Yang Dah Lama Kenal, Tak Semestinya Itulah Perangainya

I’m a lady yang once married to my own bestfriend. Kami bestfriend dalam 10 tahun sebelum dia proposed saya.

Orang kata, lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik sebab mesti ada salah satu yang akan jatuh cinta dengan each other kan? Yeah, betul lah ayat ni.

Pengajaran besar buat saya…

Pada awalnya saya bukan berkahwin atas dasar cinta. Masa dia proposed, saya memang sangat berat hati nak accept.

Tapi lama-kelamaan disebabkan ibu dan bapa saya suka, saya mula berfikir mungkin ini lah jodoh yang ditetapkan untuk saya. Solat istikharah dah buat, muka bff pun tak nampak, kemudian saya tawakal je lah dan bernikah.

Perkahwinan kami masuk beberapa bulan saya disahkan hamil. Rasa bersyukur tak terhingga Allah berikan ”kebahagiaan” yang berbeza iaitu peluang untuk menjadi seorang ibu. Saya mula terbuka pintu hati dan perlahan-lahan menyayangi dia.

Nak kata in love tu tak adalah tapi perasaan sayang mulai bertambah apabila kami pergi check up baby bersama, tak sabar menanti kelahiran zuriat.

Masa berlalu dengan cepat disebabkan kami sama-sama bekerja, pergi ke pejabat, pulang dan kebiasaan nya saya akan buat kerja rumah dan berehat.

Waktu bekerja dia kadang tak tentu, kena stayback sampai tengah malam. Kerja rumah biasanya memang saya akan buat, dah jadi kebiasaan dia balik akan terus berehat sebab penat.

Kerja saya di pejabat juga agak banyak memandangkan saya berjawatan tinggi tapi saya tak pernah mengeluh tentang kerja dan kerja rumah. Time pregnant pun saya buat semua.

Dia mulai berubah apabila tertekan dengan kerja-kerja pejabat. Bila balik tengah malam, dia akan hisap g4nja sampai pagi…

Kadang dia akan bertanya kalau dia boleh pergi lepak dengan kawan-kawan dan layan ecst4cy. Dia terlalu addicted. Ini ke lelaki yang saya kenali sebelum ini?

Suatu sisi yang saya tak pernah tahu… saya tahu dahulu orang nya soft spoken, selalu senyum dan tak pernah marah. Saya tertekan, benci dan tak tahan dengan tabiat dia. Was he fake?

Makin lama, dia makin menunjukkan perangai dia yang sebenar. Side yang kawan-kawan atau family dia sendiri tak nampak. Perangai panas baran, kuat memerli, suka guna kuasa vito, buruk sangka. Perangai dia berterusan hingga lah anak kami yang kedua.

Sampai tahap, saya minta dia lepaskan saya dengan baik… tapi kata dia, dia tak akan pernah lepaskan saya. ”In your dreams!” katanya.

Memang hari-hari saya makan hati… menangis… saya makin meluat dengan tabiat hisap g4nja dia. Setiap hari nak hisap. Busuk!

Sampai saya maklumkan pada keluarga dia sebab dia pernah kena tangkap memiliki 2 kilo ganja. Astagfirullahalazim. Tak pernah ke dia terfikirkan keselamatan saya dan anak-anak.

Kami jadi bergaduh disebabkan ini, hampir setiap hari bergaduh. Sampai dia tengking saya dan seluruh block rumah kami dengar.

Saya masih minta dia lepaskan saya, memang dah tak nak lagi dengan dia. Macam-macam dia reverse psycho saya balik. Katanya terlalu cinta dengan saya, jadi dia tak akan lepaskan.

Kalau cinta, tak kan… kita marah pasangan kita tanpa sebab. Kita akan dahulukan kebahagiaan dan keselamatan mereka.

Saya jadi lost, buntu. Jujur saya cakap, perasaan sayang saya mulai hilang dan lenyap. Memang gone. Apa yang tinggal hanyalah kesabaran.

Saya berhenti kerja di office supaya saya boleh berikan 100% tumpuan pada anak-anak. Pada masa yang sama, saya cuba work from home supaya dapat bantu pendapatan keluarga. Jadi anak-anak memang selama ni dengan saya dan tak pernah terpisah.

Selepas berjumpa dengan keluarga dahulu disebabkan tabiat ganja dia, nampaknya seakan dah berkurang tapi saya dapat tau yang dia sebenarnya masih lagi ada hisap di luar.

Balik kerja dalam pukul 9-10 malam, terus sambung hisap rokok dan nonton youtube sampai ke pagi di luar rumah… kami memang tiada communication langsung.

Saya kecewa, seperti pasangan suami isteri tapi tak ada bercakap atau communication.

Sometimes bila tengah malam saya dengar dia ada bercakap dengan perempuan lain di telefon. Sampai dia kata pada perempuan tersebut, buat-buat seperti bercakap dengan lelaki sebab tak nak saya tahu.

Saya rasa cukup lah dengan selama ini saya banyak hadap dengan panas baran dia, perli, desakan, reserve psycho, tak menghormati saya sebagai isteri dan ibu yang bertungkus lumus menjaga anak-anak…

Hati saya memang dah tawar. Masih tak cukup ke saya melahirkan zuriat untuk dia, bertarung nyawa berpantang sendirian.

Minta dilepaskan tapi tak dapat. Daripada anak-anak lihat kami bergaduh bagi saya adalah lebih baik kami berpisah dan anak-anak dapat melihat sisi kami yang positive, bahagia dengan diri masing-masing.

Sehinggakan suatu hari, kakak saya meninggal dunia. (Kakak saya ini pernah tinggal bersama kami jadi arwah sangat memahami tekanan saya).

Saya memang terasa kehilangan kakak saya, setiap hari saya rindukan arwah. Setiapa pelosok rumah saya dapat dengar, bau, terasa kehadiran arwah…

Tetapi selepas dua minggu kehilangan arwah, dalam keadaan saya murung… dia (suami) pulang ke rumah dan bertanya yang kawan dia nak ajak kami fours0me.

Saya terus melenting, tak faham bagaimana seorang suami boleh bertanyakan benda itu sedangkan saya baru kehilangan kakak saya dan tergamak dia untuk berfikir demikian.

Hancur hati saya seolah-olah telah kehilangan maruah. Sedangkan selama saya berkahwin saya tak pernah keluar dengan kawan baik perempuan saya dan duduk di rumah sahaja. Inikan, fours0me?

Saya masih lagi cuba bersabar sehinggakan setahun telah berlalu.

Dalam kepada saya timbul pelbagai tanda tanya, mungkinkah kehidupan saya akan berbeza sekiranya saya bersama dengan ex saya? Mungkinkah kakak saya akan masih hidup lagi? Mungkin… mungkin.

Sehingga kini saya masih menunggu untuk dilepaskan. Lepaskan lah saya. Saya terlalu tertekan dengan dia.

Kini saya sudah dalam proses penceraian. Anak-anak saya telah dibawa lari. Saya minta… dia lepaskan lah saya secara baik dan kita berbincang tentang hak penjagaan.

Saya terlalu rindukan anak-anak saya. Saya berjanji tidak akan sesekali menafikan hak dia sebagai seorang ayah, saya percaya yang semua boleh diselesaikan dengan baik. Jangan terlalu ikutkan ego…

Jangan difikirkan ego…

– Edel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *