Yang Dewasa Tolong Guide Yang Muda

Hi, cukuplah panggil aku Man (bukan nama sebenar). Tapi luahan ni benar dan sebenarnya apa yang kami anak muda baru nak naik ni perasan.

Dulu waktu aku sekolah dan masuk universiti, aku ingat hidup atas dunia ni dan sempurna dah.

Dapat kerja terus dapat beli apa yang kami nak tak kesah la rumah ke kereta ke dan dapat kahwin serta hidup selesa sampai tua, rupanya indah khabar dari berita.

Bertambah derita lagi bila sekarang ni wabak covid19 masuk habis berterabur golongan macam kami ni nak mula hidup.

Sampaikan banyak yang fikir lebih baik tak kahwin dari kahwin, kalau dengan kahwin tu bertambah menyusahkan orang lagi baik hentikanlah.

Bukan tak yakin dengan rezeki Tuhan,

Tapi be more realistic lah kalau kau setakat buat food panda lepas tu kerja dari pagi sampai malam macam nak patah pinggang berpeluh hitam lit-lit, boleh ke claim ada kerja dan dah boleh jaga anak orang? I dont think so..

Dah la kerja macam tu, lepas tu bab kewangan satu habuk pun taktau sampai bila dapat duit tapi tak tahu nak buat ape, akhirnya duit ‘kelaut’ hanyut. Ada juga orang cakap habis atas jalan saja isi minyak..

Korang yang dah dewasa, aku tau korang tahu bab kehidupan ni jadi tolonglah datang dekat kami golongan muda mudi ni yang baru nak up dan tak tahu satu habuk pun pasal dunia orang dewasa yang kejam pasal duit ni.

Tolonglah cakap baik-baik dengan kami dan bagitau kami tentang masa depan yang bakal kami hadapi.

Bukan kami tak nak dengar apa yang korang cakap tapi, kami sendiri tak tahu nak tanya apa dan nak tanya siapa. Mak ayah kami pun tak nampak macam pakar sangat bab-bab duit ni,

Kalau pakar lama dah nampak dorang duit berkepuk harta banyak atau sekurangnya dorang akan cakap dengan kami bab-bab duit ni lama.

Kami tunggu takde pun dorang cakap. Asyik cakap pergi dapatkan kerja lepas tu pandai-pandai la kau nak hidup..

Tapi kenapa aku tengok macam dunia orang dewasa ni complicated saja..

Paling jelas ada orang dewasa yang lagi kaya dan ada nampak yang kurang berjaya, jangan la tanya aku bab nampak kaya atau acah kaya yang aku maksudkan, aku pun nak tanya korang bab ni.

Please la tolong bagitau, yang betul kaya dan dengan cara yang betul, tak naklah dengan cara scam,

Maksud aku real macam guna duit bank jadi duit kita ke, atau buat bisnes real macam bisnes jual kereta ke rumah ke stesen minyak ke..

Tolonglah kami orang muda yang baru nak mula hidup, kalau at least tahu serba sedikit nak campak duit dekat mana yang selamat dan menjadi pun ok dah… Janji duit yang kami susah payah dapat tu tak musnah atas jalan atau kelaut beli vape..

– Man (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *