Assalamualaikum. Aku Wani (bukan nama sebenar) berumur 23 tahun seorang graduan mahasiswa di sebuah universiti.
Aku dulu seorang yang periang dan banyak cakap dikalangan kawan2. Aku tak tahu sejak bila aku mula hilang diri sendiri. Tak tahu mana silapnya.
Sejak kecil, aku duduk bersama keluarga yang tidak bahagia. Ayah dan ibu sering bertengkar. Adik beradik aku semua lari bersekolah asrama penuh kerana tidak tahan duduk di rumah.
Aku lebih memilih tinggal dirumah kerana aku pon bukan seorang yang pintar seperti adik beradik aku yang lain.
Pergaduhan selalunya disebabkan oleh kekurangan duit. Ayah aku tidak bekerja dan ibu sering bertanya bila ayah akan memberi nafkah seperti suami yang lain.
Ayah aku yang panas baran selalu melepaskan amarahnya kepada aku dan ibu. Ibu yang tertekan juga sering melepaskan kemarahan kepada aku juga.
Keadaan di rumah sentiasa dipenuhi dengan pergaduhan ibubapa aku dan aku sering dipukul berulang kali untuk jadi tempat melepaskan amarah.
Aku sehingga tidak dapat merasakan apa2 dan apa yang aku ingat hanyalah waktu aku dipukul dan dimaki berulang kali.
Ibu aku juga selalu menghinaku seperti “kau ni memang anak tak guna menyusahkan orang tua je” , “perangai kau ni sama je dengan bapak kau”
Dan aku selalu dimarahi depan tetamu seperti aku ni tiada maruah.
Oleh sebab aku ini anak bongsu dan aku seorang saja yang tinggal dirumah, jadi ibu dan ayah aku selalu melampiaskan kemarahannya kepada aku berbanding adik beradik yang lain.
Aku juga boleh dikatakan tidak berguna kerana tidak menyumbang apa2 berbanding adik beradik aku yang telah bekerja dan selalu menghulurkan duit kepada ibu bapaku.
Disebabkan aku bongsu jadi aku dianggap paling menyusahkan dalam keluarga.
Adik beradik aku selalu berkata aku ini biawak hidup kerana tidak menyumbang apa2 kepada keluarga dan hanya menyusahkan keluarga saja.
Setelah ayah aku meninggal, ibu aku telah berkahwin baru. Ayah tiri aku lebih teruk berbanding ayah kandung aku.
Dia selalu memarahi aku dan ibu aku seperti orang gila dan dirasuk syaitan. Aku dan ibu sering menjadi tempat pelepas kemarahannya.
Situasi menjadi lebih bahaya apabila dia menggunakan barang yang tajam dan berat untuk memukul aku dan ibuku.
Kes ini telah menjadi kes polis sehingga polis menyuruh mereka bercerai untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang tak diingini terjadi.
Mereka bercerai pada waktu itu tetapi keadaan itu terjadi kembali apabila ibu aku memujuk ayah tiri aku untuk teruskan perkahwinan ini.
Aku amat kecewa dengan tindakan ibu aku kerana tidak memikirkan keselamatan kami sekeluarga.
Namun ketika situasi itu terjadi ayah tiri aku telah berpindah di rumah lain dan duduk bersama anak kandungnya jadi kejadian yang boleh mencederakan dapat dielakkan.
Setelah beberapa bulan, seseorang ustaz telah mengatakan ayah tiri aku ada guna2 untuk membuat ibu aku tidak boleh melupakannya.
Kami cuba mengubati ibu tapi setiap kali mahu dibawa berubat dia seperti tahu dan marah kami macam dirasuk syaitan. Aku dan adik beradik sangat kecewa dan membiarkan sahaja ibu aku begitu saja.
Yang merunsingkan aku adalah aku sekarang belajar online dirumah seorang diri dan aku satu satunya tempat untuk ibuku melampiaskan amarahnya. Hampir hari2 ibuku akan mengamuk bagai orang yang kene rasuk dengan syaitan.
Kejadian baru2 ini ibuku telah membaling kerusi kepada aku kerana alasan aku tidak menyiapkan kerja rumah seawal 8 pagi.
Aku yang terbangun lambat dalm pukul 10 pagi terus dimarahi dan dipukul. Aku sekarang tengah final year tetapi aku tidak mampu untuk pulang ke universiti kerana kekurangan duit.
Aku juga mempunyai kisah buruk di universiti. Kawan2 aku sering memulaukan aku tapi aku sendiri tidak tahu sebabnya.
Mungkin aku tidak pandai dan miskin sebab itu ramai yang cuba menghindari aku termasuk kawan baik sendiri. Aku seperti rasa tidak diperlukan dan tidak diinginkan oleh sesiapa.
4 tahun aku cuba bertahan di universiti itu sehingga aku kerap berfikir untuk menghentikan nyawaku. Aku rasa aku tidak layak untuk hidup sebab tak mampu untuk membuat orang sekeliling aku bahagia.
Aku masuk universiti ini pon sebab tekanan keluarga yang selalu nak aku jadi orang yang berguna. Aku sering direndahkan dan dianggap kurang bijak berbanding adik beradik aku yang lain.
Aku berasa amat tertekan sehingga aku mengambil course yang diluar kemampuan aku iaitu course civil engineer.
Perasaan dendam yang membuak2 menjadikan aku seperti tidak sedar diri dan telah membuat satu lagi perangkap kepada kemurungan aku.
Keputusan aku juga tidak memberangsangkan kerana kemurungan serta kekurangan support dri kawan2 dan keluarga.
Aku berasa kosong dan murung kerana kawan2ku memulaukan aku dan keluarga juga seperti tidak mengendahkan aku.
Aku menjadi seorang yang berdendam dan kisah semasa aku kecil membuatkan aku sentiasa sedih dan kadang2 aku kerap menangis tanpa sebab dan aku berfikir aku sudah tidak waras lagi.
Perasaan aku bercampur baur dan aku tak tahu nak rasa apa lagi.
Sejak dari kecil aku telah pendam perasaan aku dan aku rasa aku selalu menjadi tempat pelepas marah dan orang sentiasa membenci aku walaupun aku tidak membuat kesalahan.
Aku selalu penat dan rasa ingin tidur sepanjang waktu kerana tidak mempunyai semangat untuk melakukan sesuatu.
Hatiku mula memberontak dan ingin membunuh diri kerana terasa diri ini sebagai beban untuk orang lain. Aku hanya pandai berlakon menyembunyikan perasaan yang dah lama aku telah pendam dan aku berasa tidak kuat lagi.
Persoalannya apa yang harus aku lakukan untuk dapat semangat untuk meneruskan kehidupan?
Aku buntu dan marah dengan diriku kerana menjadi tidak berguna dan menyusahkan orang lain.
Aku berdoa kepada Allah dari dulu sewaktu aku kecil sehingga sekarang umurku kini genap 23 tahun. Namun tiada jawapan kepada semua masalah ini.
Aku cuma harap doa dari kalian yang membaca supaya aku tidak melakukan perkara yang keji seperti membunuh diri sendiri.
Doakan aku supaya kuat dan redha dengan ketentuannya. Aku cuma nak diri aku yang dulu dan aku harap aku ada sebab untuk aku teruskan kehidupan aku.
– Wani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit