Aku F, 30 tahun. For some reason aku tak lucky dalam relationship, hahaha. Aku ada career yang stabil, dikelilingi kawan-kawan yang baik dan family yang supportive.
So, sejak setahun lepas aku ada kenal dengan someone. Lebih kurang sebaya aku, cuma rezeki dia dalam pekerjaan kurang sikit. Kerja on and off. Aku tak kisah dan tak pernah pandang semua tu. Even masa keluar bersama pun, kami split bills dan aku sentiasa offer untuk bayar lebih.
Dalam seminggu hampir setiap hari kami keluar bersama. Sebab sama-sama menyewa dan hidup bujang, kitaorang almost setiap malam dinner luar bersama. Weekend pun macam-macam aktiviti kitaorang buat bersama. To be honest, aku selesa berkawan dengan dia.
Dia selalu tertekan bab financial. Sebab freelance kerja on and off. Dia pernah kata, cinta bukan priority dalam hidup dia sebab financial masih belum stabil.
Aku cuba tolong dia untuk cari kerja tetap and since bab-bab resume dan interview ni memang forte aku, macam-macam aku buat untuk dia. Aku cari semua connection yang aku ada, dan aku recommend dia. Ada beberapa yang bagi feedback and berminat untuk interview.
For some reasons, dia reject hampir kesemuanya sebab dia rasa tak sesuai dengan minat dia dan dia tak berminat untuk kerja under orang. Tambah-tambah lagi dia seorang yang introvert dan susah bergaul dengan orang jadi, bekerja sendiri adalah pilihan terbaik kata dia.
Fast forward, kami masih selalu keluar berdua dan aku few times dah jumpa family dia. Same goes to him. He met my family, twice.
From our family POV, we are more than friends and both side very supportive. Tapi kami tak pernah declare apa-apa. Kami cuma rapat. Bila rapat dan selalu bersama, cuba teka who fell first? Ya, betul! Aku, si bongok.
Aku ada trauma from past relationship which buat aku ada trust issue. Bila aku mula suka kat orang, aku tend to siasat betul-betul hingga ke lubang cacing orang tu ada orang lain ke tak. Aku takut kecewa, taknak rasa sakit tu lagi.
Sebelum ni aku pernah dalam 3 years relationship tapi rupanya aku orang ketiga di dalam hubungan itu hahahahahahaha!
So, recently aku download semua dating apps and setup fake account dan cuba cari ada tak dia di mana-mana dating apps. Swipe punya swipe, ada! So aku pun swipe right, dengan harapan dia akan swipe right jugak “profile aku” tu. Few days later, dia swipe right dan kami match.
So, aku banyak soalan tapi aku kena pastikan dia tak kenal itu aku. Aku tanya apa reason dia disitu, apa status dia, ada tengah kenal sesapa ke buat masa sekarang. Dia kata dia tak tahu kenapa dia download and takde kenal sesapa, memang single mingle.
Aku cuba pancing lagi, if you looking for fun I can give you the “fun”, come over to my place. Lebih kurang macam tu lah ayat aku.
To my surprise, he agree. Masa tu aku rasa kecewa sangat. With me, dia tak pernah keluarkan mana-mana perkataan tak sopan or ajak buat bukan-bukan. Aku sangat-sangat kecewa.
Aku sengaja tanya, perempuan macam mana dia suka. Semua yang dia describe, satu pun tak menggambarkan aku. Dan, ada lah beberapa perkara lagi yang “perempuan” tu bualkan dan dia cuba attract “perempuan” tu dengan activities yang kami selalu buat bersama.
Dipendekkan cerita, recently kami ada berbual pasal dating apps. Aku sengaja je buka topik ni nak tengok dia nak mengaku ke tak ada dating app. Yup, dia mengaku. Then, aku tanya why? Kenapa? Dia just jawab for fun, dia download sebab bosan.
Aku tanya balik, what if, kalau aku download jugak? Dia jawab, you are free to do whatever you want. Why you need my permission? Dia tanya. Which, bukan jawapan yang aku harapan.
Aku taknak nampak terlalu beriya. Aku just bagitau, fyi, since I met you, aku dah delete semua dating apps and takde keluar dengan mana-mana lelaki lain.
He seems surprise. Tapi jawapan dia lepas tu buat aku lagi kecewa, if you looking for love, I am not the one. Ouch! Then whyy you brings me to your parents and why you agreed to meet minee? Soalan ni aku cuma tanya dalam hati jela. Sedih huhu.
Dan begitulah ending conversation kami pada haritu. And tiba-tiba, that particular weekend, dia ajak keluar and spend full day dengan aku. Kami keluar from morning sampai petang.
Malam tu, parents dia ada datang rumah sewa dia dan ajak aku makan sekali. Aku tolak. Aku cakap, you should’ve inform your parents that we are not in relationship.
Sorry eh panjang betul confession kali ni. Soo gais, apa kesimpulan dekat sini? Lelaki nak apa? Dan aku ni kenapa?
Okay thanks tu je.
– F (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit