Kata Hamka: “Yang ada ini sudah harapan kita.”
Satu ayat dari Hamka yang aku tak pernah lupa sejak remaja — dan sampai sekarang, dah nak masuk umur 40 pun masih berlegar-legar dalam kepala:
“Yang ada ini sudah harapan kita.”
Masa mula-mula dengar, aku tertanya-tanya… apa maksud dia sebenarnya?
Hari berganti hari, kadang terlintas masa naik bas ke asrama, kadang masa tengah baring dalam kereta balik kampung, kadang masa berdiri dalam MRT yang penuh sesak — idea ni datang dan pergi, tapi tak pernah betul-betul hilang.
Lepas tu, aku terpengaruh juga dengan idea dari movie-movie yang aku tengok:
The Butterfly Effect
Interstellar
Doctor Strange: Multiverse of Madness
Life of Pi
Everything Everywhere All At Once
Spider-Man: Into the Spider-Verse
Men in Black
Dan entah berapa lagi yang aku dah lupa tajuk, tapi tetap tinggalkan kesan.
Aku cuba faham ikut logik akal manusia biasa yang serba lemah dan cetek ilmu. Segala kekurangan, semestinya jauh dari kesucian Allah.
Kita selalu dengar pasal konsep 4th dimension, multiverse, dan 5th dimensional being — makhluk yang kononnya boleh lihat semua kemungkinan takdir dan masa depan secara serentak.
Tapi dalam banyak-banyak teori, satu benda buat aku tersentak balik…
“Yang ada ini… sudah harapan kita.”
Allah Maha Mengetahui segalanya.
Dia tahu siapa masuk syurga, siapa masuk neraka.
Setiap jalan hidup, setiap pilihan, setiap keluhan dan doa kita — semuanya dalam pengetahuan Allah.
Kadang-kadang kita tanya diri sendiri:
“Kalau aku buat lain masa tu, hidup aku mesti lebih baik…”
“Kalau aku tak pilih jalan ni, mesti aku bahagia sekarang…”
Tapi siapa tahu — mungkin dalam satu versi hidup yang kita tak lalui, ada “kita” yang merintih doa minta dilepaskan dari jalan tu… dan Allah dengar.
Maka… inilah jawapan-Nya.
Orang bujang terbayang indahnya rumahtangga — ada teman hidup, ada peneman.
Tapi yang dah berkahwin, ada pula yang minta dilepaskan.
Kita semua ada doa-doa yang dulu kita tak sedar kita pernah minta.
Mungkin kalau kita pilih kerja lain, kita tak jumpa pasangan sekarang.
Mungkin kalau kita pilih orang lain, kita tak dapat anak yang kita sayang sangat hari ni.
Mungkin kalau kita berjaya dari awal, kita jadi sombong dan jauh dari Allah.
Dan dalam semua cabang realiti tu,
Allah pilih jalan ni untuk kita.
Sebab hanya Dia yang tahu mana satu versi terbaik.
Aku tak pasti kau faham ke tak apa yang aku cuba sampaikan ni.
Tapi aku percaya…
Hidup bukan tentang tunggu semua sempurna, baru nak bersyukur.
Tapi sedar bahawa sekarang ni pun, walaupun tak sempurna
… adalah satu bentuk rahmat besar.
Selagi masih boleh bangun dari tidur, itu tanda Allah masih beri peluang.
Peluang untuk pilih “timeline” kita.
Pilih untuk jadi hamba yang lebih baik.
Usaha untuk redha dan syurga.
Dan satu hari nanti, bila peluang tu dah habis,
… bila tak ada lagi takdir untuk kita jalani,
Itulah kematian..
– Seruling Senja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit