepas 3 bulan masuk kerja.

Masa tu, hanya Allah sahaja yang tahu bertapa remuknya hati saya. Siapa yang nak bayar kereta? Sebelum masuk kerja tempat baru, saya dah bekerja di satu syarikat selama hampir 2 tahun. Disebabkan syarikat baru menawarkan gaji yang agak lumayan berbanding syarikat lama, tanpa mengetahui apa yang mendatang, saya terima kerja tersebut.

Ketika dapat tahu bahawa syarikat nak berhentikan pekerja cawangan, boss di tempat kerja lama offer untuk kerja semula dengan diorang. Wah, hati riang tidak terkata (even stress kat tempat kerja lama, at least ada sumber kewangan). Saya pun dipanggil interview. Everything goes smoothly.

Di tempat kerja lama, saya sudah menghantar surat berhenti kerana yakin dengan boss lama (saya salah percaturan di sini kerana terlalu percaya pada orang). Sebulan berlalu, masih tiada sebarang perkembangan dari boss lama. Jadi, saya message bertanyakan status permohonan. Sekali lagi, gelap gelita dunia saya buat seketika bila boss lama bagitau yg permohonan di tolak. Ya Allah, ujian apa yang Engkau berikan padaku?

Maka, status saya ialah PENGANGGUR. Satu status yang amat dipandang serong. Jujur saya katakan, saya hilang arah. Merata saya hantar resume. Beberapa kali dipanggil interview, tapi kesemuanya tidak berjaya. Terpaksa tebalkan muka menumpang orang tua. Pada umur saya ni, sepatutnya saya yang membantu orang tua. Tapi, sebaliknya yang berlaku. Hati anak mana yang tidak sedih bila tidak mampu memberikan wang ringgit dan harta benda kepada ibu bapa mereka?

Tapi, disebalik ujian yang Allah bagi, saya temui ketenangan. Saya banyak belajar mengenai agama. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Jika saya masih bekerja, saya yakin saya akan hanyut dengan dunia. Hidup saya sebelum ini berpaksikan dunia semata-mata. Allah sentiasa saya lupakan. Tapi, Allah masih sayangkan saya. Allah hantar ujian kepada saya sebagai ‘tap of love’ untuk kembali berpaksikan Islam.

Walaupun saya tidak bekerja, tetapi hati dan jiwa saya sangat tenang. Tidak pernah saya rasa setenang ini. Ini adalah peringatan yang terbaik buat saya. Percayakan Allah. Dialah sebaik-baik perancang. Jangan pernah berhenti berdoa. Alhamdulillah, walaupun tidak diberikan rezeki bekerja, Allah berikan kesempatan kepada saya untuk sambung belajar (semasa menulis ni, tengah buat assignment).

Ujian yang Dia berikan kepada saya mengajar saya untuk hanya percaya pada Dia Yang Satu. Dia juga mengajar saya erti redha dan sabar. Yang paling penting ujian ini membawa saya kembali ke jalanNya. Kepada sesiapa yang mengalami nasib yang sama, mengadulah pada Dia. Dia rindu untuk mendengar rintihan kita. Yakinlah pada Allah. Dia adalah sebaik-baik perancang.

– Emme

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit