Salam..lately dah muncul posting yang betul2 CONFESS berbanding MEMBURUKKAN orang lain. Aku sekali lagi mencuba nasib. Harap admin dapat terima kali ini. Terima kasih.
Aku pengkid. Dari kecil aku dah ada perasaan sukakan perempuan. I don’t know the reason why. Family aku dari orang baik2 dan sederhana. Bukan dari broken family yang memungkinkan aku jadi camni. Penampilan aku sedari kecil memang tomboy. Aku benci bila disuruh berbaju kurung..pakai pon terpaksa bila waktu sekolah dan hari raya. Lepas dari tu aku akan cepat2 tukar seluar dan tshirt balik. Naluri aku nak jadi lelaki ! Bayangkan budak seawal umur 7 tahun dah berperasaan macam tu..now umur aku lewat 20an..tak semudah itu untuk aku berubah. Dalam tempoh tu dah berapa tinggi gunung dosa yang aku lakukan. Sungguh lebih hina dari apa yang dirasakan oleh confessor gay tu.
Sebab aku dah terlibat dengan hubungan terlarang tu. Dah berapa ramai anak gadis yang aku permainkan..sampai satu tahap aku seakan baru tersedar sampai bila aku harus camni? Masa aku putus dengan awek aku dulu..aku berjanji dengan diri aku sendiri yang aku nak jadikan itu yang terakhir. Tapi bukan mulakan dengan hidup berumahtangga. Aku sama pendapat dengan confessor gay tu..kahwin bukan satu penyelesaian. Bagi aku itu satu bentuk kezaliman juga pada aku dan suami nanti. Aku tak pernah kapel dengan mana2 lelaki sebelum ni. So bila aku bayangkan kalau aku kahwin..nak tempuh malam pertama ke apa semua tu..aku tak boleh ! Aku rasa jijik. Seolah2 macam gay? Euww. What are you talking about. Haha.
Ok berbalik lepas putus tu..kebetulan aku ditawarkan kerja baru di ibu kota. Maka aku pon berazam kt tempat baru ni..kawan2 baru ni..takde siapa kenal aku mcm mana..aku nak berubah la.! Di tempat kerja, dari luaran aku nampak seolah2 mcm gadis melayu terakhir. Tapi dalaman hanya Allah saja yg tahu. Tinggal dengan housemate yang seksi dan cantik betul2 menggugat iman aku. Kalau nak ikutkan hati..dah duduk jauh dari family ni..tinggal pulak di tengah kotaraya..boleh saja aku buat perangai balik. Tapi setiap kali bisikan syaitan tu datang..aku ingatkan balik dengan janji aku. By the way,aku bukan lah jenis pengkid yang kaki clubbing..smoke..arak sume tu. Aku masih lagi solat..puasa..Alhamdulilah Allah masih pelihara. Aku jenis lone ranger. Pergi mana sorang2..makan tengok wayang..kadang jeles jugak tengok orang couple tapi bila pikir balik aku da janji taknak ada awek lagi. Nak ada bf plak aku jijik. Bukan tak pernah aku CUBA bkenalan dgn mana2 lelaki..pernah keluar makan sama..tapi…ntah laa..aku rasa hipokrit sesaangatttt ! Last2 aku blah camtu je.
………………………………………………………………………………
Sekarang tahun silih berganti dan aku masih struggle remain single bagi mengotakan janji aku sendiri..sekaligus cuba untuk mengakis nafsu songsang aku ni. Aku cuba sibukkan diri dengan aktiviti2..aku cari kelas2 usrah..aku start mengaji semula..aku dengar ceramah dan motivasi golongan LGBT yang dah berhijrah supaya dapat menjadi inspirasi untuk aku! Aku taknak biarkan rasa sunyi sebab aku bimbang aku akan berpatah balik. Aku tak kuat. Aku faham sangat mcm mana perasaan golongan begini. Sebab tu aku tak pernah pandang serong. Tujuan aku bukan la untuk ‘berebut’ siapa lebih hina..tapi nak kita(golongan LGBT) sedar sehina mana pon kita rasa jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah..pintu taubat untuk kita semua masih terbuka luas. Jangan persoalkan kenapa tidak dimatikan sahaja kita dari terseksa menahan jiwa..tapi minta la agar kita dimatikan dengan sempat memohon keampunan dariNya. Amin.
– PendosaTanpaNoktah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit