Salam, confession ni adalah sambungan confession, (https://iiumc.com/yang-dah-
Dalam artikel tersebut saya ada menceritakan permasalahnya rumah tangga dan kebuntuan saya semasa anak2 dibawa lari daripada saya.
Dalam comments ramai yang bagi moral support dan tak kurang juga yang kecam saya mengatakan saya mereka2 cerita.
I’m not making up story, it’s just that my story is unbelievable because it doesn’t happen everyday and i choose to keep my silence.
Saya nak ucapkan terima kasih pada comment moral support. Sebab anda saya berjaya lalui fasa penceraian dan dapatkan hak jagaan anak (interim hadhanah).
Ini adalah update confession saya dan beberapa soalan andai ada yang boleh beri input.
Maaf potongan update saya sangat panjang… mohon bagi yang berpengalaman boleh berikan pandangan yang arif.
Saya dan ex husband berkahwin selama 8 tahun. Ex husband saya berkerja di syarikat berkanun dengan gaji yang selesa.
Dalam tempoh perkahwinan, keperluan asas seperti rumah dan makan cukup, yang selebihnya saya tanggung sendiri.
Kami dikurniakan 2 orang anak – sehingga anak ke-2 saya masih bekerja di syarikat korporat dan berhenti selepas itu. Saya menjaga anak2 sendiri dan buat kerja jualan online di rumah.
Ex akan ke pejabat pada waktu pagi dan selalunya pulang lewat atas alasan banyak pending work termasukla semasa saya masih mengandung dulu.
Ketiga2 anak saya berpantang bersendirian sambil jaga mereka. (saya tak ada duit dan support system keluarga).
Sebelum berkahwin, ex adalah seorang pelajar cemerlang biasiswa penuh di luar negara. Disebabkan lama tinggal di luar negara, ex banyak terpengaruh dengan tabiat menghisap ganja dan mengambil ecstasy.
Jadi apabila pulang semula ke Malaysia, ex terikut2 dengan ideology legalisation ganja. Saya cuma tau tabiat ex apabila sudah bernikah.
Kadang2 ex akan beritahu dia nak lepak dengan kawan2 private party di suite hotel sambil ambik ecstasy dan pulang pada pagi berikutnya.
Saya amat tentang dan benci tabiat ambik dadah ex. Jadi kami sangat kerap bergaduh sebab ini.
Lama kelamaan, ex mula berjinak dengan penjualan dadah walaupun sudah mmpunyai kerja yang tetap dan faedah syarikat yang sangat lengkap. Dapur rumah kami dijadikan tempat memasak/proses ganja ex.
Saya berang sangat sebab tak dapat nak masak dalam keadaan dapur banyak habuk ganja. Terpaksa la saya turun bungkus makanan dekat kedai mamak dengan bawa anak2 setiap hari (saya takde kereta – ex tak izinkan beli).
Pertengkaran kami jadi semakin teruk apabila ex bawa berbata2 ganja dalam kereta semasa kami anak beranak keluar. Saya risau klau saya disabitkan bersubahat dan anak2 dipisahkan daripada saya.
Hari-hari saya minta dia lepaskan saya secara baik sebab saya dan anak2 tak nak terlibat.
Saya banyak didera secara mental disebabkan sifat narcissist ex yang banyak merendah2kan dan menggunakan ayat seperti saya ini “cuma seorang isteri” dan tak berhak bersuara.
Sebelum berkahwin, sifat ex adalah seorang yang lembut dan pemalu.
Hidup saya memang didalam rumah bersama anak2 sahaja. Kalau keluar pun tak lebih 2 kali sebulan… saya tak mempunyai kehidupan sosial apatah lagi kawan2.
Saya cuba bahagia kan diri dengan gelak tawa anak2. Ada masanya saya terduduk dan murung kerana ex meniduri saya hampir setiap hari tanpa kerelaaan dan bila saya tidur kepenatan. Ada yang sehari lebih 2 kali…
Akhirnya saya dihalau keluar daripada rumah tanpa anak2 – tidak dibenarkan berjumpa anak2 selama setahun.
Alhamdulillah saya nekad, dengan penjualan online sikit2 yang saya dah kumpul selama 7 tahun saya lebih yakin untuk fail kan penceraian sendiri di mahkamah. Saya dapatkan peguam dan melalui proses penceraian.
Proses penceraian memang amat sukar bagi saya laluinya sendiri dalam keadaan kehilangan anak2 yang tak pernah berpisah daripada saya.
Setelah lebih setahun, semua proses majlis sulh, kaunseling JAWI, hakam keluarga dan hakam mahkamah.. ex masih enggan melepaskan saya.
Repot JAWI dan hakam memutuskn bahawa hubungan kami memang sudah tidak boleh dibaikpulih lagi. Mahkamah akhirnya putuskan bahawa hakam boleh lafazkan talak bagi pihak ex. Kes penceraian saya sudah selesai.
Bagi hak jagaan anak (interim hadhanah) saya sudah selesai dan mahkamah memutuskn bahawa saya dapat hak jagaan sementara.
Alhamdulillah anak2 dipulangkan kepada saya dan ex dapat hak bermalam. Saya amat bersyukur walaupun sumber pendapatan saya tak stabil kadang2 ada kadang2 tak …
Kes hak jagaan penuh anak2 saya masih berjalan. Semasa persediaan kes hak jagaan penuh, saya dapat panggilan daripada polis bahawa ex kena tangkap atas akta 39b ADB. Jadi untuk sampai ke perbicaraan akn ambik masa bertahun2…
Untuk kes tuntutan nafkah anak2, saya baru sahaja buka kes tanpa peguam. Duit saya dah habis digunakan untuk kelangsungan hidup dan bayaran peguam untuk penceraian, interim hadhanah dan hadanah kekal (masih belum habis bayar).
Persoalan saya:
1. Bagaimanakah proses kes tuntutan hak jagaan kekal anak2 saya? Adakah kes ni akn tergantung atau mahkamah boleh terus memutuskan perintah?
2. Tuntutan nafkah anak2 saya Adakah mahkamah dapat keluarkan perintah atas nama ex?
3. Sekiranya atas nama ex, ex akan berada dalam penjara sekurang2 nya 10 tahun… mungkin seumur hidup.
Jadi dalam tempoh tu macam mana saya nak kuatkuasa kan supaya ahli keluarga ex bayar tuntutan nafkah anak2? Sejujurnya saya tak mampu tanggung seorang diri.
– Edel (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit