Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau sudi siarkan luahan hatiku yang sedang gundah gulana ini,chewaahh. Nama aku Jun (bukan nama sebenar). Aku tak tau macam mana mulakan tapi aku ceritakan serba ringkas tentang kebuntuan aku sekarang ni. Masa tengah menaip ni pun kepala memang tengah serabut lepas bantai 2-3 cawan kopi.
Aku dah masuk pertengahan 20an tahun ni dan dalam masa sama aku masih terkapai-kapai dalam nak menstabilkan hidup. Masa study dulu aku major dalam media, tapi sejujurnya aku masih belum dapat capai impian aku untuk jadi seorang wartawan yang bertauliah. Bukan sekadar copy, cedok dan menambah perisa utk berita jadi panas sebab aku praktikkan etika kewartawanan dalam berita yang aku buat. Aku minat nak buat cerita pasal semua topik terutamanya politik, bisnes, masalah sosial (kecuali hiburan la) sbb tak ambik port sangat industri hiburan dalam negara sendiri. kalau news hiburan luar negara sikit2 ada lah juga baca. hari2 belek newspaper, scroll timeline baca online news, supaya update diri dgn berita semasa.
Ok ceritanya macam ni. Masa latihan industri, aku rasa bahagia weh bila aku dapat penempatan untuk praktikal di newsroom salah satu station tv yg kita ada. Sebab relate dgn apa yg aku study dulu.. Even hampir 4 bulan tapi pengalaman yg aku dapat sangat berharga. Hari2 keluar pegi cover event. balik office pungpang2 buat news.. Itu cerita masa final year lah. Aku macam yakin je aku mesti dapat jadi wartawan yg sah lepas ni. Tapi apa yang aku harap tak menjadi.. bila dah lepas konvo, aku masih tak dapat kerja yg bersesuaian dengan bidang yg aku belajar dulu (sempat lah menangis dalam diam di bilik nasib tak depress). Aku kerja swasta few times, GLC untuk beberapa bulan. Belum ada rezeki sangkut kerja dengan kerajaan. Aku doa kalau tak dapat pun moga Allah permudahkan urusan kalau aku nak buka bisnes nanti.
Jadi baru2 ni aku dapat kerja baru di negeri sendiri. Baru juga dalam sebulan kerja, tapi sejujurnya aku masih belum ada rasa ‘spark’ atau rasa best dengan kerja sekarang. Salah satunya sebab, mostly staff kat sini Non-muslim.. ada berapa orang je yg Muslim dalam 4-5 orang memang tak ramai pun. Dan aku sorang je yg bertudung. tapi aku okay dengan semua orang.. Bidang kerja pula memang akan ada kerjasama dengan few foreigners. Tapi ada satu tahap macam aku rasa fake sangat dengan diri sendiri. Setiap kali sesi intro dengan staff yg baru jumpa, ada masa aku tersilap percaturan dan aku sendiri macam tak sedar. aku biarkan tangan aku automatik bersalam dengan staff yang lain (bukan mahram) lepas tu mula lah menyesal, rasa bersalah. aku bukan jenis yg suka2 nak sentuh lelaki apa lagi salam tangan atau pegang2 ni. aku tak selesa.. ada masa yang aku tersedar aku memang akan angguk je untuk elak salam.
Lepas tu tiap kali masuk waktu solat pula, aku akan solat dalam bilik meeting sbb ofis aku tak ada sediakan ruangan solat atau surau.. sebab yelah mungkin dorang tak expect kot akan ada staff Muslim masuk bekerja. Aku solat kat ofis sebab ada bawa telekung n sejadah. Kawan lelaki yang lain pula tiap kali waktu zohor kan masa lunch break tu, dorang akan keluar makan sekali. Aku ada tanya solat kat mana dorang jawab tumpang solat mana2 surau kat luar masa nak pegi makan, tak pun singgah surau station minyak. Tapi aku tak lah ikut sebab dorang gerak sendiri. Di situ lagi rasa tak best.. tambahan pula aku kadang2 solat depan kawan yang non muslim yang ada dalam bilik yang sama. Aku pula rasa kekok. salah ke kalau aku ada perasaan tak best tu?
Aku ada juga try apply kerja lain sementara masih lagi bekerja dengan company yang sekarang ni. Tapi tulah macam ada rasa terpaksa bila tiap kali datang kerja. Patut atau tidak aku berhenti dan tunggu panggilan kerja lain? Aku rasa bersalah bila macam paksa diri je datang ofis..dapat fokus kerja kejap je lepas tu mula dah fikiran melayang2.. Tolong aku bagi jawapan yang bernas dan logik. Terima kasih.
– Jun yang keliru
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit