Yang Hanya Layak Bermimpi

Assalamualaikum… terima kasih kerana sudi membaca luahan hati aku, paling dalam.

Aku telahpun berkahwin, usia perkahwinan kami genap sudah tiga tahun. Walaupun baru tiga tahun, banyak onak dan durinya.

Aku dan suami masih berdua, belum lagi dikurniakan cahaya mata. Terkadang, ini juga menjadi punca perbalahan. Aku menyatakan hasrat kepada suami sekiranya usia perkahwinan untuk follow up doktor untuk rawatan jika kami masih belum dikurniakan zuriat.

Setelah usia perkahwinan menjelang dua tahun, aku menyatakan hasratku sekali lagi. Dan kami pergi ke klinik biasa, melakukan scan padaku dan membuat ujian sperma juga pada suami.

Ujian sperma suami, sedikit bermasalah. Iaitu keputusannya menunjukkan bentuk sperma yang tidak sempurna, yang lain tiada masalah, atau lebih spesifik, teratozoospermia.

Suami agak tertekan ketika itu, aku paham.. Aku cuba memujuknya dan aku cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Aku belikan supplement seperti yang Dr say ceritakan memandangkan masalah mereka sama.

Namun, hampir sebulan makan ubat tersebut suami menyatakan hasratnya untuk tidak punya anak bersamaku…. Tidak mahu lagi meneruskan cubaan dengan rawatan.

Aku menangis seperti orang gila, perasaan bunuh diri juga muncul tanpa ku pinta. Kami belum terima rawatan pakar, hanya ke klinik biasa bermula dari bawah.

Begitulah tekanan yang melanda aku… hingga kini, setahun telah pun berlalu namun suami masih belum berkata apa2.

Bukan suami aku tak ingin punya anak, masa awal kahwin dia lah yang beria untuk ada anak. Period aku lewat seminggu, dia yang suruh aku buat upt test.

Setelah lama menunggu suami untuk menyatakan hasratnya pula untuk berusaha mendapatkan anak, setahun lamanya tapi sia2.. Aku jadi penat. Menjalani hidup seperti biasa tapi dalam hati aku, Tuhan saja yang tahu.

Dia masih mahu melakukan hubungan seperti sediakala, tapi otak aku sentiasa memikirkan yang ini hanya untuk melepaskan nafsunya semata. Bukan usaha mendapatkan anak.

Aku jadi tawar hati untuk terus memberi layanan. Sehingga fikiran aku melayang jauh, apakah harus kami berpisah sahaja?

Dan aku mencari pasangan baru sahaja yang ingin zuriat bersamaku daripada aku terus membazirkan masa menunggu suamiku.

Usiaku semakin menua, kesuburanku makin berkurang. Aku menangis.

Bukan. Bukan rezeki Tuhan yang aku persalahkan. Siapalah aku. Aku cuma mahu bersama2 berusaha dengan rawatan pakar memandangkan ini bukan masalah rezeki semata.

Kami perlu usaha, kami perlu ikhtiar. Aku tidak mampu berbuat apa jika suamiku tidak mahu berbuat apa.

Aku juga tahu, walaupun mendapat rawatan bukanlah jaminan kami akan dikurniakan anak. Dan rawatan mungkin makan tahun lamanya. Aku tahu. Aku faham. Kalau terus membuang masa… Maka apa yang aku dapat, selain membuang masa.

Harga rawatan bukanlah murah, aku juga tahu. Selama ke klinik , aku yang membayar. Tidak masalah. Mengambil anak angkat jugak, bukanlah murah.

Makin lama hubungan kami makin hambar. Aku jugak di tahap mula belajar redho jika kami akhirnya berpisah. Tapi untuk mencari pengganti, aku jugak trauma dengan namanya lelaki.

Aku ingin merasa, baby bergerak menendang dalam kandunganku

Aku ingin terasa sukarnya mengiring tidur kerana kandunganku

Aku ingin merasa kerapnya ke tandas kerana babyku.

Aku teringin merasa, sakitnya melahirkan anak.

Aku teringin merasa, sedihnya bila accident mengandung bila anak masih kecil, lalu mengeluh.

Aku teringin merasa, tak cukup tidur kerana anak.

Aku teringin merasa, sepahnya rumah kerana anak. Sekarang, aku yang sepahkan.

Masalah bagi orang lain, terasa nikmat bagi aku yang tak pernah merasa.

Jadi, apa hak orang untuk bertanya bila aku akan mengandung?

Apa hak orang untuk meneka2 apakah aku tengah pregnant hanya aku berasa tidak sedap badan?

Apa hak orang lain untuk memaksa aku untuk membuat test upt hanya kerana aku berasa tidak sedap badan walau telah ku katakan yang aku baru sahaja habis menses?

Katanya lagi kerana menses dan pernah bersama boleh positif.

Apakah dia ingat aku virgin selama tiga tahun bersama suami?

Adakah kerana tidak pernah merasa betapa sakitnya bila melihat upt itu negative berkali2 dan tak pernah sekali pon bertanda dua?

Lately, tekanan maha hebat mungkin. Dua kali aku bermimpi aku sedang mengandung. Pertama kali tengah sarat. Kali kedua baru saja malam tadi, mungkin selepas melihat baby bump ain edruce di kaca tv.

Aku juga bermimpi punya baby bump sepertinya. Dalam mimpi itu jugak, aku rasa dan nampak baby menendang perutku. Bahagia, walau hanya dalam mimpi.

Apakah aku hanya layaknya bermimpi???

Jika ya, izinkan aku bermimpi tentangnya di setiap lenaku.  Walau berpisah, aku ingin terus bermimpi. Tapi sayang, mimpi juga bukan dalam kawalanku.

Doakan aku.

Yang ingin terus bermimpi,

– Amanda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *