Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana menyiarkan confession saya ni. Saya seorang student perempuan dan sedang belajar di salah satu universiti awam. Apa yang saya nak share ni mungkin salah satu konflik dalaman yang saya sendiri tak tahu macam mana nak handle. Hahahah.
Saya seorg yang sangat susah nak jatuh cinta sebenarnya. Sebelum ni pun kalau saya kawan2 dengan lelaki, ataupun ada org ajak couple ke semua saya reject sebab saya tak nak dating2 semua tu and saya tak boleh nak suka dorang. Ada kawan2 yang cakap saya xde perasaan kat lelaki. Even crush pun saya takda.
And ditakdirkan saya berjumpa dengan seorang lelaki yang saya jumpa dalam salah satu company besar di Malaysia. Beliau seorang yang bekerjaya, sangat baik, sangat hebat orgnya. Tapi saya bukan suka dia sebab dia hebat atau dia kaya ke apa. Tapi sebab cara dia yang sangat rare daripada lelaki lain. Senang cerita, bagi sya dia ni sangat limited edition.
Kitorg selalu jugak whatsapp, kebanyakannya pasal hal penting lah tapi ada masa akan lari topik sikit lah. Topik lain tu biasa dia akan tya pasal mcm family saya ke, study saya macam mana, progress saya macam mana. And selalu bagi saya nasihat, selalu bantu saya, kalau jumpa mesti dia akan tya ‘dah solat?’. Saya bukan suka dia sebab saya perasan yang dia suka saya. Tak. Saya suka dia sebab cara dia care, cara dia tegur, cari dia bagi nasihat. And dia seorang yang jaga ikhtilat ( bagi saya lah ). Sebab setiap perkataan tu dia jaga supaya tak over. Kalau kita type hahhahahahhaha kan. Dia kalau saya buat lawak camne pun, dia akan type haha je. And seorg yang menghormati wanita. Tak payah lah citer lebih2 karang tak pasal2 korang pulak jatuh cinta. Hahahha. And Sekarang ni saya elak daripada selalu whatsapp dia, mungkin cara tu membantu.
Masalahnya sekarang saya tak boleh pendam perasaan ni. Sakit. Serious sangat sakit. Kadang2 boleh bawak menangis. Hahahah. Takkan saya nak confess malu lah kalau kena reject. Saya dah lah kena contact and jumpa dia selalu. Saya jugak dah berdoa macam sebelum2 ni saya buat. Saya mintak kat Allah kalau dia bukan jodoh saya, jauhkanlah perasaan saya pada dia. Kalau betul dia jodoh saya, maka simpanlah perasaan ni hingga tiba waktunya. Hari2 saya doa macam tu. Tapi still, perasaan ni masih ada, and sakit sebab dipendam. Saya tak boleh tengok gambar dia, saya sedih. Entah kenapa. Nak kata angau tu tak de lah tapi mungkin lebih kepada perasaan yang saya tak boleh nak kawal. Ada org kata cari lah kawan lelaki lain mungkin boleh hilang masalahnya kalau org lain ngorat saya mmg tak layan. Haha.
Mungkin kalau ada sapa2 yang ada tips, boleh share dekat sini. Sebab saya pelajar, saya tak nak distracted by benda2 macam ni. Jangan kecam, saya cuma perlukan bantuan. Haha. Okay, terima kasih sebab membaca confession tak seberapa ni and semoga Allah sentiasa permudahkan jalan kita. InshaaAllah aminn.
– Naive girl
– Naive Girl
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit